06/02/2018

Musim Banjir Waktu Rehat Usahawan Sebutharga

Salam.

Hah!!! Waktu banjir adalah waktu rehat untuk usahawan sebutharga.

Bunyi macam pelik tetapi itulah hakikatnya

Bila musim banjir..sudah tentu bulan 11 dan bulan 12.

kekadang terbawa ke bulan Januari tahun berikutnya.

Kenapa dengan bulan-bulan berkenaan?

Ye, ianya adalah bulan penutupan akaun agensi kerajaan akan berhenti untuk perolehan sebarang perkhidmatan ataupun pembekalan.

Kakitangan bahagian kewangan sudah tentu sibuk untuk pengiraan peratusan duit yang dibelanjakan. Cuti mereka akan dibekukan..ada yang terpaksa membawa keluarga menemani di pejabat kerana lewat balik ke rumah.

Bagi anda selain bercuti apa yang anda boleh lakukan adalah menyemak semula pencapaian syarikat dan membuat perancangan untuk tahun seterusnya.

Kekadang boleh juga membuat hari keluarga untuk syarikat anda atau pun company trip sekiranya mempunyai bajet lebih

Untuk company yang mempunyai kos overhead yang tinggi sudah tentu dalam tempoh berkenaan adalah sukar untuk mereka kerana kerja-kerja yang terhenti seketika akan menyekat duit daripada masuk. Dengan kata lain ' no project no money' .

Terdapat sesetengah usahawan sebutharga akan menghentikan operasi perniagaan seketika dan fokus kepada bidang lain sementara menunggu aktiviti perolehan berasaskan sebutharga aktif semula.

Seorang kenalan yang berasal daripada Kelantan mengambil peluang keadaan yang saya panggil 'Hibernasi Sebutharga' untuk bercuti sambil bermain air banjir.

Ianya adalah aktiviti rutin yang dilakukan oleh beliau setiap tahun kerana tiada sebutharga akan dianugerahkan dalam tempoh hibernasi sebutharga.

IBeliau mengambil mengambil masa berkenaan untuk bersama keluarga dan pada masa yang sama terdapat banyak kakitangan kerajaan yang mengambil peluang untuk bercuti sementelah penat bekerja sepanjang tahun.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff