Salam,
Bila berbicara tentang niche saya amat konsisten dan fokus dengan niche saya.
Waima produk yang saya hasilkan tidak laku..saya tetap tidak akan berubah ke niche lain.
Dan yang bertuahnya ia adalah niche yang berkaitan dengan kerjaya dan kelulusan saya. Iaitu Sains Komputer.
Apabila saya menghasilkan produk yang memang didalam bidang saya . Secara tidak langsung ia akan menambah pengetahuan dan kemahiran saya...yang paling bestnya anda akan dilihat mempunyai kepakaran di dalam niche berkenaan.
Berkemungkinan besar anda akan mempunyai seminar anda sendiri.
Seperti yang di alami oleh beberapa IM terkemuka tanah air. Seperti saudara Syamsuriyadi, Ammar Zahar, Jamal , Adly Mukhtar dan sebagainya.
Paling utama hasilkan produk pertama anda.
Niche saya apa pula?
Saya hanya fokus kepada niche :-
A. Bisnes Online
B. Bisnes Offline
Bisnes Online.
Saya telah hasilkan beberapa produk yang telah menjana hasil kepada saya. Antaranya adalah.
- Rahsia eCover
- Minisite Dengan Blogspot
- Pemasar Informasi ( Buku yang anda sedang baca hehehe....)
- Rahsia Copywriting.
- Kedai Online Dengan Blogspot
- Rahsia Surat Jualan
Bisnes Offline.
Saya turut hasilkan produk dalam bisnes offline seperti.
- Kontrak Perjanjian.
- Rahsia Sebutharga.
- Rahsia Rekrut Stokis
Jika anda perasan...setiap produk saling berkait antara satu sama lain..
Contohnya untuk membuat surat jualan anda memerlukan kemahiran copywriting.
Dan untuk membuat kontrak perjanjian anda perlu memenangi sebutharga.
Disini anda boleh kembangkan produk anda mengikut idea dan kreativiti anda.
Anda perlu perbanyakkan produk kerana untuk mengail di lautan yang luas anda mesti mempunyai banyak joran. :)
Oh ya...
Saya tidak perlu memikirkan kos untuk hosting dan domain kerana saya menggunakan blogspot sebagai minisite dan ianya adalah percuma.
Walaupun produk saya tidak laku dalam jangka pendek namun ianya masih berlegar-legar 24 jam di internet.
minisitedengan.blogspot.com
Wassalam
0 comments:
Post a Comment