Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

23/02/2017

Nasihat Seorang Tabib Cina

Salam.

Saya jumpa seorang pakar perubatan tradisi Cina dan selepas memberitahu pekerjaan saya, dia bagi kata2 nasihat...

"Lu mesti kuat exercise hali2 kayuh basikal, kawan tak ikut pun lu kayuh basikal solang2, lu ingat ha... Jangan minum teh di gerai2 apa lagi kopitiam atau haipeng. Jangan minum beer. Jangan minum alkohol, wine terutamanya. Minum banyak air suam.

Jangan bawa kereta pigi kelaja, bagus naik pengangkutan awam , naik basikal atau jalan kaki. Jangan makan di luar. Kurangkan makan di kedai Arab, kedai Mamak atau kedai busat-busat. Jangan makan kambing, daging dan makanan laut. Banyk mkn sayuran. Sekali2 diet lah. Kalau lu diet hari2 lagi bagut..."

Saya tertunduk... sambil bertanya balik tabib itu.."Bolekah saya tahu apa sebenarnya masalah saya?

Tabib menggeleng-geleng kepala sambil menjawab..

"Gaji lu kicik, maa...".

Cilaka lu apek

20/02/2017

Selamat Hari Lahir Insyirah Yang Ke3

Salam.

Orang kata x elok buat sambutan hari jadi.

Hari jadi aku pun..aku x suka nak sambut..tapi kalo orang dah sambut dan wish..aku terima je.

Satu lagi...kalo tiba hari jadi kita..lagi elok bagi hadiah dekat mak.

Sebab mak berjuang melahirkan kita pada hari berkenaan.

Weekend yang lalu humaira buat kek coklat untuk raikan ulang tahun Insyirah yang ketiga.

Wassalam.

Beg Daki Gunung

Salam.

Baru masuk bulan 2 persekolahan.

Dah 3 buah beg Miqdad dah koyak.

Aku agak sebab buku yang berat atau kondisi beg itu sendiri yang bermasalah.

Semalam dah xde beg lain lagi nak bagi miqdad pakai.

Ingat nak bagi kat dia beg brand tarbus yang aku selalu pakai buat pergi ofis.

Lastly aku bagi beg daki gunung...untuk dia bawak ke sekolah kafa integrasi.

Dia pun hepi...aku pun hepi..hehehe..

So lepas ni kena pergi cari beg galas yang jenis tahan lasak aka beg kain.

Wassalam.

18/02/2017

Keberkatan Membaca Al-Quran

MERAIH KEBERKATAN WAKTU DENGAN MEMBACA AL-QURAN

Seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya :

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah".

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi,

Semakin banyak al-Quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.

Rasulullah saw bersabda;
"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

1- Kebingungan yang tiada putusnya.

2- Kesibukan yang tidak ada hujungnya.

3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup.

4- Angan-angan yang tiada penghujungnya.

(HR MUSLIM)

15/02/2017

Rahsia Ketenangan Hati

Salam,

Surah Ar-Rad, Verse 28: الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Melayu) via iQuran

Kadang-kadang kita gundah gulana tanpa punca.

Sedangkan formula untuk ketenangan telah dinukilkan dalam Al-Quran.

Wassalam.

03/02/2017

Buku : Rahsia Usahawan Tuisyen

Salam.

Hohoho....akhirnya...buku yang aku order dari minggu lepas tiba jugak kat meja aku arini.

Aku order dua buah buku daripada saudara Yusnizam..siap dapat autograf which is aku lupa nak mintak tapi penulis dah sign. .tq very much.

Harga yang aku dapat pun lebih murah daripada beli online dekat laman web mph. Kalo beli dekat mph online dalam RM 63.

Untuk dua buah buku iaitu Rahsia Usahawan Tuisyen dengan Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya.

Semua RM 58 ..kos penghantaran percuma aku agak begitu.

Boleh dapatkan di usahawantuisyen.com

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff