23/10/2016

Akhirnya Aku Bergelar Dato'

Salam.

Pangkat dato' adalah anugerah sultan, Agong atau YDP.

Dengan pangkat Dato' banyak projek-projek besar aku boleh dapat..sebab ada; pangkat Dato' depan nama aku.

Bila aku hadiri majlis atau program ...hos akan panggil aku dengan gelaran dato'.

Orang lain xde..aku je yang ada..pergh!!

Dalam meeting anak2 buah pun mulakan dengan sebut gelaran nama aku dulu.

Kira aku ni unik la...nak berjaya kena la jadi orang yang berbeza kan..dengan title ni memudahkan aku untuk mengapai cita-cita aku.hehehe

Kalo ada majlis melibatkan sultan yang bagi aku gelarab Dato' aku kena attend..kalo x nanti diaorang tarik balik gelaran aku..member aku pun dah ada yang kena..

huh!! memang hebat penangan title yang aku dapat ni..

Dulu masa belum dapat dato' tahun 2012 aku kena tipu dalam skim cepat kaya...Oleh sorang dato' dari negeri Kelantan..orang kaya sebuah persatuan seni silat.

Alhamdulillah pada hari khamis 20.10.16 akhirnya aku menjadi datuk kepada salah sorang anak buah aku yang baru melahirkan anak...

Kira anugerah Datuk yang aku dapat ni..adalah disebabkan rahmat Allah.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff