Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

20/08/2017

Rahsia Sebutharga #22 : Kepepet

Salam.

Bulan June 2017 dua minggu sebelum hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu dunia dikejutkan dengan serangan virus Ransomware. Banyak negara yang terjejas terutama negara-negara yang masih menggunakan windows XP seperti negara India dan Rusia.

Tahukah anda negara kita juga tidak terkecuali dengan serangan virus ini

Serangan yang berlaku akan menyebabkan komputer menjadi skrin biru atau ianya akan restart secara tiba-tiba. Lebih malang lagi ada komputer yang korup hardisk.

Langkah yang paling mudah yang diambil jabatan adalah dengan format pc. Tetapi adakah ianya penyelesaian kepada isu berkenaan?.

Kaedahnya adalah dengan memasang patches security untuk ransomware .

Itu saja caranya

Ekoran daripada peristiwa ini sebuah agensi terdesak untuk memasang antivirus yang baru.

Dalam keadaan sebegini faktor bajet tidak akan diambil kira yang penting antivirus perlu dipasang.

Pegawai yang terlibat akan sibuk untuk mendapatkan beberapa sebutharga bagi dibuat perbandingan harga

Dan pastinya harga yang paling murah dengan produk dan servis yang sama akan menang.

Dan akhirnya mereka memasang antivirus Bitdefender Gravityzone Advanced sebanyak 155 lesen..dengan kos hampir RM 10 ribu untuk tempoh 3 tahun.

Itulah dia, the power of kepepet... Anda kena mengetahui saat-saat terdesak sesebuah agensi untuk anda mendapatkan sebutharga.

Wassalam.

*Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

18/08/2017

3 Fasa Kehidupan

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dlm hati kita..

Yg hidup dikampung berasa nak ke bandar, yg dibandar pula ingin pulang ke kampung...

Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..

Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar  pula rasa ingin  pulang ke rumah...

Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut,  berasa nak kepada kesunyian...

Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah nak nikah satu lagi.. ..Hehehe..

Setelah berkeluarga ngeluh belum dpt anak. Bila ada anak, ngeluh pula perbelanjaan hidup....

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...

Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..

Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....

12/08/2017

Melayu Takut Berniaga

Salam.

Takut Berniaga

Ada orang yang hidupnya susah. Dah tahu susah tapi tak berusaha untuk perbaiki hidup dan redha dengan kesusahan yang dilalui.

Katanya Allah dah tentukan untuk dia lahir dlm keadaan susah, hidup susah & mati dlm keadaan susah. Dah tertulis di Luh Mahfuz.

Soalannya, "Bila dia g tengok?"

Memang saya percaya Qada dan Qadar.

Tapi jangan pula salahkan Qada dan Qadar kalau kita susah.

Jangan salahkan Tuhan sbb kita hidup susah di atas 'kedegilan' kita utk berubah & baiki hidup

Kalau kita tak berusaha untuk ubah hidup.

Kalau kita tak berputus asa untuk berusaha.

Allah pun ada sifat ihsan untuk memberi sbb Allah Maha Kaya.

Kalau diri sendiri tak nak berubah. Janganlah menyalahkan tuhan pula.

Kehidupan kita adalah pilihan kita.

Kita pilih nak senang. Kita pilih nak susah. Sebab apa yang kita buat hari ini adalah pilihan hidup kita beberapa tahun lepas.

Kehidupan kita 2 ke 3 tahun depan bergantung pilihan kita buat hari ini.

Jangan berhenti berusaha. Jangan berputus asa. Kita hanya mampu berusaha, Allah jua yang beri.

Moga2 usaha keras kita ini menjadi asbab Allah beri sesuatu yang kita nak.

Letakkan keyakinan kepada Allah. Buat yang terbaik dalam hidup kita.

InsyaAllah semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

Hidup akan berubah bila kita mahu mengubahnya dan nekad nak berubah!

Jom Ubah Diri Kita Dulu Agar Hidup Kita Berubah

*Copy wasap grup al-manna ameer

Wassalam

05/08/2017

Bagaimana Anda Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya

*Penipuan skim cepat kaya.*

Contoh bgaimana kita tertipu dengan skim cepat kaya..ilmu ini perlu kita tahu..agar ianya tidak berlaku untuk kedua kalinya atau terjebak dengan para suspek penipuan mana-mana skim cepat kaya...

1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:
A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000
2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.
3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.
4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.
5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.
6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.
7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.
Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

*Senarai Skim cepat kaya*

*SUDAH HANGUS*

Swisscash
Geneva Gold
Azxpro
Gwgfx
MMM
MGCfx/MGCare
WadiahTrading
Rainbowfx
WCP
Tawund
*Highway Group*
YSLM
SolarBond
Islamic Fund
NexusFX
Moores Capital
Double Fast Track
Kazanah Melayu
CPO Trading
Tok Belagak
Utoken
Asia Business Machine bhd
azz marketing
Mastajak fx
Alfafa Banglo

*TENGAH HANGUS*

Kongsimakan ☕⬅
Komuniti Ikhlas
MonSpace
Bitkingdom
Bit Club Network
Pok Din Empire
MybcWorld
AuraSfx

* TENGAH MELETUP LETUP 2 Ramai Join* 

Zenith Gold
Mym1

*POTENSI HANGUS* 

VenusFX
FXUnited
JJ Poor to Rich
ARBA Network /CWC
ABN Network
Bio Niaga Abu Nur
iTijari
iBiz Star Network
AGRCarTrade
Shazamia Gold & Jewelry
Coince
Eurobits
IGOfx
T1FX
MCX Forex
THWGlobal
MYM Programme
PTM4U
Bookcoin
AGR car trade
arion xm fx
gmj4u
Amazing7 society
Mface
MMC (mamacaptain)
Affiliate
Phytoscience
MGSB i-comey kosipitih

⚠Hati2 di luar sana yang gemar skim2 cepat kaya macam ini...

*skim ini tidak akan melabelkan program mereka sebagai " skim cepat kaya "
tapi menarik dgn cara
" habuan "

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff