Salam.
Tahun 1998 .zaman spm...aku mengikuti kursus menjawab soalan di sebuah MRSM di sebuah negeri di pantai timur.
Menginap beberapa malam di MRSM berkenaan.
Dapat la jugak merasa menjadi seorang pelajar mrsm...walaupun tiga hari dua malam.
Apa yang diajar kepada aku oleh tenaga pengajar adalah kaedah menjawab soalan dan ramalan soalan-soalan yang bakal terbit.
Walaupun soalan berkenaan tidak sama namun dekat dengan soalan sebenar.
Contohnya seperti kertas peperiksaan matematik..mungkin angkanya berbeza namun format soalan adalah sama dan seakan sama dengan soalan yang sebenar.
Tetiba terlintas difikiran aku..kenapa pelajar mrsm begitu skor dalam spm..berbanding sekolah menengah kebangsaan tempat aku belajar.
Dari cermin tingkap meja aku boleh lihat kehijauan gunung yang menghijau dan dibawahnya penuh dengan pepohon kelapa sawit.
Kemudian balik dari mrsm ..aku membuat beberapa kesimpulan.
1. Tenaga pengajar adalah elit berbanding dengan cikgu di sekolah aku yang mengajar syok sendiri..anak murid faham atau tidak..itu belakang kira.
2. Tenaga pengajar adalah pembuat soalan dan pemeriksa kertas soalan.
3. Tempat pembelajaran yang kondusif.
4. Sebelah malam terdapat kelas tambahan aka tuisyen.
5. Mereka begitu serius dalam prestasi/peratusan pelajar yang cemerlang.
6. Pergaulan dengan budak-budak pandai akan mewujudkan persaingan siapa yang terbaik
Kesimpulannya yang dapat aku buat.tempat belajar dan tenaga kerja betul...boleh menjadikan pelajar itu cemerlang.
Dan cadangan kklw untuk mewujudkan MRSM berbayar untuk golongan berpendapatan tinggi agak janggal.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment