Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

31/01/2017

Birthday ke 36

Salam.

Semalam aku menerima pelbagaib ucapan daripada famili, adik beradik  sanak saudara dan kawan-kawan.

Kebanyakan ucapan adalah semoga sihat , panjang umur dan murah rezeki.

Amin..

Dari wife aku x mengharapkan hadiah apa2...cukuplah sekadar memberikan kelahiran Naurah Nur Ameena...itu pun sudah lebih dari cukup.

Terima kasih kepada semua yang sudi wish di facebook dan juga wasap.

Begitu cepat waktu berlalu...

Wassalam.

22/01/2017

Zero Hutang : Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil

Salam...

Buku bertajuk Zero Hutang, aku beli dekat kedai Popular di Ampang Point pada 3.12.2016.

Aku dah lama aim buku ni...alhamdulillah masa aku riki kedai ni..hanya sebuah buku je ada..memang rezeki aku..hehehe.

Weekend yang lalu aku berjaya khatam jugak buku ni dalam masa 2 ari..buku ni mengandungi 172 mukasurat..hasil tulisan saudara Mohd Zulkifli Shafie.

Kandungan buku memang mantap dan aku rasa wajib di miliki dan diletakkan dalam rak buku korang...kalo korang x baca pun xpe...anak korang boleh baca atau anak jiran sebelah boleh datang pinjam.

Boleh dikatakan mengandungi pendapat daripada pakar kewangan dan perniagaan dalam negara seperti Irfan Khari, Azizi Ali, Chef Li dan sedikit pandangan orang barat...serta pengalaman peribadi penulis.

Buku diterbitkan oleh Galeri Ilmu dan dijual dengan harga RM 15 ...? Apa!! RM 15 memang x masuk akal...aku rasa patut dijual dgn harga RM 27 ringgit ke atas.

Kesimpulannya...jika anda ingin bebas hutang dan menjadi kaya...patut baca buku ni.

Wassalam.

19/01/2017

Daftar Lewat Kelahiran Lebih 42 Hari Bukan 15 Ringgit

Salam.

Padah menanti jika anda daftar kelahiran anak lebih daripada 42 hari.

Dalam panduan pendaftaran hanya denda 15 ringgit dikenakan...semuanya bohong belaka.

Jika anda lewat daftar lebih daripada 42 anda perlu mendapatkan borang akuan berkanun yang perlu ditandatanggani oleh pesuruhjaya sumpah.

Walaupun anda telah membawa semua bukti kelahiran seperti surat pengesahan kelahiran daripada hospital swasta mahupun kerajaan serta buku antenatal, postnatal dan sebagainya.

Seterusnya anda perlu mengisi ruang gambar pasport untuk kesemua gambar famili anda.

Keseluruhan kos kalo dikira adalah.

A. Gambar pasport harga kedai. 1 orang anak adalah rm 13 ringgit.

B. Pesuruhjaya sumpah Rm 4 ringgit..jangan risau ofis pesuruhjaya sumpah ada dekat JPN hq jalan duta.

C. Gambar penuh 4R anak baru lahir . kalo gambar sendiri mintak tolong kedai print RM 3 ringgit. Kalo kedai yang ambik gambar pakai kamera DLSR dia ..satu gambar 10 ringgit.

D. Photostat dua salinan dalam RM 6 ringgit. Boleh photostat dalam ruang menunggu angka giliran JPN hq.fasiliti ini disediakan.

C. Gambar pasport ibu bapa untuk 2 orang RM 26 . untuk 4 keping seorang.kedai akan print 4 keping dia x ambik kalo kita cakap nak 2 keping je.sebab dah package.

D. Proses pendaftaran perlu bayar RM 10.

E. Proses pengambilan surat beranak yang dah siap RM 10.Tempoh siap lebih kurang satu bulan. Anda akan diberi no telefon untuk call jika ianya dah siap.

Huhuhu..boleh anda kira sendiri berapa banyak kos yang anda perlu bayar jika lewat daftar anak lebih daripada 42 hari.

Kesimpulannya daftarlah segera  kelahiran anak anda...dekat UTC yang berdekatan.

Wassalam.

13/01/2017

Malulah Nak Berniaga

"Malulah nak berniaga"

Sebut pasal berniaga, teringat kecil2 dulu mak saya jual macam2 nak menyara kami.almaklum ibu yang tak berapa tunggal... so manalah ada pendapatan tetap... kuih, nasi lemak, kerepek.. haa kitorang 7 beradik lah yang angkut sekali bwk gi skolah petang tu..cuma saya lah malu skit..tapi ikut jugaklah jual macam2... Ada darah meniaga kot dalam bdn ni..

Okey, bukan nak cerita sejarah lama.. tapi apa yang saya nak kongsikan disini adalah rasa malu nak berniaga... Tipulah kalau siapa2 yang nak berniaga takde rasa malu . Tak kisahlah apa jua jenis perniagaan pun..betul  tak? Saya pun pelik kenapa nak rasa malu sedangkan perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam..9/10 punca pendapatan datang dari berniaga. Model terbaik Nabi Kesayangan kita juga berniaga sejak umur 12tahun..Perniagaan menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran. Contoh ayat Al-Quran “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan tapi boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

Saya ni bukanlah sempurna sangat dan memang takde sijil nak mengajar2 orang ni. Tapi apa yang saya ceritakan adalah berdasarkan pengalaman saya. Bercerita tentang rasa malu..kalau nak ikutkan memang pelik sebab berniaga tu baik... tapi hakikatnya takboleh nak lari dari rasa malu.. termasuklah saya sendiri.. Saya sendiri rasa malu ketika mula2 nak berniaga online dahulu.. Walhal online je pun.. bukan ada orang nampak muka saya... bukannya kene ketuk pintu rumah orang malam2 buta..... ya ampunn malu rasa macam kena menari tak pakai baju tengah jalan.. Malu rasa macam mintak sedekah..Malu rasa macam nak merompak... Malu fikir apa orang cakap.. kot tak cukup duit ke budak ni.. Agaknya kalau dulu2 mak saya fikir malu, rasanya kami adik bradik makan pasir jer la jwbnya.. tak pun makan rumput. hahhaha...

Memang saya ni pemalu, tanyalah ahli keluarga dan kawan2 rapat saya. Sebab tu bila saya berjaya dalam perniagaan melalui online ni.. kwn2 pelik..  Kalau saya tak lawan rasa malu saya dulu agaknya saya tak rasa kemanisan berniaga sekarang..sangatttt manisss..masyaAllah..Alhamdulillah atas kurniaan ini... Cabaran dan dugaan berniaga sangat kuat.. Kita kene tanya balik kenapa harus malu? lepas tu, tanya diri sendiri balik, kenapa kita kena berniaga? Suka2? Ikut2 orang?Nak cepat kaya? Kalau kita berniaga tanpa sebab yg jelas.. haa tu yang jadi MALU TAK BERTEMPAT.... Kita bukannya buat sesuatu yang haram. Kita hanya berkongsi.. berkongsi apa yang kita rasa, membimbing mereka yang memerlukan.. lepas tu dapatlah untung runcit dan bonus dari company.. dan pelbagai lagi kebaikan berniaga..priceless..

Sebab tu waktu baru2 nak start, saya lawan rasa malu,saya email semua orang beritahu apa yang saya jual. Saya tulis blog..impian saya sangat besarrrrr .. lebih besar dari rasa malu tu.. Sebab tu buat jer... (Ikutkan memang malu oooo nak  tulis blog dan nak update facebook.. maluuu.. dah ler gagal dlm bidang perubatan luar negara alih2 balik malaysia meniaga produk pulak.. maluu mattt tauuu.. hahaha) tapi sy ckp dgn diri saya.. "ala online sahaja.. orang bukan nampak pun aku.. aku ada produk yang bagus. jadi kenapa harus malu nak berkongsi .. aku dah rasa kelebihan produk ini.. kenapa nak sembunyi.. aku tak mintak atau paksa diorang beli.. Kalau nak beli aku tolong. Kalau taknak sudah... aku pun tak sakit hati"... Jadi kenapa harus malu?.. Patutnya malu kalau tak berusaha bersungguh2 untuk mengubah diri sendiri. Patutnya malu kalau tak ambil peluang belajar dan mengajar.

Kesimpulannya tanamlah dalam diri anda yang anda hanya berkongsi bukan menjual. (memangla berniaga kena menjual. dah nama pun meniaga.. mana ada berniaga tak menjual.. cuma kalau nak hapuskan rasa malu dan taknak fikir perkataan keramat 'menjual' ... maka tanamlah dalam diri anda.. yang anda hanya berkongsi.. sharing not selling...  berkongsi kerana ingin mengejar impian membantu yang tersayang...berkongsi kerana nak orang lain rasa apa yang anda rasa.... haa itu topik lain pulak.. tapi awal2 ni.. buang rasa malu tak bertempat tu...

Ingat yer bahawa perniagaan bukan sahaja melibatkan perkara jual beli barang fizikal. Malah ia juga melibatkan seluruh aspek kehidupan kita,mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih kreatif (bersikap jujur, adil, toleransi,etc), membina ukhuwwah.... Haa, kalau tak berubah2, itulah yang patut malu.

Semoga bermanfaat ( amir getaharab.com)

01/01/2017

Selamat Tahun Baru 2017

Salam.

*Waktu berlalu begitu pantas* menipu kita yg terlena, belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

*Cadangnya* pukul 9.00 pagi hendak solat Duha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar, teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

*Komitmen* tidak akan melewatkan malam kecuali dgn tahajjud dan witir, walaupun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib *hidup* menghabiskan umur? Berseronok dgn usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah *usia* di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dgn panggilan "Tuk Wan, Tuk Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil *menunggu Sakaratul Maut* tiba, diperlihatkan catatan amal yg kita pernah buat?

Astaghfirullah, *ternyata tidak seberapa* sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah ruh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah drp tubuh ketika *Sakaratul Maut*?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku *memerlukan waktu* utk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita *menyia-nyiakan* waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

*Perlu berapa tahun* lagikah utk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita bersedia utk mati.

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan utk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun *tidak akan pernah cukup* bagi orang-orang yg terlena.

Selamat tahun baru 2017

Salam tulus ikhlas,

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff