Salam.
Ramai bercuti sempena tahun baru cina.
Pejabat-pejabat pun kosong.
Waima dalam meeting pun tak ramai yang hadir.
Bukan sebab ahli mesyuarat ramai kaum Cina.
Tapi kaum Melayu yang mengambil peluang bercuti sekali
Uniknya bangsa Malaysia adalah menyambut semua perayaan. Itu yang membuatkan lebuh raya jem.
Mana taknya penduduk kota akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung atau ada yang pergi bercuti menghilangkan tekanan kerja di pejabat
Dunia sekarang adalah dunia kerja. Jika tidak bekerja anda dikatakan tidak termasuk dalam norma kehidupan biasa.
Sementelah kita perlu bekerja keluar pagi balik malam...semata-mata ingin menyara keluarga
Ada kawan yang ditanya kenapa masih bekerja walaupun benci dengan pekerjaan yang dilakukan atau benci dengan perangai bos di tempat kerja.
Rata-rata memberi jawapan..perlu menanggung insan yang tersayang.
Adakah selamanya sampai nyawa dijemput kita akan masih bekerja?
Hehehehe...
Saya harap ianya tidak terjadi sedemikian.
Pertanyaan kepada anak sulung saya yang berumur 9 tahun. Selepas pergi potong rambut.
" besar nanti nak makan gaji atau berniaga".
Jawapannya adalah " mana satu yang senang".
Tentulah makan gaji.
Hidup di zon selesa..tapi apa salahnya kalo buat dua-dua.
Pilihan adalah ditangan kita.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment