Salam.
Aku gerak dari rumah pukul 3.30 pagi..then masuk highway plus di jalan duta pada pukul 4.00 pagi.
Jalan lengang ..pagi beb..lagi pulak hari sabtu.
Tapi dekat highway..kereta masih juga banyak..mungkin cuti sekolah dah bermula..aku fikir begitu.
Ada sesetengah yang ingin menghabiskan cuti tahunan.
Lori pun xnak kalah..banyak lori yang berhenti ditepi jalan..mungkin mengantuk kot.
Aku pun sama..dua kali jugak aku berenti tido ...dan berhenti solat di RNR Tapah.
Aku sampai di Sempeneh Riverfront Chalet , Batu Kurau..dalam pukul 9 pagi lebih untuk menghadiri famili day.
Kat sini memang x rugi untuk mereka yang cintakan alam semulajadi
Lepas acara sukaneka ...waktu tengahari aku mandi sungai..
Untuk yang x bawa bekalan makanan..boleh ke De Sunge @ Sempeneh Cafe..cafe biasa saja..terletak dibelakang chalet dan sebelah surau.
Tapi ada shell out beb...yang korang rugi kalo xmakan adalah laksa..laksa dia aku pekena memang power.
Lain rasa dia dengan apa yang aku makan dekat KL.
Harga chalet dalam 90 hinggit satu malam.
Manakala untuk dom berkapasiti 14 orang adalah 120 hinggit
Danb satu lagi...kalo korang kaki karaoke..disini boleh berkaraoke sampai pagi..tanpa peduli laporan oleh jiran anda.
Kerana jiran anda adalah ...alam megastua..hehehe
Ohye..bila mandi pastikan anda pantau anak2 anda..sebab anak saudara aku hampir2 lemas..ada satu kawasan yang bila masuk..ia akan menarik anda kebawah batu.
wassalam.
0 comments:
Post a Comment