Salam
Teknik terbesar dalam mendekati dan memenangi hati prospek setelah anda berjaya melaksanakan projek dan mempunyai relationship serta kepercayaan prospek adalah :-
A. Makanan
Merupakan teknik yang paling ampuh dan paling mujarab. Anda boleh memberikan ole-ole sempena perayaan atau sambutan ramadhan. Contohnya buah kurma pada bulan ramadhan atau buah limau pada musim tahun baru cina.
Anda boleh juga membawa pizza hut atau kfc semasa mesyuarat. Pastikan anda mengetahui bilangan ahli mesyuarat. Takut nanti ada yang tak dapat makan...hohoho...
Kelainan ini semestinya akan diingati oleh pelanggan anda.
B. Cenderamata
Sekiranya anda mempunyai bajet yang besar. Kaedah memberikan cenderamata juga boleh menjadi triks berkesan untuk membuatkan pelanggan sentiasa merindui anda.
Contoh cenderamata yang anda boleh berikan adalah:-
1. Diari/ buku nota.
Tahukah anda buku diari yang dibekalkan oleh kerajaan terlalu tebal dan berat. Terdapat kakitangan kerajaan yang kurang menyukainya. Rata-rata menggunakan diari yang dibeli sendiri atau dihadiahkan oleh vendor.
Diairi yang dihadiahkan oleh vendor selalunya tertera nama syarikat. Secara tidak langsung ianya akan menghipnosis kedalam minda separa sedar pelanggan mengenai syarikat anda.
2. Lain-lain cenderamata yang anda boleh berikan adalah seperti:-
- Cawan
- Baju
- Pen
- post it.
Pastikan cenderamata yang diberikan adalah barang-barang yang selalu digunakan dengan kerap oleh prospek anda.
3. Kad Ucapan.
Apabila tiba musim perayaan tertentu jangan lupa mengirimkan kad ucapan secara fizikal atau secara digital.
Pastikan nama penerima adalah spesifik dan tidak dihantar secara umum.
Anda perlu ingat semua kos di atas adalah ditanggung oleh elaun keraian dan cenderamata yang syarikat anda perlu peruntukan.
Namun mungkin terdapat juga jabatan yang akan menolak hadiah pemberian syarikat anda tetapi tidak banyak jabatan yang mengamalkan polisi ini.
Perlu diingat tujuan anda untuk menjaga hubungan dengan prospek dan juga supaya ingatan kepada syarikat anda kekal didalam minda pelanggan.
Sekiranya terdapat sebutharga-sebutharga yang hendak diiklankan, mereka tidak lupa untuk memaklumkan kepada anda.
Kebanyakan syarikat tidak gagal memenangi sebutharga kerana mereka gagal mengetahui dan tidak dimaklumkan mengenai sebutharga yang bakal dibuka/diiklankan.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment