Salam.
Dunia adalah tempat berlari kadang-kadang berlumba.
Kijang akan sentiasa berlari, jika berhenti berlari ia akan menjadi makanan harimau.
Begitu juga harimau akan sentiasa berlari..jika tidak berlari ia akan kelaparan.
Manusia juga perlu sentiasa berlari..daripada kanak-kanak hingga dewasa ... Kita perlu sentiasa berlari.
Yang berlari akan meninggalkan jauh yang berjalan.
Yang berjalan akan meninggalkan jauh merangkak.
Tidak perlu tidak kita perlu sentiasa berlari..mungkin bukan untuk diri kita..tapi untuk individu yang kita sayang.
Di Putrajaya suatu petang..bersembang dengan seorang kawan..yang terpaksa berlari dalam pekerjaan kerana ingin membayar pinjaman dan memberi keperluan kepada keluarga.
Di dalam pejabat..sanggup kena maki dan dimarahi dengan ketua atasan kerana benda yang sama.
Seorang ketua negara akan memastikan negara sentiasa berlari untuk menyaingi negara jiran atau negara lain.
Jika tidak negara akan mundur kebelakang.
Teknologi baru perlu dipelajari..tenaga baru perlu diasah bakatnya.
Untuk menang belari..kadang-kadang akan tersadung.
Ye..buat seketika berhentilah berlari..kita akan sedar kita dah tak mampu berlari lagi dan tak perlu untuk berlari.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment