Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

19/11/2016

Wealth Mastery

Salam..

Saya selalu pesan kepada diri sendiri

Saya orang Islam

Islam anjurkan umatnya jadi kaya supaya kekayaan tu boleh digunakan untuk Islam

Nilai saya bukan rm1.5k sebulan (fresh grad) murah sangat tu bagi saya laa

Saya nak banyak sebab saya nak bantu orang Islam yang lain

Sebab rm1.5k tu belum tentu cukup untuk saya

Then macam mana saya nak bantu bagi financial support kepada orang Islam lain kalau saya sendiri tak cukup duit?

Sedih tau bila kita takde duit / tak cukup duit padahal kita mampu je cari duit tapi kita je yang malas

Kalau kita betul letak Allah sebagai pemberi rezeki, kita takkan kata kita takde rezeki

Sumber Founder Al-manna Ameer®

Wassalam

18/11/2016

4 Teknik Menjawab Soalan Audien Yang Susah

Salam.

Usai sesi pengucapan..amat tidak manis sekiranya tiada sesi soal jawab.

Kemungkinan terdapat peserta yang tidak dapat menangkap isi pengucapan atau mahukan penjelasan yang lebih lanjut berkenaan subtopik yang dipersembahkan.

Dibawah 4 teknik yang boleh dijadikan panduan dalam menjawab soalan peserta.

1. Ucapkan terima kasih untuk soalan yang diberikan.

2. Baca semula soalan yang diutarakan oleh penanya. Bagi memastikan jawapan yang diberikan adalah betul dan menepati kehendak penanya.

Mcdonalds menggunakan teknik yang serupa dengan mengulang semula tempahan "drive thru" pelanggan untuk mengelakkan kesilapan pada tempahan kemungkinan perlu reorder semula dan bil perlu dibuat semula.

Teknik ini juga membolehkan anda mempunyai masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai kepada soalan pada masa yang sama.

3. Jawapan yang diberikan hendaklah berdasarkan fakta,bukti serta rujukan dan ianya hendaklah ringkas dan tepat.

4. Setiap penanya hanya boleh bertanyakan satu soalan dan perlu ke belakang barisan semula jika ingin bertanyakan soalan kedua.Penanya non-muslim adalah diutamakan.

Petikan draf artikel daripada buku Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat

Wassalam

Hakikat Hidup

Salam.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima..

Sumber Grup wasap

Wassalam

17/11/2016

Pusat Internet 1 Malaysia

Salam..

Pusat Internet 1 Malaysia..merupakan program kerjasama SKMM dengan TM ..kemudian TM akan sub dengan local company untuk handle Centre ni.

Apa beza pusat ni dengan cybercafe.

Dekat PI1M xde game korang xboleh main game yang sharing antara komputer...hanya buat benda yang berfaedah je...kekadang dekat PI1M akan diadakan kelas pengkomputeran.

Walaupun masyarakat boleh dikatakan semuanya mempunyai telefon pintar yang mempunyai talian internet namun tidak semua kerja boleh dilakukan menggunakan telefon pintar.

Semalam aku sempat riki PI1M di Pekan Batu Kurau.temankan humaira semak penyata GST syarikat majikan dia.

Aku pun turut sekaki melakukan kerja walaupun sedang bercuti..(membuat banner slider untuk web)

Harga pun berpatutan...RM 2 ringgit untuk satu jam..total lost dalam RM 2.50 sebab humaira print doc.

Suasana amat selesa dengan pendingin hawa dan tema bilik putih merah.

Wassalam

6 Pelajaran Daripada Bisnes Pertama

Salam.

Bisnes pertama kita adalah sekolah bisnes di mana kita belajar perkara-perkara di bawah ini:

+  Membuang rasa malu hendak berniaga.

+  Membuang rasa takut-takut hendak mengambil risiko duit modal kita mungkin terbakar.

+  Belajar merasai pedih peritnya hendak mendapatkan RM1.

+  Membuang cara berfikir orang biasa. Menggantikannya dengan cara berfikir orang bisnes.

+  Memahami jenis-jenis kesilapan yang sangat asas dalam bisnes.

+  Mengawal emosi, belajar toleransi, bersabar dan memahami perangai pelik-pelik manusia yang dikatakan pembeli dan pelanggan.

Dalam bahasa mudah, bisnes pertama kita adalah 'sekolah bisnes' kita yang sebenar-benarnya, di mana di situlah kita dapat membuang kebodohan-kebodohan kita.

Wassalam

16/11/2016

Penulis Jutawan : Ramlee Awang Mursyid

Salam.

Baru aku tahu...novelis terkenal yang mendapat jolokan Novelis Triller No 1 Malaysia adalah jutawan.

Pergh!!!..jarang-jarang aku dengarv novelis Malaysia yang boleh mencapai tahap jutawan.

Ramlee Awang Mursyid yang dulunya pernah bekerja di syarikat penebitan Alaf 21. Telah menulis lebih 29 novel dalam kategori triller.

Beliau juga mempunyai puluhan  ribu peminat.

Perkembangan terbaru...sekarang salah satu novel beliau akan diadaptasikan ke dalam filem.

Sekarang masih dalam pengambaran.

Siapa sangka...dengan istiqamah sebagai penulis boleh jadi jutawan.

Sumber daripada blog maafcakap.blogspot.com

Wassalam.

Asas Menjadi Kaya Adalah Menyimpan

Surah Yusuf, Verse 47: قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Salam.

Formula untuk kaya telah lama dibongkar dalam Al-Quran...iaitu dengan menyimpan.

Sikap pertama yang perlu ada untuk menjadi kaya adalah dengan memupuk tabiat menyimpan dalam diri.

Namun berapa ramai yang boleh mengamalkan tabiat luar biasa ini...termasuklah penulis...kenapa? Kekadang bila dihujung bulan..duit entah kemana.

Jika anda membaca buku2 mengenai kekayaan sekalipun...formula sama akan diguna pakai iaitu dengan menyimpan..ada yang mengesyorkan membuat 10% daripada pendapatan bulan untuk disimpan dalam ASB atau Tabung Haji (Terbaik setakat ini).

Kita mungkin tidak dapat meramal masa depan..namun secara umumnya kita dapat merasakan apa yang akan berlaku dalam 7 tahun ke hadapan..mungkin anak-anak akan bertambah..mungkin juga terdapat anak2 yang akan memasuki universiti...dan semuanya itu memerlukan kos...anda tidak memerlukan ilmu takwil mimpi untuk meramal masa depan.

Kerana kita sedar dengan sistem yang diguna pakai dalam negara sekarang ianya adalah sesuatu yang akan ditempuhi.

Menabunglah untuk kaya..jangan ditunggu 7 tahun kemarau panjang bersua muka.

Ibrah dari Surah Yusuf.

Wassalam.

15/11/2016

Bagaimana Bisnes 2017

Salam.

Ramai yang kata ekonomi tahun depan teruk...

Sebenarnya ekonomi sentiasa teruk...disebabkan inflasi...inflasi adalah barang yang sama tetapi harganya semakin naik tahun demi tahun.. Paling ketara tahun ni..adalah minyak masak.

Bisnes makcik goreng pisang di Pekan Batu Kurau pun menerima kesan..selisih dengan aku dalam kedai runcit ..makcik tu nak beli minyak masak..yang peket harga sama xnaik tapi boleh beli dua peket je..yang botol jangan cakapla.

Seorang kawan yang bekerja dalam bidang komputer...aku bertanya keadaan bisnesnya pada tahun 2014...

Jawapannya ...teruk ..kerajaan banyak potong bajet..dan syarikat kena banyak berjimat..kos overhead kena kurangkan.

Tahun 2015 aku bertanya lagi...jawapan yang sama diterima...cuma kali ni katanya...dapat projek sikit-sikit tapi berterusan..maknanya selalu ada..pun dah okay katanya.

Tahun 2016...nampak kerunsingan pada wajahnya ketika makan malam sambil lepak di restoren bonda taman dagang..teruk jugak katanya...hehehe

Tetapi bisnesnya masih berjalan..aku ajak lepak seketika...melalui wasap..dia akan reply " 10 minit lagi " ..maknanya dia tengah sibuk dengan kerja.

Lepas 10 minit baru dia reply..sama ada dia free ke tak...selalunya x free.

Tahun 2017...semestinya jawapan yang sama..

Wassalam

13/11/2016

Nak Jual Apa?

Salam...

Jika ditanya kepada semua orang...rasanya semua nak berniaga..nak jadi bos sendiri ada masa terluang dengan keluarga dan duit yang banyak.

Tapi nak berniaga apa?

Aku pun pening...melalui bacaan mengenai kisah tokoh yang berjaya ...pasti akan gagal pada bisnes yang pertama...Donald Trump pun hampir bankrap...lagi lah ianya menambahkan ketakutan untuk berniaga...sekiranya berniaga tanpa ilmu..memang menjemput maut.

#kerahmatullah

Akhirnya berniaga apa yang aku pakar lakukan...dan tidak melibatkan banyak modal...hanya perlu berkorban masa untuk membaca dan menulis serta sedikit kreativiti.

Bisnes yang aku boleh lakukan di mana saja ..selagi ada internet dekat handset aku.

Ye, kebebasan untuk berbisnes dimana saja..waima semasa bercuti atau bersama keluarga.

Tidak perlu mengepos barang atau menjaja barang...mahupun membuka gerai atau kedai..

Tidak perlu jadi salesman.. :)

Sudah tentunya ianya dikecapi tanpa perlu duit yang banyak dan usia lanjut untuk lakukannya.

Apa yang aku jual adalah produk informasi...jual idea dan pandangan untuk manfaat orang ramai.

Wassalam.

Perancangan Jangka Panjang Untuk Usahawan

Salam..

Aku dulu masa sekolah tidak dididik supaya berniaga...mak ayah kata belajar rajin2 kemudian mintak kerja...

Satu hari tu..adik aku berniaga baju bundle dekat pasar...datuk sebelah mak aku nampak..

Balik rumah datuk yang aku panggil Tok Ki bagitau...keturunan dia xde berniaga macam tu..kalo nak berniaga biar ada kedai runcit gitu...

Adik aku tu..buat x peduli je..kekadang dia berniaga air dekat program yang dianjur PBT..sebab dia kerja dengan PBT.

Mungkin berniaga pada pandangan Tok ki aku..ibarat mengemis dari orang supaya beli daripada kita.

Pada falsafah kepala aku ni pulak.. kalo jual barang..atau produk...pelanggan nak beli atau tidak ianya terpulang..kita cuma berkongsi kebaikan produk kita..itu saja.

Dulu masa mak aku muda...mak aku bukak kedai jual ABC untuk pekerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan di kampung aku.Dibantu oleh ayah aku..sebelum ayah kerja dengan RRIMtu ..jambatan dan mesin kisar ais batu masih ada sampai sekarang.

So boleh dikatakan.. darah berniaga tu  ada mengalir dalam diri kitaorang adik beradik.

Di bawah adalah contoh perancangan jangka panjang..CEO Ameer Trading..aku respek giler kat mamat ni..Orang pasir putih . Satu hometown dengan ayah aku.

My long-term planning

- Umur 20 : buat bisnes gila-gila masa muda(single) sebab tenaga kudrat banyak lagi dan komitmen takde lagi

- Umur 22 : masa ni saya beli kete kelisa dulu just untuk mudahkan pergerakkan amek stok barang & ke hulu ke hilir urus bisnes

- Umur 24 : beli rumah

- Umur 24-30 : setiap hari focus bisnes untuk dapat duit sara hidup. takde masa dah saya nak fikir keluar pagi balik petang, semata-mata untuk gaji 2k je. hidup tak bebas tak best.

- Umur 30 : tak perlu fikir duit dah. masa ni focus buat persediaan untuk mati pulak sebab dulu jahil tak sempat nak kejar ilmu agama hehe

Rugi anak muda sia-siakan hidup dengan buat benda yang tak bermanfaat terutamanya bercouple, lepaking, main game for no purpose

Kalau couple, biar sama2 buat bisnes, biar sampai cukup utk buat mas kahwin dan hidup selepas kahwin

Kalau lepaking, biar lepak bincang strategy bisnes

Kalau main game, biar sampai dapat buat duit

- Founder Al-manna Ameer®

Wassalam

12/11/2016

Kenapa Perlu Bergaduh Dalam Kehidupan

Salam..

Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita. 

Wassalam


11/11/2016

My Third Heroin Was Born

Salam.

Sabtu malam 5.11.2016...

Humaira mengadu ...perut x selesa...mungkin fake contraction.

Pagi sebelum tu ada appointment dengan Dr Pink..Al Islam. Dr kata dah 2 cm.

Paling lambatakan deliver hari isnin..paling cepat dalam 7 jam..so ikutkan tarikh period humaira dd adalah hari ahad.

So mindset aku kena bersedia...malam tu gerak  ke Al Islam kg baru..humaira bgtau masanya dh tiba...perut dah kerap mengeras.

Sebelum masuk..humaira bagitau lapar..then aku tapaukan pulut mangga .makan dekat dalam kereta..parking depan Al Islam..rm 5 ringgit..sepanjang aku kat situ total lost untuk parking RM 15 hinggit...fulaweh untuk customer pun kena charge..

Pagi tu dalam jam 1 pagi...check in bilik 101..kena bermalam dekat al Islam..

Aku booking bilik yang single..pakej RM 2199..tido atas sofa pendek..pergh!! seksa badan aku nak mengerekot..pagi tu belum lagi nak bersalin..

Sampailah jam 11 pagi..baru masuk labour room..aku pun join sekali..air ketuban pecahkan secara manual.nurse nama Ama memang terbaik..sabar je layan kerenah humaira.

jam 12 tengahari 6.11.2016 ,anak aku yang ke4 dengan berat 2.85 selamat melihat dunia..Alhamdulillah.

Wassalam.


10/11/2016

Berniaga Atas Dasar Taqwa

Salam..

Bila kita terlampau focus bantu orang sakit/bantu orang buat side income, kita takkan kisah pun

- berapa paket yang terjual

- berapa ribu untung kita dapat

- masa kita berhabis untuk consult customer / agent kita

- tenaga yang kita "bayar" untuk buat marketing, cod & pos barang customer yang betul-betul perlukan produk kita

Jika perniagaan dibina atas dasar "taqwa" jangan risau, Allah akan beri lebih dari apa yang kita minta

Contohnya kalau dulu kita minta kat Allah nak side income rm200 je sebulan sebab nak bagi lepas bayar bil elektrik je sebab taknak susahkan org atau nak bagi duit kat parents sebab duit gaji selalu tak cukup, jangan terkejut kalau Allah tup-tup bagi rm2000 sebulan

Team  stokis/agen/dropshipper perlu sentiasa diingatkan supaya renew niat kita buat bisnes setiap saat.

Allah tahu niat kita, jaga-jaga hehe

- Risi Yusoff®

05/11/2016

Jangan Paksa Orang Beli Produk Kita

Salam.

Jangan sesekali paksa orang untuk buat bisnes dengan kita.

Jangan juga paksa orang untuk beli produk kita.

Hanya kongsikan kelebihan produk kepada pelanggan...

Dan bagaimana produk dapat mengatasi masalah yang dihadapi pelanggan.

Biar mereka sendiri yang "paksa" diri mereka untuk buat bisnes & beli produk kita

Pulangkan duit pelanggan tanpa banyak soal.sekiranya produk tidak menjadikan pembeli lebih baik.

Setakat hari ni..tidak pernah yang memohon semula refund...Alhamdulillah.

Sentiasa update produk jika terdapat maklumat baru.

Ini yang saya tekankan setiap kali melancarkan produk baru.

Ada perkara yang lebih penting daripada duit..ketenangan hati.

Wassalam.

- RisiYusoff®

02/11/2016

Pelancaran Produk : Pakej Minisite Dengan Blogspot

Salam,

Terima kasih kerana sudi singgah di laman web yang tidak seberapa ini. Tahun 2006 adalah tahun saya mengenali bisnes dengan menggunakan medium internet. Saya telah banyak membaca buku-buku dan memuat turun ratusan ebook daripada pakar internet seluruh dunia antaranya Eben Pagan, John Reese, Jim Edward, Joe Vitale dan Frank Kern dan tidak lupa juga kepada mendiang Corey Rudl. Mereka-mereka ini adalah lagenda di dalam industri perniagaan internet.

Saya telah mengkaji bagaimana mereka berjaya dan salah satu faktornya adalah kesamaan yang mereka ada adalah setiap kali mereka melancarkan produk mereka akan membeli satu nama domain yang sama dengan nama produk dan membuat minisite atau web jualan ke atas domain berkenaan.

Ye! benda yang sama diulang-ulang bagi setiap kali mereka mencipta produk baru.

Daripada situ saya mula membuat produk sendiri seperti menghasilkan buku atau ebook , contohnya ebook Pakej Lengkap Kontrak Perjanjian. Ebook ini membantu industri kecil membuat kontrak tanpa memerlukan kos yang mahal atau mengupah firma guaman.

Pada mulanya saya membeli domain www.kontrakperjanjian.com  dan jualan yang masuk kira okla..

Boleh cover kos hosting dan domain. Kemudian selang beberapa tahun saya telah menukarkan kepada www.kontrakperjanjian.blogspot.com dan Jualan yang masuk masih lagi sama walaupun saya telah menukar domain yang percuma.

Saya mengambil keputusan tidak lagi membayar domain dan menggunakan domain blogspot secara percuma. Sekiranya bertahun tiada jualan yang masuk, web jualan masih lagi di situ.

Saya tidak rugi apa-apa dan saya hanya membiarkannya hanyut di dalam dunia internet dengan menggunakan kaedah SEO yang sesuai sudah pasti ianya akan dijumpai oleh pelawat atau pembeli.

Ianya antara kelebihan menggunakan blogspot sebagai minisite aka web jualan.

Dan web jualan di dalam dunia internet boleh dianggap sebagai kedai anda.

Ekoran daripada ini saya telah membina beberapa minisite yang lain .. tetapi mengandungi standard yang sama dan susunan kerangka web jualan yang sama untuk menunjukkan identiti diri saya.

Anda boleh lawati beberapa minisite yang saya bina menggunakan platform blogspot.

Antaranya, rahsiapengucapanawam.blogspot.com, rahsiaseo.blogspot.com, rahsiasebutharga.blogspot.com, rahsiarekrutstokis.blogspot.com dan rahsiaecover.blogspot.com, rahsiamemancingpelanggan.blogspot.com dan semua produk yang dilancarkan akan mempunyai satu minisite dengan blogspot.

Tak rugi malah berbaloi... dan paling best saya dengan sesuka hati boleh membuat berapa banyak minisite yang saya suka dengan platform blogspot dengan mengulang teknik yang sama... hehehehehe.. ketawa jahat.

Akhir kata adalah menjadi satu pelaburan yang menguntungkan jika anda hanya membuat satu pelaburan untuk memperolehi Panduan Minisite Dengan Blogspot ini dan anda boleh gunakannya banyak kali selagi blogspot masih aktif.

Berbanding setiap kali perlu membina minisite atau web jualan  anda akan mengupah pereka grafik sudah tentu dengan  harga yang sangat mahal. Memang anda boleh membina sendri ministe anda, namun dengan Menggunakan panduan ini anda mempunyai banyak masa untuk membuat kerja-kerja lain.

Anda juga mempunyai masa yang terluang untuk bersama-sama keluarga dan memikirkan produk baru untuk dilancarkan.

Dapatkan segera di MDB

Wassalam.






Wordless Wednesday : Nikmati Hidup

Surah Al-Mumenoon, Verse 114: قَالَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا لَّوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

Salam..

Nikmati hidup...masa begitu cepat berlalu. Setiap hari rabu blogger seantero dunia...akan biarkan gambar berbicara.

Wassalam.

5 Komponen Perlu Ada Dalam Kulit Depan Buku

Salam,

Apa itu standard...terdapat macam2 standard yang digunakan pakai oleh organisasi atau jabatan untuk untuk mencapai ranking tertentu.

Siapa yang tentukan standard aka piawaian...sudah tentu lah manusia la kan...kenapa perlu ada standard ? supaya masyarakat atau orang ramai boleh mengikut panduan yang sama.

Salahke kalo kita x mengikut standard..tidaklah salah...namun ianya diluar norma kebiasaan.

Dalam merekabentuk kulit buku apakah standard yang perlu ada.

Kalo nak lagi senang...untuk buat cover buku...cuba tengok mana2 kulit buku yang kita suka.

Setiap genre buku akan mempunyai standard masing-masing.

Buku jenis motivasi...terdapat rekabentuk yang tersendiri..begitu juga dengan buku bacaan kanak-kanak..mestila colourful bukan?

Untuk buku panduan perniagaan...apakah standard yang diperlukan.?

Disini disertakan standard yang diguna pakai bagi merekabentuk buku Rahsia Sebutharga:

1. Tajuk
Hendaklah tidak lebih daripada 3 patah perkataan. Dan dimulakan dengan perkataan keramat Rahsia.

2. Sub-Tajuk.
Ditulis untuk menarik minat pembaca bagi mendapatkan info lanjut berkenaan buku.

3. Nama Penulis
Nama penulis perlu disertakan.

4. Laman Web
URL laman web rujukan perlu diletakkan supaya pembaca mudah untuk mendapatkan maklumat lanjut atau back end produk.

5. Latar Belakang Buku
Gambar atau poster cover buku adalah yang paling penting untuk menangkap dan menyebabkan pembaca jatuh cinta pada pandangan pertama.

Itu sahaja yang anda perlukan untuk mereka bentuk kulit buku...maklumat lanjut boleh dapatkan di rahsiaecover.blogspot.com

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff