23/10/2017

Rahsia Sebutharga : Blueprint Kejayaan Bisnes Sebutharga

Salam.

1. Network is money.

Sesetengah pakar bisnes antarabangsa menyebutnya sebagai connection...budaya melayu menyebutnya sebagai kenalan atau bahasa jahatnya sebagai kabel.

Pokok pangkalnya anda kena mengenali ramai orang untuk kembangkan syarikat anda.

Anda tidak akan maju dengan hanya terperap di dalam pejabat.

Mesti buka pintu pejabat ... Cari cabaran diluar sana dan bina kenalan yang benar-benar berkualiti. Bila saya katakan berkualiti adalah :-

A. Kenalan yang dapat memberikan anda projek.

B. Kenalan yang dapat anda berbincang untuk memajukan bisnes anda.

2. Grow database.

Bina satu sistem .
Always Be Building Your List AND Your Relationship With Your List.

3. Don’t Depend On Any Single Source of project.

Syarikat tidak akan berkembang sekiranya hanya mengharapkan satu sumber projek ..melainkan anda memenangi sebutharga yang bernilai jutaan ringgit.

Anda perlu memperbanyakan penyertaan dalam tawaran sebutharga. Dalam sepuluh sebutharga yang anda masuk. Tidak mustahil salah satu sebutharga akan menjadi milik anda.

4. Give,give, give and take.
Formula memberi terlebih dahulu adalah satu kaedah yang amat berkesan untuk memancing prospek.

Pernahkah anda lihat..sebelum seorang pemancing melemparkan umpan cacing. Beliau akan terlebih dahulu menaburkan serbuk roti di atas permukaan air. Tujuannya adalah untuk menarik seberapa banyak ikan. Kemudian baharu beliau melemparkan joran yang mempunyai umpan cacing tadi.

Konsepnya adalah sama dengan beri dulu hasilnya kemudian.

Dan formula ini mungkin akan melibatkan sedikit kos..namun pulangannya boleh dikatakan agak lumayan.

5. Over delivery.
Berikan bonus tambahan yang tidak dijangka.  Psikologi manusia adalah suka dengan sesuatu pemberian atau hadiah.

Jika syarikat anda berniaga komputer. Apa salahnya setelah mendapat projek. Berikan power bank atau pendrive kepada pelanggan anda.

Teknik ini banyak digunakan oleh syarikat besar. Contohnya HP . mereka sentiasa memberikan hadiah atau cenderamata kepada pelanggan yang membuat pembelian yang banyak daripada mereka. Hadiah seperti botol air, beg hp dan bantal. Anda pun boleh mengamalkan benda yang sama. Anda tidak akan rugi..yang penting menangi hati pelanggan anda.

6. Relationship.

Layan pelanggan seperti kawan..melainkan pelanggan yang tidak mahu berkawan...hehehe

Namun ada juga pelanggan yang ingin layanan profesional..ye layan mereka seperti profesional.

Selalunya pelanggan yang ingin layanan profesional adalah pegawai yang berpangkat gred 48 ke atas.

Tetapi anda jangan risau..selalunya pegawai yang bertanggungjawab dalam perolehan adalah pegawai yang berpangkat gred 44 ke bawah. Di mana mereka mempunyai ego yang kurang berbanding pegawai atasan mereka.

7. Fast Delivery.

Pastikan anda sentiasa pantas memberikan sebutharga sekiranya diminta.

Anda juga mesti pantas dalam menghantar bekalan dan juga perkhidmatan. Mereka tidak akan mendengar apa jua alasan kelewatan projek atau perkhidmatan kerana mereka bersifat "Dont Care" dan kejam terutama dalam memberikan penalti.

Kontrak adalah pegangan mereka. Sentiasa semak kontrak sebelum tandatangan..dan selalunya ianya tidak akan menyebelahi anda..hehehe.

8. Invest In Yourself… No One Can Take Your Skills From You.

Jangan berhenti untuk belajar dan mencari.

Maksud saya adalah belajar untuk menambah ilmu baru berkaitan bidang perniagaan anda.

Dan jangan berhenti memcari pembekal yang boleh menawarkan harga underground market...cari sekurangnya tiga pembekal dan buat perbandingan harga.

Pujangga pernah mengatakan " Mereka boleh merampas perniagaan anda tetapi mereka tidak boleh merampas kemahiran yang ada dalam diri anda". Jadi, always update your mind.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff