Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

14/12/2017

RBK : Hangat-Hangat Tahi Ayam

Salam.

Masa kecil dulu..dekat kampung..bila masa nak pakai selipar kat tangga.

Pernah terjadi aku terpijak tahi ayam.
dan tahinya memang panas...maknanya tahi berkenaan masih baru tak sampai seminit.

Bergegas la aku pergi cari tempayan untuk basuh tahi ayam.

Tapi kenapa peribahasa tu..hanya ditujukan kepada ayam.

Boleh juga dikatakan..

Hangat-Hangat tahi lembu..tahi lembu lagi besar...banyak dan kepanasannya tahan lama.

Lebih-lebih lagi ...kalo ditelekup dengan tempurung oleh mat gian.

Hangat-hangat tahi ayam..dalam hal ini ditujukan kepada individu yang berusaha nak jadi usahawan ...nak buka bisnes sendiri..namun selama beberapa tahun masih lagi makan gaji.

Kalo ada bisnes pun..macam jalan tak jalan je..sijil pendaftaran syarikat pun malas nak diperbaharui kerana tiada income yang masuk.

Akhirnya idea untuk berbisnes sendiri berkubur begitu saja.

Untuk atasi masalah ini...cari la kumpulan yang boleh memotivasikan anda..dan juga seorang mentor yang kemampuannya sudah terbukti.

Wassalam.

RBK : Banyak Sangat Idea

Salam.

Perkara biasa bila ingin memulakan bisnes anda akan mencatat semua senarai perkhidmatan atau produk untuk memulakan perniagaan.

Ada yang terus potong senarai produk/perkhidmatan satu persatu.

No product, No Business.

Ada pula yang trial and error produk...

Akhirnya bila umur dah mencecah 40..Masih lagi berkira produk apa yang nak diniagakan..atau perkhidmatan untuk ditawarkan.

Selama beberapa dekad..asyik dengan idea dann formula..tiada satu pun diterjemahkan dalam tindakan.

Jika ada pun...apabila sesuatu produk itu tidak mendatangkan hasil..mula beralih kepada produk lain..masih try and error.

Apa kata anda berhenti sejenak..

Bayangkan produk/servis yang anda suka buat...dan ada market untuk produk berkenaan.

Walaupun sambutan kurang memberansangkan pada tahun pertama sampai ke tahun ketiga ..anda masih kekal dengan produk yang sama.

Setelah masuk tahun keempat ..setelah pelbagain strategi pemasaran dan jualanb yang anda lakukan.

Namun produk masih tiada peningkatan dalam penjualan.

Ye,sudah tiba masanya anda bungkus produk anda..dan cari idea yang lain.

Kerana produk anda hanya boleh dijual di planet marikh.

Wassalam.

10 PUNCA BISNES TAK MENJADI

Salam.

1. Banyak sangat idea.

2. Hangat-hangat tahi ayam.

3. Cepat patah semangat. Hati tisu.

4. Sembang kencang.

5. Bangun lewat.

6. Tak fokus.

7. Nak cepat kaya.

8. Tak mahu raikan kejayaan kecil. Nak tunggu jadi jutawan dulu baru nak berbangga dengan diri sendiri.

9. Bandingkan diri dengan orang yang lama berbisnes.

10. Terpengaruh dengan cakap orang, tak yakin dengan diri sendiri.

-Ameer al manna

12/12/2017

Rezeki Bukan Sekadar Duit

Salam.

Dulu... saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta.

Setelah mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar.

Ternyata,

▪ Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki.

▪ Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

▪ Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

▪ Ada rakan2 yang soleh/& solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

▪ Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

▪ Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪ Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

▪ Senantiasa menjaga hubungan dengan manusia dengan tidak memutuskan silaturahim.

▪ Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.

Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.

Rezeki yang diperolehi itu jangan dipersiakan.

Dan yang wajib kita sadari adalah kita tak kekal lama tinggal kat dunia ni..., dan kepada ALLAH LAH...Kita akan dikembalikan.

C&P

10/12/2017

Hari Yang Keluh Kesah

Salam.

Arini terasa banyak dugaan yang bertimpa..

Humaira ajak balik kg nak tengok Insyirah yang terluka pada alis kanan dan telah dijahit oleh doktor hospital.

Keluar rumah pukul 9.30 pagi...aku check semua keadaan kereta.

Dan...pergh tayar kereta pulak..aku tengok tayar kereta belah kanan depan..dah nampak benang..ni xboleh jadi..kalo berlaku tayar pancit kat tengah jalan highway plus...jem aku dibuatnya.

So aku decide tukar tayar dulu.

Aku riki kedai tayar jalan ampang dekat dengan shell ..kedai ni aku pernah buat sekali..tukar tayar second hand.

Kali ni pun aku tanya second..anty cina kata xde..aduh...nak kena p cari kedai lain pulak..riki kedai tayar dekat sebelah kedai manjaku...

Xde ada jugak.

Masih nak keluar dari parking ..aku terlanggar kereta mekanik kedai tu..cina.

Calar la sikit..

Aku tanya berapa..dia kata polish je..so rm 50..then aku bagi rm 50..nasib baik dia mintak rm 50.

Semua kawan dia dah keluar kedai tayar tu..tengok kete dia yang aku buat calar.

Rasa macam young and dangerous pulak.

So aku bayar kat cina tu..dan salam dengan dia..kira setle.

Yang belum setle lagi..tayar aku kena tukar..kalo x...x boleh balik kg.

Aku riki satu lagi kedai dekat tasik tambahan.

Kedai ni pun aku pernah berurusan..

Survey tayar alhamdulillah..ada ..total lost rm 140 untuk dua tayar second hand..jenama goodyear...ok la..aku tgk bunga masih ok lagi.

Then pukul  12 tengahari aku masuk highway plus menuju ke taiping.

Sampai di kamunting...humaira ajak singgah econsave dulu..beli barang untuk mak dulu.

After shopping..kat parking bila aku nak undurkan kereta ada pulak mamat melintas kat belakang..adoi!! Nasib baik signal sensor bunyi..

Mamat tu pun dah jeling lain macam..dah macam abang long fadhil..aku rasa main jeling-jeling kat aku.

bila difikir balik aku muhasabah diri..setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia..tiada yang kebetulan..Allah nak kita ingat dekat dia.

Waktu keluh kesah...ada yang rasa bersendirian di pusat urut atau spa akan membawa ketenangan.

Ye mungkin betul..tapi hanya ketenangan sementara.

Sedangkan untuk mengubat hati yang keluh kesah..hanya satu ..ingat pada Allah.

Kadang-kadang humaira bagitau..jiwanya tenang bila berada dalam masjid..bila bersembang dia ajak aku melawat masjid yang kiranya unik..seperti masjid china di kelantan sdan masjid ubudiah di perak.

Aku pun rasa begitu...jika hati keluh kesah..serahkan urusan pada Allah..dan cuba dekati masjid.

Insya Allah hati akan tenang.

Wassalam.

08/12/2017

Ringan Tulang, Jangan Tuang

Salam.

Mentor saya pernah bagitau..

Kalo kerja jangan curi tulang, mesti ringan tulang.

Orang yang ringan tulang...hidupnya akan senang.

Walau pun tak kaya ...dia akan bahagia dan membahagiakan orang lain.

Insya Allah ...Allah akan bagi rezeki untuk mereka yang ringan tulang.

Tidak akan ada rezeki untuk orang yang pemalas.

Lihatlah burung keluar di pagi hari mencari rezeki.

Begitu juga kaedahnya dengan manusia.

Nabi Muhammad pun bekerja sebagai pengembala sebelum fulltime sebagai rasul.

Memang lumrah kehidupan di dunia kita akan sentiasa mempunyai jawatan untuk bekerja.

Yang tidak bekerja pun akan diberi jawatan iaitu pengangur.

Waima duduk dirumah seperti pun akan diberi jawatan sebagai surirumah.

Yang mendapat duit di dalam pelaburan
.nampak macam tidak bekerja..tiap-tiap bulan makan duit dividen.

Juga akan digelar sebagai pelabur.

Maka jangan malas bekerja...

Wassalam.

07/12/2017

Rahsia Kenapa MRSM Cemerlang

Salam.

Tahun 1998 .zaman spm...aku mengikuti kursus menjawab soalan di sebuah MRSM di sebuah negeri di pantai timur.

Menginap beberapa malam di MRSM berkenaan.

Dapat la jugak merasa menjadi seorang pelajar mrsm...walaupun tiga hari dua malam.

Apa yang diajar kepada aku oleh tenaga pengajar adalah kaedah menjawab soalan dan ramalan soalan-soalan yang bakal terbit.

Walaupun soalan berkenaan tidak sama namun dekat dengan soalan sebenar.

Contohnya seperti kertas peperiksaan matematik..mungkin angkanya berbeza namun format soalan adalah sama dan seakan sama dengan soalan yang sebenar.

Tetiba terlintas difikiran aku..kenapa pelajar  mrsm begitu skor dalam spm..berbanding sekolah menengah kebangsaan tempat aku belajar.

Dari cermin tingkap meja aku boleh lihat kehijauan gunung yang menghijau dan dibawahnya penuh dengan pepohon kelapa sawit.

Kemudian balik dari mrsm ..aku membuat beberapa kesimpulan.

1. Tenaga pengajar adalah elit berbanding dengan cikgu di sekolah aku yang mengajar syok sendiri..anak murid faham atau tidak..itu belakang kira.

2. Tenaga pengajar adalah pembuat soalan dan pemeriksa kertas soalan.

3. Tempat pembelajaran yang kondusif.

4. Sebelah malam terdapat kelas tambahan aka tuisyen.

5. Mereka begitu serius dalam prestasi/peratusan pelajar yang cemerlang.

6. Pergaulan dengan budak-budak pandai akan mewujudkan persaingan siapa yang terbaik

Kesimpulannya yang dapat aku buat.tempat belajar dan tenaga kerja betul...boleh menjadikan pelajar itu cemerlang.

Dan cadangan kklw untuk mewujudkan MRSM berbayar untuk golongan berpendapatan tinggi agak janggal.

Wassalam.

06/12/2017

Bukan Mudah Nak Jadi Leader

Salam.

Ada orang berbakat untuk menjadi leader ...ada juga yang tidak berbakat.

Seperti mana..pada zaman khalifah..sahabat2 menolak untuk menjadi khalifah..

Ini kerana amanah dan tanggungjawab yang mereka akan pikul.

Jangan anda kecewa jika tidak mempunyai talent sebagai leader..mungkin anda mempunyai bakat di bidang lain.

Sebagai leader yang mengetuai sebuah unit..anda akan menanggung kesalahan yang dilakukan staf anda.

Kadang-kadang anda berusaha untuk mempertahankan hujah anda.

Namun menyalahkan anak buah adalah sifat yang buruk.

Kerana anda sebagai ketua unit tetap akan disalahkan kerana gagal memantau anak buah anda.

Jadi terima seadanya...kerana lumrah alam pekerjaan sememangnya begitu..jika tidak mampu bertahan..cuba tukar unit lain..atau tukar tempat kerja..hehehe.

Wassalam.

04/12/2017

Pekerjaan Bukan Milik Kita

Salam.

Pekerjaan Bukan Milik Kita
===================

Bila kita ada kerja tetap, kebiasaannya kita rasa pendapatan kita telah terjamin. Mana tidaknya, tiap hujung bulan, cucuk dinding keluar kertas warna warni.
.
Tapi, sepatah kata guru saya, kita memang sayang kerja kita. Tapi, adakah kerja kita sayang kita? Ya! Itu yang pernah saya alami apabila suami balik dari kerja beritahu, "Yang...kilang tempat kerja abang akan tutup". Ya! Setelah 15 tahun hidup makan gaji.
.
Jadi, apa yang kau rasa masa ni? Nak nangis? Kilang tetap tutup. Nak meraung? Tetap akan tutup. Nak merayu? Jawapannya, tetap akan tutup. Nak merintih? Tutup jugak! Jadi apa yang kau nak buat?? Teruskan kehidupan!! Bangkit!!
.
Bila ada kerja, kita begitu selesa. Tapi, bila hilang pekerjaan walau berapa pampasan yang kita dapat, jika tidak dicorak dengan betul pasti akan selesai.
.
Resume boleh ditabur di mana-mana.

Tapi, persoalannya dapat ke tidak?  Masa inilah pentingnya kemahiran. Dengan kemahiran yang ada, itulah sumber pendapatan.

Pekerjaan bukan milik kita. Pekerjaan kita tak boleh diwariskan sebab ia milik majikan kita. Bila2 masa jawatan kita boleh digantikan dengan orang lain.

Berbeza dengan bisnes sendiri.

Bisnes adalah milik kita. Kalau diurus dengan betul, bisnes yang kita bina itu boleh diwariskan kepada keluarga setelah ketiadaan kita.

#BukuZeroHutang #MotivasiKewangan

- C&P

03/12/2017

Pinjamkan Hatiku Korang Mesti Tonton

Salam,

Arini ajak wife pergi layan movie pinjamkan hatiku.

Dari semalam lagi nak layan citer ni.

Pergi malam tadi..masa tayangan dah terlepas...xkan nak masuk separuh masa.

So..cakap kat wife xpe..petang esok kita layan.

Alhamdulillah..

Sampai dekat spektrum ampang..parking kat tingkat 4 .

Booking tiket..cuma dua sit je dah orang booked...sit yang kosong..aku booked sit D5 ngn D6..panggung 2.

Okay la. Citer melayu mana boleh lawan citer Thor Ragnarok dengan Justice League.

Masih ada 30 minit lagi..makan dulu..then sempat solat tingkat 5.

Masuk panggung dah lewat 10 minit...its okay..citer baru start.

Biler habis citer..wife mintak aku komen..

Garapan Osman Ali..x menghampakan..mengubah skeptikal aku mengenai citer melayu.

Sinematografi memang terbaik...banyak scene dan pemandangan..yang aku xpercaya ada kat malaysia..

Kebanyakan pengambaran dibuat di Perlis, Perak dan juga Pahang.

Walaupun terdapat scene yang dibuat di New Zealand.

Orang kat depan aku..aku tengok mengesat air mata.

Aku pun berair kelopak mata aku.

Nasib baik xtumpah.

Scene yang last sekali menyentap jiwa aku..saat-saat naufal nak meninggal. Dengan kelambu dan keadaan umah kampung...rasa dekat dengan hati aku.

Komen aku dekat wife...

Laila..bagusla..sebab xmengejar kebendaan..lebih mengutamakan kebahagian hati.

Citer ni..korang patut tengok..dan jangan lupa bawak tisu.

Kalo x mengalir air mata..memang hati korang kering.

Aku bagi A+ untuk citer ni..dan kalo aku xtahan..aku nak repeat semula.. Sebab bawak baby naurah dalam wayang..sekejap aku kena bawak dia keluar..takut penonton lain terganggu.

Aku tanya wife..ada mengalir air mata x..dia x mengaku..aku tengok mata dia merah je...hehehe..

Wassalam.

02/12/2017

Copywriting Untuk Rekrut Agen

Salam.

CONTOH AYAT COPYWRITING UNTUK REKRUT AGEN DI FACEBOOK.

#AGENTWANTED, KHAS UNTUK ANDA YG NK CARI INCOME EXTRA SENANG2 MASUK DENGAN #[NAMA PRODUK], PRODUK [NEGERI/NEGARA] YANG PALING HOTZ SEKARANG!
.
.
Tahun 2017  ni mmg betul2 mencabar perasaan dan kehidupan kita... Masuk new year jer harga minyak naik pastu apalagi harga barang pun segera tumpang naik. Yang payah nak naik gaji je. So, mmg terpaksa cari duit extra. MODAL CIPUT JER? No hal, join je jadi agent [NAMA PRODUK]. Confirm tak nyesal...
.
.
SBB APA?
.
.
☑️ Produk dah ramai pelanggan kat pasaran. Dah lebih setahun kat market.
.
☑️ Senang dpt pelanggan.
.
☑️ Senang jual.
.
☑️ Bahan iklan Team sediakn setiap hari.
.
☑️ Untung tinggi.
.
☑️ Produk harga antara terendah di pasaran.
.
☑️ Group support gila2.
.
☑️ STOKIS guide cara nk promosi.
.
☑️ Testimoni beratus-ratus
.
☑️ TAKDE YURAN DIKENAKAN.
.
.
TEMPAT DAH SEMAKIN TERHAD. KAMI AKN TUTUP BILA-BILA MASA.
.
.
SILA TINGGALKAN NO PHONE di komen sekarang. Kami akan whatsapp anda utk pendaftaran.
.
.
NAK RESPONSE PANTAS?
�� Whatsapp "AGENT" ke +60117689688
�� Whatsapp "AGENT" ke +60117689688
�� Whatsapp "AGENT" ke +60117689688
.
Jom SHARE dan TAG kwn2 yg minat bisnes.

01/12/2017

Masalah Orang, Peluang Bagi Saya

Salam.

Jikalau anda adalah usahawan tulen.

Kata-kata diatas adalah pemacu untuk menjadi seorang usahawan.

Anda perlu pandai mencari masalah orang dan menyediakan penyelesaian kepada mereka.

Kemudian income akan datang dengan sendirinya.

Tetapi pastikan anda hanya fokus kepada satu bidang..untuk menjadi pakar anda perlu menjurus kepada satu niche.

Kadang-kadang terdapat usahawan yang terlalu melibatkan diri atau tidak spesifik kepada niche.

Menyebabkan mereka tidak fokus.

Dan tidak sampai setahun..syarikat dah gulung karpet.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff