Salam,
Waktu pagi yang dingin ... dan tenang aku rasa begitu walaupun banyak kereta yang ulang alik ..suasana pagi yang sejuk dan mendung ..mungkin penangan hujan semalam masih belum reda.
Sampai di tempat kerja member aku Muhyidin ( memang nama sebenar ) hehehe..ajak aku minum di kantin sekolah yang berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa.
Suasana kantin dipenuhi dengan orang ramai .. waktu-waktu begini pelajar sekolah telah pun selesai makan pagi ..so giliran aku la pulak .. terasa diri macam cikgu sekolah la pulak ..
Hakikatnya aku bukan cikgu sekolah .
Sedang rancak berborak tentang kerja .. tetiba Muhyidin bercerita mengenai ketidakpuasan hati tentang ketuanya yang juga seorang wanita.
Untuk menambah bara yang marak ..aku menambah minyak dengan mengatakan seorang leader perempuan lead by emotion.. semuanya nak emosi. hehehehe..
Berbanding dengan lelaki yang suka membuat " keep it simple " . ye aku memang bias tentang hal ni .. rata-rata bos wanita yang aku pernah bekerja dalam 4 orang semuanya mempunyai ciri-ciri yang serupa.
Cara-cara untuk mengatasi bos yang begini adalah : -
1. Kerap berjumpa
Kena selalu update dia apa yang berlaku , walaupun sekadar tunjuk muka.. mungkin ada kerja lain yang dia nak bagi.
2. Buat Bodoh je.
Abaikan apa yang dia cakap, ini boleh dilakukan sekiranya bos berkenaan mempunyai ingatan yang lemah. Bos aku doktor beb!!! faham2 je la .. nak kelentong pun payah.
Dua ni je la .. tips yang aku terfikir buat masa ni .. nanti aku hapdet lain kali.
Wassalam.
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment