Salam.
Musim tengkujuh kebiasaan melanda pantai timur dalam bulan November dan Disember.
Kini diheret ke bulan Januari...gempa bumi di Jawa Barat dengan 6.0 skala richter mengundang fikir.
Anak-anak yang kelelahan dan selsema pada diri sendiri.memuktamadkan lagi. Bahawa sekarang adalah musim lelah.
Perayaan awal bulan pertama yang sepatutnya membawa sedikit lelah dengan rutin harian dan kerjaya tidak juga berkurang
Putaran makin berputar badan sudah tidak segagah dulu..otak digunakan lebih banyak berbanding fizikal.
Masa kecil dahulu..di kampung..bulan 11 dan bulan 12 dikira musim pesta air.
Kerana dapat bermain rakit batang pisang dan buah kelapa sebagai sebagai pelampung.
Kadang-kadang melakukan terjunan daripada tingkap rumah juga..membuat hati rasa teruja.
Seorang kawan sanggup pulang ke kampung di rantau panjang pada musim tengkujuh untuk bermain air.
Tempias musim sejuk nampaknya melanda semua negeri. Johor banjir ..perlis pun banjir.
Yang tidak terkena banjir akan terkena semput kelelahan.
Wassalam