13/01/2017

Malulah Nak Berniaga

"Malulah nak berniaga"

Sebut pasal berniaga, teringat kecil2 dulu mak saya jual macam2 nak menyara kami.almaklum ibu yang tak berapa tunggal... so manalah ada pendapatan tetap... kuih, nasi lemak, kerepek.. haa kitorang 7 beradik lah yang angkut sekali bwk gi skolah petang tu..cuma saya lah malu skit..tapi ikut jugaklah jual macam2... Ada darah meniaga kot dalam bdn ni..

Okey, bukan nak cerita sejarah lama.. tapi apa yang saya nak kongsikan disini adalah rasa malu nak berniaga... Tipulah kalau siapa2 yang nak berniaga takde rasa malu . Tak kisahlah apa jua jenis perniagaan pun..betul  tak? Saya pun pelik kenapa nak rasa malu sedangkan perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam..9/10 punca pendapatan datang dari berniaga. Model terbaik Nabi Kesayangan kita juga berniaga sejak umur 12tahun..Perniagaan menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran. Contoh ayat Al-Quran “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan tapi boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

Saya ni bukanlah sempurna sangat dan memang takde sijil nak mengajar2 orang ni. Tapi apa yang saya ceritakan adalah berdasarkan pengalaman saya. Bercerita tentang rasa malu..kalau nak ikutkan memang pelik sebab berniaga tu baik... tapi hakikatnya takboleh nak lari dari rasa malu.. termasuklah saya sendiri.. Saya sendiri rasa malu ketika mula2 nak berniaga online dahulu.. Walhal online je pun.. bukan ada orang nampak muka saya... bukannya kene ketuk pintu rumah orang malam2 buta..... ya ampunn malu rasa macam kena menari tak pakai baju tengah jalan.. Malu rasa macam mintak sedekah..Malu rasa macam nak merompak... Malu fikir apa orang cakap.. kot tak cukup duit ke budak ni.. Agaknya kalau dulu2 mak saya fikir malu, rasanya kami adik bradik makan pasir jer la jwbnya.. tak pun makan rumput. hahhaha...

Memang saya ni pemalu, tanyalah ahli keluarga dan kawan2 rapat saya. Sebab tu bila saya berjaya dalam perniagaan melalui online ni.. kwn2 pelik..  Kalau saya tak lawan rasa malu saya dulu agaknya saya tak rasa kemanisan berniaga sekarang..sangatttt manisss..masyaAllah..Alhamdulillah atas kurniaan ini... Cabaran dan dugaan berniaga sangat kuat.. Kita kene tanya balik kenapa harus malu? lepas tu, tanya diri sendiri balik, kenapa kita kena berniaga? Suka2? Ikut2 orang?Nak cepat kaya? Kalau kita berniaga tanpa sebab yg jelas.. haa tu yang jadi MALU TAK BERTEMPAT.... Kita bukannya buat sesuatu yang haram. Kita hanya berkongsi.. berkongsi apa yang kita rasa, membimbing mereka yang memerlukan.. lepas tu dapatlah untung runcit dan bonus dari company.. dan pelbagai lagi kebaikan berniaga..priceless..

Sebab tu waktu baru2 nak start, saya lawan rasa malu,saya email semua orang beritahu apa yang saya jual. Saya tulis blog..impian saya sangat besarrrrr .. lebih besar dari rasa malu tu.. Sebab tu buat jer... (Ikutkan memang malu oooo nak  tulis blog dan nak update facebook.. maluuu.. dah ler gagal dlm bidang perubatan luar negara alih2 balik malaysia meniaga produk pulak.. maluu mattt tauuu.. hahaha) tapi sy ckp dgn diri saya.. "ala online sahaja.. orang bukan nampak pun aku.. aku ada produk yang bagus. jadi kenapa harus malu nak berkongsi .. aku dah rasa kelebihan produk ini.. kenapa nak sembunyi.. aku tak mintak atau paksa diorang beli.. Kalau nak beli aku tolong. Kalau taknak sudah... aku pun tak sakit hati"... Jadi kenapa harus malu?.. Patutnya malu kalau tak berusaha bersungguh2 untuk mengubah diri sendiri. Patutnya malu kalau tak ambil peluang belajar dan mengajar.

Kesimpulannya tanamlah dalam diri anda yang anda hanya berkongsi bukan menjual. (memangla berniaga kena menjual. dah nama pun meniaga.. mana ada berniaga tak menjual.. cuma kalau nak hapuskan rasa malu dan taknak fikir perkataan keramat 'menjual' ... maka tanamlah dalam diri anda.. yang anda hanya berkongsi.. sharing not selling...  berkongsi kerana ingin mengejar impian membantu yang tersayang...berkongsi kerana nak orang lain rasa apa yang anda rasa.... haa itu topik lain pulak.. tapi awal2 ni.. buang rasa malu tak bertempat tu...

Ingat yer bahawa perniagaan bukan sahaja melibatkan perkara jual beli barang fizikal. Malah ia juga melibatkan seluruh aspek kehidupan kita,mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih kreatif (bersikap jujur, adil, toleransi,etc), membina ukhuwwah.... Haa, kalau tak berubah2, itulah yang patut malu.

Semoga bermanfaat ( amir getaharab.com)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff