09/10/2017

Kenapa Pentingnya Penilaian Prestasi Syarikat

Salam.

Penilaian prestasi syarikat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh bahagian perolehan sesuatu jabatan.

Di mana prestasi syarikat yang memenangi sebutharga akan diukur.

Kadang-kadang terdapat syarikat-syarikat yang diharamkan memasuki sebutharga sesuatu jabatan kerana gagal dalam penilaian prestasi tahunan jabatan.

Oleh itu anda kena memastikan syarikat anda berada di tahap prestasi yang terbaik dengan mewujudkan borang penilaian prestasi wqyang dibuat oleh syarikat anda sendiri.

Kriteria-kriteria yang diukur dalam menentukan prestasi sesuatu syarikat adalah seperti :-

- Suport / helpdesk
- Sistem Delivery

Apa kata sebelum anda dinilai di penhujung tahun, anda sendiri yang proaktif dengan mewujudkan borang penilaian sendiri untuk diisi oleh pegawai yang bertanggungjawab dengan projek yang anda laksanakan.

Kaedah ini akan memudahkan anda untuk membaik pulih kelemahan syarikat yang anda sendiri tidak menyedarinya.

Selain itu, ia juga menunjukkan anda komited dan serius dalam penyempurnaan projek sebutharga yang anda jalankan.

Oh ya..keputusan penilaian prestasi tidak akan diumumkan kepada anda. Jika result tidak memuaskan, syarikat anda mungkin tidak akan lagi dapat berurusan dengan jabatan berkenaan.

Maka anda kena pastikan syarikat anda memberikan servis yang terbaik setiap kali mendapat projek sebutharga.

Wassalam.

Petikan buku rahsia sebutharga
RahsiaSebutharga.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff