Salam.
Petang yang dingin..hujan lebat mencurah-curah.
Saya didatangi oleh En Suhaimi owner sebuah syarikat yang mengjalankan perniagaan khusus dalam tempahan cenderamata dan pembinaan secara kecil-kecilan.
"Tapi kini tidak lagi", katanya.
Lanskap ekonomi sudah berubah..core busines juga turut berubah.kini syarikat tidak lagi terlibat dalam tempahan cenderamata dan pembinaan.
"Kenapa?", tanya saya untuk mengorek lebih lanjut.
Nak dapatkan satu projek pembinaan pun payah sekarang..tempahan cenderamata lagi la.
Apabila kerajaan menyekat atau mengurangkan bajet.syarikat juga akan mengalami kesan kerana ketiadaan projek untuk menjana pendapatan.
Di sektor swasta juga tidak kurang juga..mereka juga melakukan perbelanjaan berhemah bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Begitu juga dengan syarikat GLC mereka juga akan menurut langkah yang dibuat oleh kerajaan.
Dan yang paling buruk lagi adalah ketiadaan network..no network no projek.
Dulu banyak projek pembinaan yang didapati daripada datuk bandar..apabila datuk bandar sudah bertukar. Maka relationship sudah hilang dan perlu dibuat baharu.
"Lain orang lain hati dan tindakkannya. Ketiadaan network amat menyusahkan kepada syarikat terutama apabila pegawai bertukar keluar." keluhnya lagi.
Kesimpulan daripada cerita panjang ini adalah bertapa pentingnya ada network.
Ingat, "NO NETWORK, NO PROJECT".
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment