29/10/2016

Pertengahan Senja

Salam...

Cerita pertengahan senja...

Bila mana umur melebihi 33 tahun dan ke atas ...aku kira ianya umur di pertengahan senja.

Umur di pertengahan senja majoriti boleh dikatakan berada dalam mood yang selesa dan rileks.

Selesa dengan anak2 yang berumur diantara 3 hingga 7 tahun..mungkin akan ada pertambahan anak...Insya Allah.

Dipertengahan senja juga ..akan turut mempunyai kehidupan yang stabil walaupun x semewah mana..namun cukup pakai dan makan minum keluarga.

Kawan-kawan yang sebaya...sesama belajar di kolej dan universiti mempunyai nasib yang sama2.

Memasing sibuk dengan membesarkan anak2 dan menguruskan keluarga.

Kehidupan akan banyak berkisar kepada persekolahan anak2,  pekerjaan dan kekadang balik kampung sebelah isteri mahu pun suami.

Aktiviti lepak mungkin sudah jarang, diganti dengan lepak bersama keluarga ie keluar makan atau bercuti bersama.

Namun amat malang jika umur pertengahan senja masih lagi membuat perangai dan berfikiran seperti masa bujang...ie kerapa melepak bersama kawan2, flirting yang x tau hujung pangkal...yang akhirnya meragut ketenangan diri.

Pada umur di pertengahan senja..perbanyakan amal ibadah lebih baik...cuba fikir sejenak berapa lama masa untuk sampai ke umur pertengahan senja...memori yang 12 tahun dulu pun masih segar dalam ingatan..lihat, betapa cepat masa berlalu.

Tanpa disedari umur dihujung senja sudah tiba...banyak kenalan yang sudah pergi...giliran kita pasti tiba.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff