29/10/2017

Rahsia Sebutharga #21 : Kesempurnaan

Salam.

Selepas sebutharga ditutup maka berlakulah proses penilaian sebutharga..iaitu terdapat dua penilaian sebutharga untuk sebutharga atas RM 20 ribu.

1. Penilaian Kewangan

2. Penilaian Teknikal

Kedua-dua penilaian di atas akan dicantumkan dan dijadikan sebagai penilaian induk untuk diputuskan oleh lembaga sebutharga jabatan.

Oleh yang demikian..ianya amat penting untuk syarikat anda melepasi kedua-dua penilaian tersebut

Terutamanya dari segi kesempurnaan dokumen sebutharga.

Sekiranya anda gagal menyertakan dokumen-dokumen yang diminta..secara automatik syarikat anda tidak layak untuk dipertimbangkan untuk ke peringkat seterusnya...bermakna anda sudah gagal di pertengahan penilaian.

Cara untuk mengelak perkara ini dari berlaku adalah:-

1.Anda perlu menyemak dengan teliti senarai semak yang disertakan bersama tawaran sebutharga.

2.Pastikan di pejabat anda..maklumat-maklumat berkenaan syarikat seperti penyata bank, sijil pendaftaran syarikat, pengalaman kerja, salinan sijil GST, spesifikasi dan sebagainya disediakan satu ruang khas..bagi memudahkan anda melengkapkan sesuatu sebutharga.

Amat malang jika syarikat anda tidak berjaya memenangi sesuatu sebutharga disebabkan hal yang remeh temeh.

Ingat ...Tanpa sebutharga itu la penamat syarikat anda

Wassalam.

1 comments:

  1. Your blog looks quite appealing to me, though i wish that it was in a common language for all of us to understand. Keep up the good work!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff