Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

30/06/2017

Rahsia Sebutharga # 5 : Ceritakan Manfaat

Salam,

Pada hakikatnya, orang lain TIDAK PERNAH membeli produk Anda.
Mereka membeli ‘sesuatu’ di balik produk tersebut.

Orang tidak pernah membeli shampu, mereka membeli khasiat dari shampu yang diberikan (meluruskan rambut, menghilangkan kelemumur, membuat harum, agar tidak kusut, menghilangkan dll).

Orang tidak pernah membeli kenderaan, mereka membeli fungsi dari kenderaan tersebut (kecepatannya, kemewahannya, bahan bakarnya yang jimat, fungsinya untuk keluarga, dll)

Teknik CERITAKAN MANFAAT menuntut Anda untuk menguasai Product Knowledge dan detail manfaat dari produk yang Anda ingin jual. Untuk ini anda perlu tau luar dan dalam mengenai produk dan bertanyakan kepada principal mengenai produk berkenaan..jika perlu bawa sekali wakil jualan produk berkenaan untuk demo ..sekiranya anda tidak yakin melakukan presentation.

Jangan sampai ketika calon pembeli Anda bertanya kepada Anda, Anda tidak tahu jawapannya.

Ceritakan terperinci manfaat yang terkandung dalam produk atau perkhidmatan anda tanpa merugikan Anda sendiri. Jelaskan kepada calon pembeli Anda, tonjolkan manfaatnya, bukan hanya cirinya.

Tolong praktis dahulu sebelum membuat persembahan slide..jika anda tidak ingin kelihatan bodoh dihadapan client anda..ingat praktis make perfect.

Wassalam

* Petikan Buku Rahsia Sebutharga

27/06/2017

Rahsia Sebutharga #1 : Harga Paling Murah

Salam.

Saya berkecimpung di dalam penilaian sebutharga dalam 11 tahun..bukan sahaja penilaian harga ..malahan penilaian tender yang berharga berjuta- juta.

Dalam menentukan pemenang di dalam setiap penyebutharga yang masuk bertanding..pola pemenang adalah sama..iaitu mereka menawarkan harga yang paling murah...walaupun mereka mempunyai keupayaan kewangan yang paling murah...keupayaan kewangan dinilai berdasarkan  3 bulan penyata kewangan yang terkini.

Bagaimana anda boleh menawarkan harga yang paling rendah antara penyebutharga yang masuk bertanding.

Rahsianya adalah anda perlu mencari pembekal atau pengeluar atau pengedar yang dapat memberikan harga yang termurah.

Bagaimana hendak mendapatkan sebutharga termurah?

Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5 quotation..kalo dapat 3 quotation? ...ok la tu janji jangan kurang daripada 2. Susah tu bro.. nak dapat 5 quotation...caranya jangan guna orang tengah..pergi terus kepada pengilang atau pengeluar..noktah.

Pening ye..

Untuk mudahkan tanya client apa brand yang dipakai sekarang..senang untuk anda check harga dekat market..

Keduanya...jika client tidak ingin gunakan produk lama ...cuba tanya client apa produk yang dia cadang untuk guna dan selesa (user friendly) pakai.

Dan pastinya client tidak akan syorkan sesuatu produk yang spesifik.tapi mana tahukan nasib anda baik...hehehe..nak lagi gampang..mintak setiausaha anda yang tolong tanyakan...Terbaik la Gopal!!!

Wassalam.

* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga : Bagaimana Menetapkan Harga

Salam.

Vendor : Salam...bro berhenaan barang-barang yang ko nak, aku dah dapat harga daripada pengeluar...berapa harga aku nak letak dalam quotation ni bro.

Sifu : Bro, harga yang ko dapat tu.harga kilang atau harga pengedarkan? ...itu dikira harga market.

Vendor : A ah ...bro.

Sifu : Kalo ikutkan prinsip selling hargab yang terbaik mesti diakhiri dengan angka 5 atau 7..selalunya penjual letak angka 9. Contohnya RM 195 atau 197..tapi untuk harga satu-satu barang jela.

Vendor : Kalo sebutharga dalam jumlah yang besar macam mana bro?

Sifu : Untuk sebutharga dalam jumlah besar...pertamanya..ko kena betul2 yakin
itu adalah harga untuk barang yang ko nak order...takut pengedar silap bagi harga bagi produk yang lain.

Vendor : Oooooo...

Sifu : Kemudian harga pengedar tu...ko boleh naikkan sama ada 10% , 20% atau 30%...jangan sampai lebih daripada 50% .Bergantung kepada kepada kesukaran kerja yang akan dilakukan..samada dari segi manpower atau kos pengangkutan..yang tu adalah kos yang x dapat lihat..ko kena kira sekali.

Vendor : Okay, tq sifu.

Wassalam.

* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

Rahsia Sebutharga #2 : Cerita Orang

Salam.

Rahsia kedua ...selepas rahsia pertama memenangi sebutharga adalah cerita orang...di mana anda menerangkan kepada client mengenai testimoni atau jabatan lain yang pernah menggunakan produk atau perkhimatan anda.

Contohnya.

vendor : Tuan, produk yang kami tawarkan ini pernah digunakan oleh jabatan di bawah kementerian yang sama dengan jabatan tuan.  Setakat hari ini mereka tidak mempunyai aduan dengan produk yang digunakan. Tuan boleh lihat surat setuju terima jabatan berkenaan. Pihak tuan juga boleh bertanyakan pendapat mereka berkenaan dengan servis yang kami lakukan.

Pointnya :

Kebanyakkan jabatan lebih suka jika dibandingkan dengan agensi yang berada dibawah kementerian yang sama. Kerana kelulusan untuk mendapatkan perolehan atau bajet adalah lebih besar...kerana pernah digunakan oleh jabatan lain..dan ternyata ianya amat berkesan..jika perlu dibentangkan kepada kementerian..mereka boleh membuat contoh dengan memetik kepada agensi yang pernah membuat perolehan berkenaan.

Wassalam.

* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

26/06/2017

Rahsia Sebutharga : The Power Of Three Quotation

Salam

Staf jabatan : Hello, bro ...mintak tolong boleh... Mintak bagi lagi 2 quotation. Bos aku nak mintak buat perbandingan harga.

Vendor : harga bawah 10 ribu xkan nak kena bagi 2 quotation lagi kot..xpe, ko punyer hal aku setlekan ,nanti aku contact dua lagi kompeni untuk buat quotation tu.

Staf jabatan : Nak buat macam mana bro..dah polisi jabatan macam tu. Aku boleh je nak carikan 2 quotation tu..takut nanti diaorang bagi harga lagi murah daripada quotation yang ko bagi tu..jadi nak senang ..aku mintak tolong ko je la yang carikan.

Vendor : Orait bro..petang nanti aku emelkan.

Staf jabatan : Make sure, harga lebih tinggi daripada quotation kompeni ko bro...aku pun dah survey market..memang harga dalam sekitar yang ko bagi.

Vendor : Okay bro..Selamat Hari Raya.

*Petikan buku Rahsia Sebutharga.

Wassalam.

25/06/2017

Rahsia Sebutharga : Networking

Salam,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Korang pernah makan dekat bonda x? Restoran bonda yang terletak di taman dagang ampang.

Kalo belum, korang kena try ..tomyam dia terbaik..pasti meletop...kalo aku nak pekena tomyam yang terbaik aku pasti pergi tempat ni.

Selasa lepas salah sorang member aku ajak aku buka pose dekat situ.

Katanya hari last dia dekat KL sebab dah nak balik kampung di Kelantan.sambut raya kat sana.

Kawan aku ni dari dulu aku respek cara dia buat bisnes.

Tetapi akhir-akhir ni..dia mengadu dekat aku yang bisnes saban tahun makin kurang..mungkin kerajaan sedang buat penjimatan...x banyak sebutharga yang dia dapat atau menang.

Kalo dulu sebulan boleh dapat 4 ke 5 sebutharga..sekarang 1 sebutharga dalam sebulan..balik modal je katanya.

Katanya lagi..networking yang dia bentuk lama dulu kian menghilang aka pupus...sebab ramai kenalan yang sudah bersara..dan silap dia kerana mengharapkan kenalan yang lama ..tanpa mencari networking pelapis..seperti yang dinasihatkan oleh kawannya.

Menyedari hal yang demikian..kini beliau berusaha semula untuk membentuk network yang baru.

Tip yang beliau guna dalam membentuk networking adalah berkawan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan mau pun anugerah.

Bila orang dah percaya dengan kita automatik projek akan datang..yang penting "berkawan"..katanya.

Berbeza dengan usahawan lain yang hanya berhubungan sekadar untuk mendapatkan sebutharga. Selepas dapat dan setelah selesai melakukan kerja..dapat bayaran kemudian hilang.

Mencari pelanggan yang baru adalah sukar berbanding berurusan dengan pelanggan yang sedia ada..wujudkan database pelanggan anda. Pastikan pelanggan sentiasa mengetahui kewujudan atau aktiviti bisnes yang anda lakukan.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff