Salam.
Masa aku belajar dulu...aku xde la diajar untuk jadi usahawan.
Pensyarah-pensyarah yang ada pun x ajar macam mana nak jadi usahawan.
Kecuali seorang pensyarah En Mustapha Man yang mengusahakan cafe internet di asrama kediaman pelajar.
Pelajar yang ingin mencetak asignment akan ke cafe berkenaan.
Pekerja pun terdiri daripada para pelajar yang direkrut dan boleh dibayar murah.
Kemudian aku buat part time busines mencetak buku teks atau buku nota.
Bila pensyarah tanya siapa yang nak jadi tukang fotokopi aku akan volunteer.
Dan aku akan hantar ke kedai fotokopi di Pandan Indah.
Kedai tu masih ada sehingga sekarang.
Jadi dapatlah menjana sedikit pendapatan untuk aku.
99% graduan akan bekerja makan gaji menurut satu bancian.
Aku pun mempunyai pandangan yang sama...lepas konvo cari kerja dengan menghantar banyak resume kepada banyak company.
Sekali tu aku pernah hantar kepada 10 company dalam satu masa.
Yang panggil datang interview hanya dua.
Dan aku dapat job bekerja pada interview yang kedua..sebagai sofware developer di sebuah syarikat di Kepong.
Abis cerita aku sebagai graduan.
Kemudian aku tertarik dengan blog saifulsham.com.
Blog ni kalo aku tak surf setiap hari memang tak sah.
Blog dua orang anak muda ini menjadi turning point aku untuk aktif membina perniagaan di internet dengan menjual produk informasi dan juga berasaskan kesihatan.
Sehingga sekarang aku masih melakukan secara part time.
Kepada graduan...jika anda bermimpi untuk menjadi usahawan.
Sila mulakan daripada di pusat pengajian lagi..jangan bercadang-cadang bermula apabila anda sudah graduan.
Kebanyakkan bisnes yang berjaya bermula semasa pemiliknya masih belajar.
Lihat pengasas facebook dan microsoft.
Anda perlu tahu ..untuk jadi usahawan adalah begitu mudah..tetapi untuk konsisten adalah satu cabaran.
Selamat berjaya untuk anda.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment