19/03/2017

Belajar Tentang Ikhlas

IKHLAS

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat

Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . In shaa Allah dapat pahala dari ALLAH SWT .

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff