Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

30/07/2017

Akan Sampai Suatu Masa

Assalam,

Terbaca dalam grup telegram. Mengenai satu hadis.

Rasulullah bersabda:

Akan datang suatu zaman atas manusia:

- Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka.

- Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka.

- Dinar-dinar (wang) mereka menjadi agama mereka.

- Kehormatan mereka terletak pada kekayaan mereka.

Waktu itu, tidak tersisa dari iman kecuali namanya saja.

Tidak tersisa dari Islam kecuali ritual-ritualnya saja.

Tidak tersisa Al-Quran  kecuali sebatas kajiannya saja.

Masjid-masjid mereka makmur, akan tetapi hati mereka kosong dari petunjuk (hidayah).

Ulama-ulama mereka menjadi makhluk Allah yang paling buruk di permukaan bumi.

Kalau terjadi zaman seperti itu, Allah akan menyiksa mereka dan menimpakan kepada mereka empat perkara (azab):

1 - Kekejaman para pemerintah,
2 - Kekeringan pada masa,
3 - Kezaliman para pejabat,
4 - Ketidak-adilan para hakim.

Maka heranlah para sahabat mendengar penjelasan Rasulullah.

Mereka bertanya, "Wahai Rasul Allah, apakah mereka ini menyembah berhala ?"

Nabi SAW menjawab, "Ya ! Bagi mereka, setiap dirham (wang) menjadi berhala (dipertuhan/disembah)."

(Hadist Mutafaq'alaih)

Cuba kita perhatikan isi hadits tersebut, rasa-rasanya kita sudah boleh mulai merasakannya

Itulah kenapa, alangkah baiknya kita sentiasa menjaga niat untuk selalu berbuat baik dan mengharap redha-Nya

Sebagai pemilik bisnes, biasanya kita sering sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengejar wang dan keuntungan

Padahal, wang bukanlah tujuan.

Ketika pun setiap harinya kita mencari nafkah, niatkan untuk  keluarga dan banyak orang.

Gunakan wang yang kita miliki untuk memperbanyak tabungan amal kebaikan di akhirat kelak, seperti bersedekah, zakat, infaq, dan wakaf

Banyak-banyak membantu orang. Banyak-banyak berbuat kebaikan. Banyak-banyak menyibukkan diri dengan aktivitas da'wah.

Berusaha semaksimun untuk meninggalkan jejak-jejak kebaikan di kehidupan, sebelum akhirnya kita di panggil pulang.

Jom kita saling mengingatkan. Berlumba-lumba dalam kebaikan...

Semoga bermanfaat
wassalam.

Rahsia Sebutharga # 19 : Ringkasan Eksekutif

Assalam.

Apa ye ringkasan eksekutif?

Ringkasan eksekutif (RE) merupakan kertas kerja atau dokumen cadangan sesuatu sebutharga yang jumlahnya besar dan perlu mendapat kelulusan khas daripada sesebuah jawatankuasa.

Kemudian baharulah dokumen sebutharga dilakukan setelah dokumen ringkasan eksekutif diluluskan.

"Pening bro...aku mana tau nak buat paper ni"

RE bukan disediakan vendor aka anda..namun anda boleh membantu dengan menyediakan data-data yang diperlukan...terutamanya dari segi spesikasi.

* Pegawai berkenaan terlalu sibuk untuk menyediakan RE kerana perlukan survey dilakukan untuk mendapatkan harga syiling projek berkenaan.

Oleh kerana anda membantu mereka untuk membuat RE itu tadi..anda akan menjadi favorite agensi berkenaan..kerana anda menyediakan RE untuk mereka secara percuma. Secara tidak langsung wujudnya network yang kukuh antara anda dan agensi itu tadi.

Kaedah ini adalah lebih kurang sama dengan kaedah Timbal Balik..memberi dahulu untuk mendapatkan sesuatu.

RE boleh terdiri dalam bentuk powerpoint atau dokumen word.

Wassalam

28/07/2017

Rahsia Sebutharga #18: Jangan Call, Datang

Assalam.

Jangan call, datang...kring! kring! ...aku angkat call.

Ada suara wanita...dihujung talian.."encik ke yang handle toner".

"Tak..yang handle staf saya".

"Okay nanti saya call semula".

Dunia pemasaran sudah berubah..agensi tidak akan berurusan dengan anda jika tidak kenal anda dan syarikat anda.

Untuk pertama kali jika ada ingin mendapat projek di sesebuah jabatan anda kena datang sendiri untuk berikan penerangan tentang servis dan syarikat anda.

Apa yang perlu anda buat adalah:-

1. Berjumpa dengan orang yang betul. Iaitu pegawai yang incharge mengenai servis yang syarikat anda sediakan.

2. Berikan profile syarikat dan kad bisnes anda.

3. Dapatkan kad bisnes, emel dan no telefon pegawai berkenaan. Untuk diimuatkan kedalam data bank syarikat.

4. Lakukan follow up dan update pegawai berkenaan sekiranya syarikat mempunyai produk baru..update bermakna educate merekai. Jangan fikirkan apa yang mereka boleh berikan kepada mereka ..tetapi apa yang anda boleh berikan kepada mereka.

Perlu diingatkan anda perlulah kemas paling kurang jika tidak pakai blazer..pakaila tali leher..jangan pakai seluar jean..

Jika pakai blazer ..cuba anda pakai kemeja putih dengan tali leher merah.
Thorbaek!!!

Wassalam.

17/07/2017

Modal Bercakap #7 : Ingat Perkataan Mereka

Salam.

Ingat Perkataan Mereka

Ulangi kembali poin menarik yang pernah mereka ucapkan.

Hal ini menunjukkan pada mereka bahawa anda adalah pendengar yang baik dan teman yang menyenangkan.

“Saya masih ingat ketika anda mengatakan ……”.

“Dulu anda pernah kata tidak suka makanan sea food …”.

Wassalam

10/07/2017

Rahsia Sebutharga # 10 : Bank Data

Salam.

Seorang peniaga ulung pernah berkata...

"Jika dalam berniaga aku boleh kehilangan semuanya, dan hanya satu sahaja yang tinggal iaitu senarai nama pelanggan aku boleh bangkit semula"

Huhuhu...anda nampak tak..betapa pentingnya senarai nama ..aka list building aka...bank data..

Apa yang perlu ada dalam bank data?

1. Senarai Pelanggan.
2. Senarai Projek.

Apakah maklumat yang pelanggan yang perlu disimpan.

1. Nama pelanggan.
2.Jabatan Pelanggan bekerja.
3. Alamat emel.
4. No. Telefon.

Lupa pulak no 5.

5. Jawatan Pelanggan.

Dan maklumat pelanggan di dalam bank data hendaklah sentiasa diupdate.

Maklumat projek pula hendaklah mengandungi.

1. Nama Projek.
2. Harga Projek.
3. Agensi projek
4. Tarikh projek

Tahukah anda tempoh maksimun seseorang penjawat awam bekerja di sesebuah agensi kerajaan adalah hanya selama 5 tahun..kalo yang masih stay walaupun dah lebih 5 tahun..dikira bonus la..lebih-lebih lagi untuk pegawai yang berurusan di bahagian perolehan untuk sesuatu projek.

Apakah kepentingan Bank Data kepada anda.

Pertamanya anda senang untuk membuat pemasaran produk anda...menjual sesuatu produk adalah lebih senang kepada pembeli yang sedia ada.

Wassalam.
* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga .

09/07/2017

Rahsia Sebutharga #9 : Product Update

Salam,

Tahukah anda ...seorang penjawat awam perlu berkursus sekurang- kurangnya 7 hari dalam setahun.

Cuma sejak kebelakangan ini..syarat tersebut dilonggarkan berikutan kekurangan bajet oleh kerajaan..anda percaya ke? Kerajaan kekurangan bajet...jangan percaya sangat...bajet dipegang oleh orang politik...mereka yang menentukan sesuatu peruntukan..jika anda perasan..sekiranya dalam masa terdekat atau pada tahun tersebut dijangka akan diadakan Pilihanraya Umum..pasti terdapat kekurangan bajet...hehehe..sendiri faham okay.

Berbalik kepada rahsia nombor sembilan iaitu produk update.

Anda perlu tahu..kebanyakkan penjawat awam amat sibuk dalam kerja seharian dan kekurangan pekerja di jabatan menyebabkan kekangan untuk mempelajari ilmu baru ..yang sentiasa berubah-ubah.

Terutamanya dalam bidang teknologi maklumat..

Oleh yang demikian cara terbaik untuk menjalin jaringan adalah dengan membuat produk update.

Apa-apa produk pun anda boleh buat untuk produk update..yang penting anda pakar dan membaca semua manual berkenaan produk yang akan didemotrasikan.

Yang lebih penting adalah back end sale ..atau menambahkan jaringan kenalan untuk dimasukkan ke dalam bank data anda..sila baca mengenai bank data untuk rahsia seterusnya.

Wassalam.

* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

07/07/2017

Fahami Bisnesmu : Untuk Bisa Hidup

Salam.

Sesuatu itu bermula dengan niat..daripada niat baru jadi action...daripada action baru dapat result.

Untuk bangunkan bisnes anda perlu ada niat.

Jika dengan bisnes dapat dekatkan anda dengan Allah...percayalah anda berada didalam bisnes yang betul.

Jika dengan bisnes ianya menjauhkan anda daripada Allah..tinggalkan saja bisnesmu.

Pastikan niat bisnes anda adalah ingin memberi manfaat kepada orang lain..baharulah duit akan masyuk dengan sendirinya..ramai yang tidak faham prinsip ini..ramai yang berniat untuk kaya..untuk mempunyai wang dan harta benda yang banyak.

Ingat langkah pertama untuk fahami bisnesmu adalah dengan berniat..betulkan niat anda..Insya Allah anda akan dibantu olehNya.

Wassalam.

6.49 pagi
Hulu Langat.

06/07/2017

Rahsia Sebutharga #8: Date Trigger

Salam.

Kisahnya seorang vendor datang ke sebuah jabatan kerajaan. Seorang vendor perempuan umur dalam linkungan awal 40 an.

Vendor : Salam, saya datang nak register company untuk jabatan encik.

Client : Oooo.. Kalo untuk register company puan boleh ke bahagian kewangan atau bahagian stor. Syarikat puan dalam bisnes apa ye?

Vendor: Syarikat kami menawarkan perkhidmatan sewaan mesin fotokopi.

Client : Untuk sewaan fotokopi puan kena berjumpa dengan unit IT. Tapi kontrak sewaan yang sekarang baharu sahaja diperbaharui..dan akan tamat pada Disember 2020.

Vendor : Berapa unit mesin fotokopi yang disewa?..mungkin untuk sewaan yang akan datang syarikat saya boleh ambil bahagian.

Client: Dalam 7 unit..dan saya rasa elok puan call dalam tempoh 3 bulan sebelum kontrak tamat. Sebab pada masa tu..jabatan mungkin sedang sediakan sebutharga yang baru..dan mereka akan hubungi puan untuk masuk dalam sebutharga yang akan dibuka.

Vendor : Maknanya dalam bulan september atau Oktober 2020 la ye.

Client : Macam tu la nampaknya..sebab buat masa sekarang memang tiada sebutharga yang akan dibuka. Kalo puan register sekarang pun tiada gunanya..baik telefon masa sebutharga nak dibuka. Lagi satu mungkin person incharge pun dah bertukar..nanti entah mana-mana dicampakkan profile syarikat puan.

Vendor : Boleh saya tau tarikh tepat kontrak akan tamat..nanti boleh saya follow up.

Client : erk!!!..hehehehe

Wassalam.

* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff