Salam.
Arini bermulanya...peperiksaan upsr.
Siapa yang paling gundah gulana? Semestinya ibu..xsenang duduk dibuatnya..macam dia pulak yang ambik exam.
Bermacam-macam doa bertebaran di grup wasap..doa-doa untuk dapat menjawab soalan.. Bukan saja dapat jawab..malah jawapan biarla betul.
Ada yang syorkan baca yasin sepanjang anak menduduki peperiksaan..kalo exam pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi..sepanjang dua jam la ibu baca yasin.
Si ayah pula macam mana...mesti rileks je kan..." perjalanan hidup mereka masih panjang...banyak lagi peperiksaan yang perlu diambil, jangan streskan anak2".
Ooooo....
Namun majoriti yang skor upsr akan cemerlang dalam PT3 dan SPM.
..kelas belakang selalunya akan mempunyai minda kelas belakang.
Itula ayat pakar motivasi Che E kepada saya dalam seminar Booster Efikasi Diri yang saya hadiri khamis lepas.
Tepuk dada tanya selera.
Selamat menghadapi UPSR tangga pertama dalam mencapai kejayaan dalam hidup yang masih panjang.
Hehehe....
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment