Salam,
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Korang pernah makan dekat bonda x? Restoran bonda yang terletak di taman dagang ampang.
Kalo belum, korang kena try ..tomyam dia terbaik..pasti meletop...kalo aku nak pekena tomyam yang terbaik aku pasti pergi tempat ni.
Selasa lepas salah sorang member aku ajak aku buka pose dekat situ.
Katanya hari last dia dekat KL sebab dah nak balik kampung di Kelantan.sambut raya kat sana.
Kawan aku ni dari dulu aku respek cara dia buat bisnes.
Tetapi akhir-akhir ni..dia mengadu dekat aku yang bisnes saban tahun makin kurang..mungkin kerajaan sedang buat penjimatan...x banyak sebutharga yang dia dapat atau menang.
Kalo dulu sebulan boleh dapat 4 ke 5 sebutharga..sekarang 1 sebutharga dalam sebulan..balik modal je katanya.
Katanya lagi..networking yang dia bentuk lama dulu kian menghilang aka pupus...sebab ramai kenalan yang sudah bersara..dan silap dia kerana mengharapkan kenalan yang lama ..tanpa mencari networking pelapis..seperti yang dinasihatkan oleh kawannya.
Menyedari hal yang demikian..kini beliau berusaha semula untuk membentuk network yang baru.
Tip yang beliau guna dalam membentuk networking adalah berkawan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan mau pun anugerah.
Bila orang dah percaya dengan kita automatik projek akan datang..yang penting "berkawan"..katanya.
Berbeza dengan usahawan lain yang hanya berhubungan sekadar untuk mendapatkan sebutharga. Selepas dapat dan setelah selesai melakukan kerja..dapat bayaran kemudian hilang.
Mencari pelanggan yang baru adalah sukar berbanding berurusan dengan pelanggan yang sedia ada..wujudkan database pelanggan anda. Pastikan pelanggan sentiasa mengetahui kewujudan atau aktiviti bisnes yang anda lakukan.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment