Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

24/02/2018

Keluar Dari Comfort Zone

Salam.

Semua orang ada idea..waima pengangur pun ada idea.

Duduk saja pun boleh dapat idea.

Kalo malas sangat nak dapat idea bolehn tanya orang apa idea yang bagus.

Kalo nak kaya boleh tanya apa yang orang kaya buat untuk jadi kaya.

Soalnya..terlampau banyak idea..sampai satu idea pun tak jalan

Bertahun lamanya idea tak pernah jadi realiti ..sebab apa?

Sebab takut...takut rugi..takut xde masa.takut stress.

Jadi ramai yang duduk pada situasi yang sama..dengan income yang sama.

Mana mungkinn kita akan dapat hasil yang berbeza jika membuat benda yang sama.

Ianya banyak terjadi kepada mereka yang makan gaji

impian tinggi menggunung nak bantu keluarga..nak bawak ibubapa menunaikan haji..nak mengembirakan isteri..nak pendidikan yang terbaik untuk anak2.

Tapi tak nak berubah dan bertindak.

Nak tak nak anda kenan keluar dari zone selesa untuk hasilkan result yang berlainan.

Pokoknya berjaya atau tidak..dan percayalah ia memerlukan usaha yang bukan sedikit...paling ketara anda akan kehilangan waktu tidur yang berkualiti

Wassalam.

23/02/2018

Kukuhkan Branding

Salam.

Terdapat beratus juta produk dan peniaga dalam industri bisnes yang sama.

Itu belum dicampur dengan bilangan pelajar yang keluar universiti menjadi usahawan.

Ditambah lagi dengan usahawan yang sedia ada yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk sendiri.

Masing-masing berebut-rebut mempromosikan produk mereka.

Ada yang membelanjakan puluhan ribu untuk menguatkan jenama mereka.

Untuk apa? Mereka beria-ia belanja sakan bagi menaikkan jenama produk.

Alasan hanya satu.

Iaitu...UNTUK MELEKATKAN JENAMA PRODUK DALAM KEPALA PROSPEK MEREKA.

Ia prospek tidak membeli produk tetapi jenama.

Wassalam

Marketing Konsisten Setiap Hari

Salam.

Apa itu marketing...atau pamasaran asalnya perkataan pasar.

Apa tujuan pasar..pasar merupakan tempat berkumpulnya para peniaga dari segenap pelusuk untuk menjual barangan atau produk mereka.

Pemasaran bermakna untuk mewar-warkan kepada khalayak ramai mengenai produk atau servis yang anda jual.

Pendek kata untuk bagitau khalayak yang anda sedang menjual produk. Kalo tak bagitau prospek atau pelanggan tidak akan tahu kewujudan produk anda.

Maka fungsi utama pemasaran adalah untuk memberitahu supaya khalayak tahu.

Jika khalayak masih tidak tahu bermakna strategi pemasaran anda telah gagal..noktah cari strategi lain.

Dan pemasaran perlu dibuat secara konsisten serta berjadual.

Berikut adalah beberapa teknik pemasaran yang anda boleh tiru.

▪ FB Personal : Personal Status
Increase Engagement 
 Survei .

▪ FB Group : Story Telling Case Study Tips & Trick .

▪ Telegram : Personal Story, Spiritual Motivation Testimonial .

▪ Email : Email Sequence Product Info
Update Video .

▪ Youtube : Live FB, One minute Booster Vlog .

▪ Instagram : Personal Gallery Quote Give away.

Wassalam

19/02/2018

Jaga Adab Berniaga

Salam.

Bila bercakap soal adab dalam perniagaan...apa yang anda fikir.

Perkara pokok dalam adab adalah anda tidak boleh menipu pelanggan .

Contohnya dalam isu testimonial.

Pastikan testimonial adalah ori.

Begitu juga dengan keadaan produk. Kalo tak elok bagitau tak elok kepada prospek.

Seni berbicara dan teknik pengurusan impresi juga perlu dititikberatkan apabila berdepan dengan pelanggan.

Wassalam

Kawan Biar Sedikit Tapi Berkualiti

Salam.

Kawan dalam bahasa mudah orang yang kita kenal, boleh dipercayai dan mudah minta tolong.

Tapi spesis di atas sudah semakin kurang.

Yang banyaknya adalah kawan yang suka tikam belakang,menjauh bila susah, senang hati bila kita ditimpa masalah.

Untuk maju dalam hidup dan perniagaan anda perlu mempunyai teman yang betul dan bersependapat serta yang sudi mendengar cerita anda. Malah dapat memberikan nasihat bila perlu.

Kalo anda mendapat kawan yang proven sukses dalam bidang yang anda ceburi adalah lagi terbaik.

Untuk berjaya anda wajib menukar kawan..perubahan adalah serta merta jika anda bertindak segera.

Wassalam.

Nak Berniaga Kulit Muka Kena Tebal

Salam.

Betulke nak berniaga kena ada sikap tahan malu yang tinggi.

jawapannya adalah salah.

Untuk berniaga anda tidak perlu tunjuk muka pun.

Contohnya syarikat Nuraysa yang berlambak banner tepi highway yang kita boleh nampak.

Pengasasnya hanya pakai purdah.

Kita pun tak tahu muka beliau macam mana..tapi beliau masih boleh berniaga produk kosmetik.

Muka kena kebal dengan rasa malu bergantung kepada bidang bisnes anda.

Sekiranya anda berniaga goreng pisang di kawasan perumahan anda atau berniaga burger dan semuanya anda buat sendiri memang muka anda kena tahan malu tahap gaban.

Kadang-kadang terdapat impresi yang kurang enak dari pelanggan.

Tapi sekiranya anda membuat bisnes secara online sudah tentu anda tidak perlu berjumpa dengan pelanggan.

Semuanya boleh dibuat secara atas talian.

Tiada alasan anda malu untuk berniaga..action saja sudahlah.

Wassalam.

Bolehke Meniru Dalam Berniaga

Salam.

Disekolah kita diajar meniru adalah salah.

Kita membesar dengan berpendapat meniru adalah salah.

Padahal kebanyakan perniagaan yang berjaya di dunia lahir dengan cara meniru.

Untuk berjaya dalam perniagaan anda kena pandai meniru.

Lahirlah perkataan tiruvasi..untuk membenarkan proses meniru dalam perniagaan dilakukan.

Dan tiruvasi adalah sesuatu proses yang sah dalam perniagaan.

Purdi E Chandra merupakan pengasas pusat tuisyen primagama yang merupakan pusat tuisyen yang terbesar di Indonesia.

Primagama telah difranchisekan dan terdapat ratusan cawangan di pelusuk Indonesia.

Beliau memulai perniagaan bimbingan belajar semasa masih lagi menuntut dan pada asalnya beliau tidak tahu untuk berbisnes apa.

Setelah melihat pusat bimbingan belajar Sky Mulyono yang berjaya di Jakarta.

Maka berfikir untuk menubuhkan Primagama di Yogya.

Soal risiko beliau fikirkan kemudian.

Bermula dengan dua orang pelajar dan ianya makin bertambah.

Kemudian beliau memulai pula bisnes makanan dengan membuka restoran padang prima raja dengan meniru restoran padang sari ratu.

Kesimpulannya tiada salah untuk memulakan bisnes dengan meniru perniagaan orang lain

Yang salahnya anda mempunyai banyak idea perniagaan..tapi satu pun tidak pernah dilaksanakan.

Wassalam.

18/02/2018

Relation Marketing

Salam

Relation marketing dalam bahasa melayunya pemasaran perhubungan.

Relation marketing selalu digunakan untuk menjaga hubungan dengan pelanggan yang pernah berurusan dengan anda.

Dalam perkhidmatan yang memerlukan anda menjaga hubungan setiap masa dengan pelanggan contohnya dalam bisnes taska, pusat tuisyen atau bisnes yang melibatkan stokis.

Sebagai pengusaha pusat tuisyen contohnya..Ibu bapa wajib selalu di update melalui grup wasap, telegram atau instagram,emel dan facebook pusat tuisyen.

Perkembangan pelajar-pelajar juga perlu sentiasa diupdate dan dimaklumkan kepada ibu bapa.

Dengan cara ini ibu bapa tidak perlu risau tentang prestasi semasa anak-anak kerana sentiasa diupdate.

Mereka juga boleh fokus kepada perkara lain.

Contoh perkara-perkara yang boleh dikongsi dan ingin diketahui oleh ibubapa adalah:-

1. Prestasi anak
2. Aktiviti sekolah(sila sertakan gambar-gambar anak mereka yang sedang beraktiviti.
3. Aktiviti syarikat.
4. Produk terbaru syarikat.
5. Perkembangan syarikat

Perkongsian-Perkongsian ini akan mewujudkan relation marketing yang lebih efektif kepada syarikat anda dan pelanggan anda.

Wassalam

17/02/2018

Kenapa Aku Tak Beli Buku SifuFBads

Salam.

Buku-Buku yang diterbitkan oleh sifufbads press bukannya x bagus.

Terdapat banyak buku-buku yang bagus dan penulis yang bagus-bagus.

Seperti Leo Adi Putra, Najib Asadok dan beberapa nama pengasas produk seperti Dexandra dan mamadil.

Namun buku -buku mereka tidak menjadi koleksi aku .

walaupun direka dengan cover yang menarik serta isi kandungan yang bermutu untuk dihadam oleh otak aku.

Aku tidak membelinya atas dasar tak suka dengan saiz buku atau bentuk cetakan buku yang aku kira tidak dicetak dalam saiz yang normal.

Mungkin pihak syarikat ada strategi tersendiri untuk jadikan buku terbitan mereka lebih unik, lain dari yang lain.

Sedikit diluar kotak.

Yang mana aku tak menyukainya dan aku tak beli..bila tak suka.

Tapi mungkin aku akan membelinya..sekiranya aku lebih pentingkan konten berbanding saiz buku.

Wassalam.

16/02/2018

Besar Nanti Nak Berniaga Atau Makan Gaji

Salam.

Ramai bercuti sempena tahun baru cina.

Pejabat-pejabat pun kosong.

Waima dalam meeting pun tak ramai yang hadir.

Bukan sebab ahli mesyuarat ramai kaum Cina.

Tapi kaum Melayu yang mengambil peluang bercuti sekali

Uniknya bangsa Malaysia adalah menyambut semua perayaan. Itu yang membuatkan lebuh raya jem.

Mana taknya penduduk kota akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung atau ada yang pergi bercuti menghilangkan tekanan kerja di pejabat

Dunia sekarang adalah dunia kerja. Jika tidak bekerja anda dikatakan tidak termasuk dalam norma kehidupan biasa.

Sementelah kita perlu bekerja keluar pagi balik malam...semata-mata ingin menyara keluarga

Ada kawan yang ditanya kenapa masih bekerja walaupun benci dengan pekerjaan yang dilakukan atau benci dengan perangai bos di tempat kerja.

Rata-rata memberi jawapan..perlu menanggung insan yang tersayang.

Adakah selamanya sampai nyawa dijemput kita akan masih bekerja?

Hehehehe...

Saya harap ianya tidak terjadi sedemikian.

Pertanyaan kepada anak sulung saya yang berumur 9 tahun. Selepas pergi potong rambut.

" besar nanti nak makan gaji atau berniaga".

Jawapannya adalah " mana satu yang senang".

Tentulah makan gaji.

Hidup di zon selesa..tapi apa salahnya kalo buat dua-dua.

Pilihan adalah ditangan kita.

Wassalam

06/02/2018

Musim Banjir Waktu Rehat Usahawan Sebutharga

Salam.

Hah!!! Waktu banjir adalah waktu rehat untuk usahawan sebutharga.

Bunyi macam pelik tetapi itulah hakikatnya

Bila musim banjir..sudah tentu bulan 11 dan bulan 12.

kekadang terbawa ke bulan Januari tahun berikutnya.

Kenapa dengan bulan-bulan berkenaan?

Ye, ianya adalah bulan penutupan akaun agensi kerajaan akan berhenti untuk perolehan sebarang perkhidmatan ataupun pembekalan.

Kakitangan bahagian kewangan sudah tentu sibuk untuk pengiraan peratusan duit yang dibelanjakan. Cuti mereka akan dibekukan..ada yang terpaksa membawa keluarga menemani di pejabat kerana lewat balik ke rumah.

Bagi anda selain bercuti apa yang anda boleh lakukan adalah menyemak semula pencapaian syarikat dan membuat perancangan untuk tahun seterusnya.

Kekadang boleh juga membuat hari keluarga untuk syarikat anda atau pun company trip sekiranya mempunyai bajet lebih

Untuk company yang mempunyai kos overhead yang tinggi sudah tentu dalam tempoh berkenaan adalah sukar untuk mereka kerana kerja-kerja yang terhenti seketika akan menyekat duit daripada masuk. Dengan kata lain ' no project no money' .

Terdapat sesetengah usahawan sebutharga akan menghentikan operasi perniagaan seketika dan fokus kepada bidang lain sementara menunggu aktiviti perolehan berasaskan sebutharga aktif semula.

Seorang kenalan yang berasal daripada Kelantan mengambil peluang keadaan yang saya panggil 'Hibernasi Sebutharga' untuk bercuti sambil bermain air banjir.

Ianya adalah aktiviti rutin yang dilakukan oleh beliau setiap tahun kerana tiada sebutharga akan dianugerahkan dalam tempoh hibernasi sebutharga.

IBeliau mengambil mengambil masa berkenaan untuk bersama keluarga dan pada masa yang sama terdapat banyak kakitangan kerajaan yang mengambil peluang untuk bercuti sementelah penat bekerja sepanjang tahun.

Wassalam.

04/02/2018

Pemimpin Yang Dilupai

Salam.

Pelakon terkenal Arnold Schwarzenegger menyiarkan gambar dirinya tidur di jalan di bawah patung gangsa yang terkenal, dan sedihnya menulis "bagaimana masa telah berubah" ... Sebab dia menulis frasa itu bukan sahaja kerana dia sudah tua, tetapi kerana ketika dia gabenor California dia melantik sebuah hotel dengan patungnya.

Kakitangan hotel memberitahu Arnold, "pada bila-bila masa anda boleh datang dan mempunyai bilik yang disediakan untuk anda." apabila Arnold meletak jawatan sebagai gabenor dan pergi ke hotel, pentadbiran enggan memberi dia bilik yang berhujah bahawa dia harus membayarnya, kerana mereka sangat memerlukan.

Dia membawa beg tidur dan berdiri di bawah patung itu dan menjelaskan apa yang ingin disampaikannya: "Ketika saya berada di posisi penting, mereka selalu memuji saya, dan ketika saya kehilangan posisi ini, mereka lupa tentang saya dan tidak menunaikan janji mereka.

Jangan percaya kedudukan anda atau jumlah wang yang anda miliki, mahupun kuasa anda, atau kecerdasan anda, ia tidak akan bertahan lama.

"Cuba untuk mengajar semua orang bahawa apabila anda" Penting "di mata rakyat, semua orang adalah" Kawan " Tetapi apabila anda tidak memberi faedah kepada kepentingan mereka, anda tidak akan peduli.

"anda tidak selalu yang anda fikir anda akan sentiasa ada, tidak ada yang kekal selama-lamanya."

Kepada Ketua2 yang masih menjawat jawatan...ingatlah..jika sekarang kalian sombong dan angkuh.. Yakinlah satu hari nanti...apabila kalian dah tiada jawatan dan kuasa..

Kalian akan saksikan.. Rakan2 yg selama ini mengaku menyokong dan sanggup mempertahankan diri anda.. Akan pergi meninggalkan anda,apabila jawatan yg anda sandang dimiliki oleh orang lain.

Sekian..

#nasihat utk diri

Optimis Peniaga Pasar Malam

Salam.

Berniaga memang sukar..tetapi akan menjadi mudah sekiranya ada ilmu.

Ilmu yang nak diajar kali ini adalah optimis.

Dalam berniaga kita kena optimis dengan keadaan yang akan berlaku dan mempunyai back up plan sekiranya keadaan terburuk berlaku.

Contohnya.

Peniaga pasar malam.

Sesuatu yang paling tidak diingini adalah sekiranya hujan.

Isu hujan hujan adalah isu utama berbanding isu berniaga secara haram tanpa permit.

Isu hujan adalah isu dengan Pencipta yang menurunkan rahmat ke kawasan berkenaan.

" kejap lagi nak hujan", kata seorang peniaga nasi campur di sebuah pasar malam yang terletak di lembahb jaya.

" belum tentu lagi, cuba tengok masih banyak bintang di langit..manakan akan hujan", sampuk seorang peniaga ayam golek disebelah.

Saya yang baru selesai..membeli nasi kerabu di gerai peniaga nasi campur terdengar perbualan mereka

Ye ..dalam perjalanan pulang ke rumah..memang ada hujan tetapi sekadar setitik dua..dan tidaklah selebat yang boleh menyebabkan tutup perniagaan pada malam itu.

Kuasa optimis..tawakal kepada Allah

Wassalam.

01/02/2018

Sifat Orang Kaya Akhirat

Salam

Kaya itu adalah orang yg kaya jiwanya. Bila jiwanya kaya, hati tenang, tiada perasaan dengki dan iri hati dengan kejayaan orang lain.

Siuka melihat kejayaan orang lain dan tiada buruk sangka dan negatif dalam dirinya.

Bila kaya jiwanya, Allah datangkan kekayaan dalam pelbagai bentuk. Allah datangkan juga rezeki yg tidak disangka2. Kuncinya Bersyukur. Dan zahirkan kesyukuran.

Assalamualaikum.. salam tengahari!!

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff