Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

29/11/2017

Berlari Dalam Kehidupan

Salam.

Dunia adalah tempat berlari kadang-kadang berlumba.

Kijang akan sentiasa berlari, jika berhenti berlari ia akan menjadi makanan harimau.

Begitu juga harimau akan sentiasa berlari..jika tidak berlari ia akan kelaparan.

Manusia juga perlu sentiasa berlari..daripada kanak-kanak hingga dewasa ... Kita perlu sentiasa berlari.

Yang berlari akan meninggalkan jauh yang berjalan.

Yang berjalan akan meninggalkan jauh merangkak.

Tidak perlu tidak kita perlu sentiasa berlari..mungkin bukan untuk diri kita..tapi untuk individu yang kita sayang.

Di Putrajaya suatu petang..bersembang dengan seorang kawan..yang terpaksa berlari dalam pekerjaan kerana ingin membayar pinjaman dan memberi keperluan kepada keluarga.

Di dalam pejabat..sanggup kena maki dan dimarahi dengan ketua atasan kerana benda yang sama.

Seorang ketua negara akan memastikan negara sentiasa berlari untuk menyaingi negara jiran atau negara lain.

Jika tidak negara akan mundur kebelakang.

Teknologi baru perlu dipelajari..tenaga baru perlu diasah bakatnya.

Untuk menang belari..kadang-kadang akan tersadung.

Ye..buat seketika berhentilah berlari..kita akan sedar kita dah tak mampu berlari lagi dan tak perlu untuk berlari.

Wassalam.

Ketenangan Hakiki

Salam.

Aku terbaca dalam satu buku karangan Ustaz Iqbal kat popular Ampang Point.

Mula-mula rasa nak angkat tapi xjadi..sebab hasrat hati datang cuma nak beli komik boboiboy..dah janji dengan miqdad sebagai hadiah dapat no 5 pangkat mumtaz sek agama.

Aku terbelek halaman..mengenai seorang pemuda yang berjumpa dengan Saidina Ali.

Pemuda ini mengadu yang beliau mempunyai banyak masalah.

Kalo kita sekarang..contoh masalah yang biasa kita hadapi adalah 3 masalah utama.

1. Tidak berduit.
2. Masalah keluarga.
4. Masalah wanita/lelaki aka couple.
5. Masalah ditempat kerja.

Apa jawapan saidina Ali?

Jawapannya..

Masalah yang saudara hadapi sekarang boleh bawak mati tak?

Selepas mati adakah kita akan membawa segala masalah bersama kita.

Ye..tentu sekali tidak..masalah didunia hanya untuk dunia sahaja.

Kita lihat baru-baru di televisyen terdapat individu yang suicide sebab x tahan dengan masalah.

Jalan pintas adalah dengan membunuh diri.

Orang Islam pun ada yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan masalah.

Masalah ekonomi je kot.

Kesimpulannya masalah yang anda hadapi hanya di dunia je..

Terdapat dunia yang lagi indah ...yang dikejar kebanyakan ilmuan agama.

Iaitu alam akhirat..kenikmatan yang kekal abadi.

Wassalam

26/11/2017

Family Day : Sempeneh Riverfront Chalet

Salam.

Aku gerak dari rumah pukul 3.30 pagi..then masuk highway plus di jalan duta pada pukul 4.00 pagi.

Jalan lengang ..pagi beb..lagi pulak hari sabtu.

Tapi dekat highway..kereta masih juga banyak..mungkin cuti sekolah dah bermula..aku fikir begitu.

Ada sesetengah yang ingin menghabiskan cuti tahunan.

Lori pun xnak kalah..banyak lori yang berhenti ditepi jalan..mungkin mengantuk kot.

Aku pun sama..dua kali jugak aku berenti tido ...dan berhenti solat di RNR Tapah.

Aku sampai di Sempeneh Riverfront Chalet , Batu Kurau..dalam pukul 9 pagi lebih untuk menghadiri famili day.

Kat sini memang x rugi untuk mereka yang cintakan alam semulajadi

Lepas acara sukaneka ...waktu tengahari aku mandi sungai..

Untuk yang x bawa bekalan makanan..boleh ke De Sunge @ Sempeneh Cafe..cafe biasa saja..terletak dibelakang chalet dan sebelah surau.

Tapi ada shell out beb...yang korang rugi kalo xmakan adalah laksa..laksa dia aku pekena memang power.

Lain rasa dia dengan apa yang aku makan dekat KL.

Harga chalet dalam 90 hinggit satu malam.

Manakala untuk dom berkapasiti 14 orang adalah 120 hinggit

Danb satu lagi...kalo korang kaki karaoke..disini boleh berkaraoke sampai pagi..tanpa peduli laporan oleh jiran anda.

Kerana jiran anda adalah ...alam megastua..hehehe

Ohye..bila mandi pastikan anda pantau anak2 anda..sebab anak saudara aku hampir2 lemas..ada satu kawasan yang bila masuk..ia akan menarik anda kebawah batu.

wassalam.

Kedai Gunting Bawah Gunung

Salam.

Huhuhu..sedih tak merasa nak gunting rambut dekat kedai gunting bawah gunung.

Dek kerana kejarkan masa.

Aku parking kereta...tepi jalan..

Ada seorang customer dalam kedai..

Aku tunggu kejap..sebab nak merasa kedai gunting yang pernah rival

Ikutkan kat mana-mana kedai pun boleh gunting rambut.

Tapi sebab nak merasa..bawah gunung punyer.

Ada sorang customer datang..umur belasann tahun..

Aduh..nak tunggu..atau nak chow..

Xpela ....bukan rezeki aku...aku pun ajak anak aku  miqdad dan fateh  my nephew ke kereta

Dalam kereta ..aku bagitau wife aku humaira...lambat lagi turn.

Xpela gerak dulu..next time..kedai gunting bawah gunung..sayonara.

Wassalam

20/11/2017

RRS : Tawarkan Kelebihan Menjadi Stokis

Salam.

Untuk dapatkan stokis yang banyak anda wajib tawarkan kelebihan yang akan diperoleh oleh stokis anda.

Ianya mesti dilakukan.

Contoh yang anda boleh gunakan adalah seperti di bawah.

10 UNTUNG BISNES STOKIS
========================

1) Dapat untung runcit up to 100%

2) Dapat bonus bulanan 3-4 angka

3) Marketing tools disediakan

4) Cara berbisnes diguide sendiri oleh Founder.

5) Dapat pahala sebab tolong selesaikan masalah orang (inshaAllah)

6) 100% gerenti restock dalam masa tak sampai sebulan hehe

7) Ilmu bisnes dan ilmu kehidupan percuma setiap hari dalam group exclusive wasep

8. Dapat berkenalan dengan ramai orang +ve, ada orang utara, selatan, sabah, sarawak, singapura, brunei dan etc

9) Dapat ketahui kisah kejayaan mereka yang dah mencapai side income 4 angka sebulan

10) Dapat kenal founder produk dengan lebih dekat.

Wassalam.

Petikan buku Rahsia Rekrut Stokis.

Graduan Jangan Jadi Usahawan

Salam.

Masa aku belajar dulu...aku xde la diajar untuk jadi usahawan.

Pensyarah-pensyarah yang ada pun x ajar macam mana nak jadi usahawan.

Kecuali seorang pensyarah En Mustapha Man yang mengusahakan cafe internet di asrama kediaman pelajar.

Pelajar yang ingin mencetak asignment akan ke cafe berkenaan.

Pekerja pun terdiri daripada para pelajar yang direkrut dan boleh dibayar murah.

Kemudian aku buat part time busines mencetak buku teks atau buku nota.

Bila pensyarah tanya siapa yang nak jadi tukang fotokopi aku akan volunteer.

Dan aku akan hantar ke kedai fotokopi di Pandan Indah.

Kedai tu masih ada sehingga sekarang.

Jadi dapatlah menjana sedikit pendapatan untuk aku.

99% graduan akan bekerja makan gaji menurut satu bancian.

Aku pun mempunyai pandangan yang sama...lepas konvo cari kerja dengan menghantar banyak resume kepada banyak company.

Sekali tu aku pernah hantar kepada 10 company dalam satu masa.

Yang panggil datang interview hanya dua.

Dan aku dapat job bekerja pada interview yang kedua..sebagai sofware developer di sebuah syarikat di Kepong.

Abis cerita aku sebagai graduan.

Kemudian aku tertarik dengan blog saifulsham.com.

Blog ni kalo aku tak surf setiap hari memang tak sah.

Blog dua orang anak muda ini menjadi turning point aku untuk aktif membina perniagaan di internet dengan menjual produk informasi dan juga berasaskan kesihatan.

Sehingga sekarang aku masih melakukan secara part time.

Kepada graduan...jika anda bermimpi untuk menjadi usahawan.

Sila mulakan daripada di pusat pengajian lagi..jangan bercadang-cadang bermula apabila anda sudah graduan.

Kebanyakkan bisnes yang berjaya bermula semasa pemiliknya masih belajar.

Lihat pengasas facebook dan microsoft.

Anda perlu tahu ..untuk jadi usahawan adalah begitu mudah..tetapi untuk konsisten adalah satu cabaran.

Selamat berjaya untuk anda.

Wassalam

19/11/2017

Case Study : Salah Peti Sebutharga

Salam.

Minggu lepas..

Seorang sahabat menceritakan bagaimana beliau gagal memenangi sebutharga hanya kerana tersilap memasukkan dokumen ke dalam peti sebutharga yang lain.

Padahal hanya dua syarikat yang masuk. Apabila beliau tersilap masukan kedalam peti maka..hanya satu syarikat sahaja yang dinilai.

Dan syarikat berkenaan gagal memenangi sebutharga kerana tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Maka kemungkinan besar syarikat beliau akan memenanginya sekiranya ianya dinilai.

Kedengaran memang agak kelakar.

Tetapi itula hakikatnya..dan sebutharga tersebut telah dibatalkan dan diiklankan semula.

Wassalam.

18/11/2017

Rahsia Bisnes Kecil

Salam.

Arini aku teruja mengenai perniagaan bisnes kecil...aku layan beberapa video youtube daripada jack ma hinggalah speaker mat salleh mana pun aku x kenal.

Malangnya video melayu mengenai SMALL BUSINESS amat kurang. Tapi

Bisnes yang dikatakan :-
1. Kurang risiko.

Maknanya hati tidak perlu nak gundah gulana.

2. Kurang modal

Tak perlu berhutang dengan bank atau orang rumah. Terus boleh buat guna sumber sedia ada.

3. Tak sakit kepala tidak perlu nak stress dengan perniagaan.

Tertekan dengan pekerja yang x bermotivasi dan setiap bulan perlu bayar gaji mereka.

Atau bayar kos overhead pejabat yang tinggi...spt k

4. Banyak masa terluang.
Bisnes yang tidak perlu mengikut model bisnes cara lama kena keluar ke hulu ke hilir jaja produk...atau

9 jam setiap hari duduk di dalam kedai.

5. Paling penting untung dapat tampung bayar hutang dan makan minum that all.

Wassalam.

Mesti Mahir Dalam Kerja Sebelum Menikmati Hidup

Salam.

Tajuk post diatas adalah petikan movie " Days Of Thunder" lakonan Tom Cruise.

Seorang pelumba kereta yang membuat comeback selepas insiden perlumbaan kereta.

Positifnya untuk anda iaitu anda kena mahir dalam sesuatu untuk direspek oleh orang lain.

Bila anda mahir dan mempunyai kepakaran baharulah banyak rezeki yang datang.

Dunia sekarang memegang prinsip siapa cepat dia dapat.sejak dibangku sekolah lagi..itu taklimat semasa aku hadir ujian saringan tahun satu anak aku.

Prinsip biar lambat asal selamat tidak boleh diguna pakai.

Semuanya berpaksikan kepada kebendaan.

Wassalam.

16/11/2017

Mentimun Lawan Durian

Salam.

Tergolek pun cedera digolek pun cedera.

Luahan seorang sahabat..yang meetingnya terlalu lama.

Dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang.

Gara-gara durian yang berlagak..yang tak reti nak merendah diri.

Kita yang tergolek terpaksa jadi pak turut.

Kalo tak diturut termenung hutang dan makan pakai anak..biarlah berlakon dalam pekerjaan

Buat fake senyuman untuk gembirakan hati durian

Menikam member lain untuk lepaskan tekuk sendiri...tanpa memaling keliling jika ada tenguk yang terluka.

Kipas lipas , taruk aircond lagi dekat durian..mintak2 durian suka dengan mentimun.

Jangan-jangan...sekali buat tahit..selamanya bekerjan dicop najis.

Hadap jela..demi sesuap nasi...demi anak2?..sanggup berkorban diri kena maki dan diherdik..

Pendek kata nak freedom jadi bos sendri.

Kemampuan diri entah kemana.

Hadap je la...mentimun dengan durian tak kan menang.

#duriansilameninggal

Wassalam

Bahana Politik Pejabat

Salam.

Bila agama tidak dijadikan cara hidup.

Bila memisahkan aktiviti pejabat dengan nilai-nilai agama.

Natijahnya lahirlah amalan politik pejabat...bukan sahaja istana zaman dahulu yang hebat dengan politik..seperti cerita-cerita korea.

Alam politik pejabat dalam kaum Melayu juga cukup hebat.

Aku sudah lama berhati-hati dengan Melayu..melayu tikam melayu..aku pernah kena tikam dengan melayu.

Melebur puluhan ribu duit aku...

Nak cari melayu yang ikhlas yang tidak kemaruk dengan kapitalis cukup payah tapi ada.

Kapitalis yang gila kuasa, kebendaan dan memuja celebriti.

Selalunya mereka yang berpangkat rendah dan staff bawahan yang rendah egonya dan menunduk ke bumi.

Serta ikhlas dalam bersosial.

Dunia kapitalis yang tidak pernah hilang
Walaupun memakan ribuan tahun.

Sembangb aku dengan sorang kawan..diwaktu hujan begini di putrajaya.

Wassalam.

15/11/2017

Kenapa Kita Tak Layak Piala Asia

Salam.

Dah bercampur aduk blog aku ni..dah macam rojak..hehehe.

Kenapa Malaysia kalah dengan Korea Utara.

Mengikut pandangan aku la..masing-masing berhak menyuarakan pandangan.

Walaupun aku main bola xde la sampai peringkat  daerah.

Pertamanya:-

1. Disiplin
Sudah diketahui umum...Disiplin korea utara adalah ala-ala tentera...berbanding dengan player Malaysia... Ala kalah pun xpe. Mereka bermain untuk negara.

2. Pemain.
Kita kekurangan pemain yang talented..asyik rolling pemain yang sama..pemain yang sama tewas...orang kata kalo tewas kali pertama dan kedua ok lagi..tetapi kalo dah kali ketiga orang yang sama tewas...itu kurang cerdik namanya.

Jangan duduk tukar pengurus pasukan. Cuba sekali-sekala tukar pemain .

Rakyat Malaysia 32.2 juta orang beb..hehehe.

Tapi satu lagi..pasti buat hati korang lega.

Itali pun xlayak ke piala dunia.. Selepas 60 tahun.

Malaysia setakat piala Malaysia je la ..tu pun dah berbangga sakan.

Wassalam.

14/11/2017

Rahsia Copywriting : #1 Mindset Copywriter

Salam.

Ingat, jika anda ingin menjual sesuatu,  semua tentang pelanggan anda bukan tentang anda.

Penting untuk mengetahui bagaimana anda memahami pelanggan anda. Apa yang mereka beli dan apa yang mereka inginkan.

LATIHAN

Tidak ada yang peduli dengan Anda, mereka hanya peduli pada diri mereka sendiri.

Masukan kata-kata tersebut ke otak anda dan bahkan kalau perlu jerit dengan kuat sampai terkeluar anak tegak anda, sebelum anda menulis sebuah copywriting.

NOTE:

1. Subjek favorit setiap orang adalah dirinya sendiri, ceritakan tentang apa untungnya bagi mereka.

2. Jangan langsung membicarakan diri anda sendiri, kecuali jika mereka sudah mengenal Anda.

3. Fokus pada apa yang akan MEREKA inginkan. Fokus pada apa yang MEREKA rasakan setelah membeli.

Fokus pada benefit apa yang MEREKA inginkan setelah membeli produk Anda.
Contoh yang salah:

"Kami adalah sebuah syarikat pengiklanan yang ditubuhkan pada tahun 2007, kami koited untuk memuaskan keperluan pelanggan kami. Dimana kami pakar dalam bidang rekaan grafik dan mempunyai pengalaman selama 15 tahun.”

Contoh di atas hanya fokus  mengenai syarikat, tidak fokus pada apa yang pelanggan inginkan.

Contoh yang bagus:

"Jika anda memerlukan rekaan grafik yang profesional untuk promosi produk anda, kami akan membantu membuatnya dalam tempoh 24 jam atau kurang.Hubungi kami sekarang."

Pemasar Informasi : Jutawan Informasi

Salam.

Anda pernah dengar cerita mengenai John Reese.

Cerita penuh inspirasi bagaimana beliau menjadi jutawan dalam masa 24 jam dengan menjual produk informasi Traffic Secrets.

Oh ye! Ianya dilakukan tanpa menggunakan sistem affiliate.

Menjadi kaya tidaklah mustahil dengan menjual produk informasi.

Tetapi John Reese pemasar informasi luar negara..produk pun dalam bahasa inggeris ...pasaran adalah global..pembeli boleh datang dari pelbagai pelusuk dunia.

Ada yang berkata sebegitu..

Ternyata anda silap..pasaran Malaysia pun tidak kurang hebatnya..walaupun produk informasi yang dihasilkan adalah dalam bahasa Melayu.

Permintaan tetap ada.

Anda pernah dengar mengenai produk daripada Tim Kerjaya yang mampu menjual produk sehingga RM 300 ribu tahun ini dengan produk Tips PTD.

Ianya sekadar secebis kisah yang boleh dijadikan motivasi buat anda.

Kisah tersebut boleh dipecahkan..rekod John Reese dikatakan telah dipintas oleh Frank Kern salah seorang sahabat pemasar informasi John Reese.

Anda pula bagaimana..

Beranikah anda memecahkan rekod Tim Kerjaya.

Wassalam.

Petikan buku pemasarinformasi.blogspot.com

12/11/2017

Jangan Bandingkan Wetland Dengan Petrosains

Salam..

Weekend tak tau nak pergi mana..

Cuba pergi wetland putrajaya.

Sebulan yang lalu aku dah pergi petrosains ... Masuk tengahari sampai maghrib baru keluar..yang seronoknya adalah anak2...dapat main game.

Tapi wetland lain pula ceritanya...aktiviti fizikal dan pengetahuan mengenai alam adalah seimbang.

Semalam aku riki wetland dah lewat. Sebab tunggu wife balik kerja baru boleh gerak..kul 4 baru sampaib wetland. Itu pun sebab sesat sebab aku exit taman wetland rekreasi air.jauh pula aku u turn..

Kalo korang nak pergi aku nasihat pergi awal tengahari..banyak masa korang boleh teroka..kalo bawak anak lagi la.

Jangan risau surau disediakan...

Dekat Taman Rekreasi korang boleh naik basikal, kayak atau bogie car.

Disebabkan aku bawak anak2 so proceed tengok pameran je la.

Dekat bangunan penghayatan alam...macam2 korang boleh sedut ilmu.

Aku layan sekilas je.m.sebab nakn layan anak-anak lagi

Ada tiga floor untuk korang pusing2.

Malangnya bahagian underground cineplex x ada show yang ditayangkan.

Mungkin sebab tu ..diaorang x kenakan tiket..tempoh tertentu nanti akan dikenakan tiket kot.

Pukul 5.30 aku riki pulakn menara pandang jauh..gayat jugak la..rasa goyang sekejap kepala lutut..kalo pergi situ xnaik menara tu..memang xlengkap tour korang.

Tapi kena jaga-jaga kalo rasa mcm nk ujan..xboleh naik..takut petir sambar menara..xpasal-pasal korang pun rentung sekali..hehehe.

Ohye...kat level atas sekali..beware sebab ada lebih buat sarang kat lantai...kat area belah kanan.diaorang lupa kot nak menage tempat tu.

Aku tak detailkan sangat pasal ruang pameran...sebab aku pun x sempat nak mentelaah lama2. So korang bolehla pergi baca.

Mungkin next time aku nak pergi ..naik kayak pulak

Wassalamm.

10/11/2017

Rahsia Trafik : Produk Apa Yang Laris Dijual

Salam.

Sebelum anda membazir masa..mempelajari ilmu menarik trafik atau ilmu menarik hujan daripada langit sekali pun...jika produk anda tidak layak dijual..maka anda membuat sesuatu yang sia-sia.

Saya menganggap anda telah mempunyai produk yang diperlukan dan boleh menyelesaikan masalah ramai orang.

Kerana walau sehebat mana pun ilmu menarik trafik yang anda miliki tanpa penghasilan daripada trafik iaitu untuk menjana wang.

Maka anda perlu mendapatkan semula refund anda daripada saya.

Bagaimana untuk mencari produk atau perkhidmatan untuk dijual.

Dalam satu program Malaysia Social Media Week yang diadakan pada 8.11.2017 seorang speaker iaitu Shane Dallas yang merupakan pengasas kepada The Travel Camel berkata

"Dont find your niche,but find your voice"

Maknanya jangan cari produk tetapi cari minat dan jadi pakar tentangnya.

Wassalam.

08/11/2017

Kenapa Aku Balik Awal Malaysia Social Media Week 2017

Salam.

Pagi tadi aku riki Event Malaysia Social Media Week di Hotel Berjaya Time Square bertempat tingkat 14 ballroom.

Aku sampai sana dalam pukul 9.26 pagi. Aku parking motor di sayap timur...tanyakan park guard.. Where is Berjaya Hotel ...pergh .. Dekat sebelah sayap barat..terpaksala aku menapak jalan jauh sikit.

Kedai- kedai dalam Time Square banyak yang masih belum bukak lagi.

Biasanya kedai-kedai akan dibukak dalam pukul 10 pagi ye.

Sampai di sayap west..aku tanya lagi dekat pak guard foreigner..dia kata kena naik lif ke tingkat 14 ballroom.

Aku kena beratur sekali dengan student berjaya universiti college...diaorang turun tingkat 11 ..aku proceed ke tingkat 14.

Sampai tingkat 14..aku corner kanan..dan disitu aku nampak ramai yang tengah beratur di kaunter pendaftaran.

Dalam 5 minit baru sampai turn aku..pergh pelbagai ragam dan bangsa manusia yang ada..biasalakan 1 Malaysia ..ops bukan 1 Malaysia..mat salleh pun ada.

Ramai yang datang sebab kalo ikut tentatif program..pukul 5, PM akan datang..x tau la aku ada ke x masa tu..kalo aku rasa bosan.. Dan ilmu yang diaorang curah aku hanya ilmu biasa-biasa saja..maka aku akan cabut awal...

Kalo speaker bagi talk setakat teori saja ..aku akan blah tanpa pandang belakang.

Sori bro...belum layak jadi sifu aku.

Demmm!!! Dewan penuh..alamak! Aku xde tempat duduk..padan muka aku. ..itula natijah datang lambat.

Kalo datang pukul 8 dapatla duduk barisan paling depan.

Xpela berdiri je la..aku berdiri sebelah air minuman..dekat dinding belakang.

Kelihatan makin ramai peserta yang masuk dewan.

Nasib baik pihak hotel datang tambah lagi kerusi..peluang ni aku xkan lepaskan..kalo sampai petang program ni..boleh krem kaki  aku.. So aku sambar satu kerusi..selamba aku duduk walaupun ada beberapa girl yang nak duduk...hahaha.

Demi ilmu ...adat sopan taruk tepi dulu..luckly girl2 yang kat situ pun dapat duduk juga..xdela aku rasa bersalah sangat.

Aku nak sembang dengan orang sebelah aku..xjadi sebab sorang dari negara India seorang lagi girl sebelah aku.

Aku wasap kat member aku..yang datang lebih awal dari aku..rupenyer dia duduk kat bahagian tengah..xpela ..layan je la talk dari speaker yang pihak Media Malaysia Chamber sediakan.

Aku xkan sebut nama2 speaker yang bagi talk..ada sedikit kelainan bila speaker Marcus Teoh ..dengan menggunakan analogi Durian berjaya menarik perhatian aku..selain dari Kiruba Shankar daripada Chennai India. (Teringat filem Chennai Express hehehe...)

Pukul 12 tengahari...saat yang aku tunggu untuk dengar talk dari co-founder Chatbot..Jaya Kishore yang datang khas dari bangalore india.

Namun talk yang disampaikan kurang menarik..sian kat dia..datang jauh-jauh tapi..aku kecewa ..tidak mencapai standard yang aku inginkan.

Kemudian Chen Chow ..founder fave..talk yang jujur dari pengasas Fave .. I like it.

Hampir pukul 1 tengahari ..aku mula rasa bosan..dan sememangnya aku jenis yang xboleh duduk lama2 dalam sesuatu event.

Kalo yang membosankan ..lagila.

Esok ada lagi untuk workshop..mungkin aku xpergi kot. Dan aku rasa memang aku x pergi.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff