18/02/2018

Relation Marketing

Salam

Relation marketing dalam bahasa melayunya pemasaran perhubungan.

Relation marketing selalu digunakan untuk menjaga hubungan dengan pelanggan yang pernah berurusan dengan anda.

Dalam perkhidmatan yang memerlukan anda menjaga hubungan setiap masa dengan pelanggan contohnya dalam bisnes taska, pusat tuisyen atau bisnes yang melibatkan stokis.

Sebagai pengusaha pusat tuisyen contohnya..Ibu bapa wajib selalu di update melalui grup wasap, telegram atau instagram,emel dan facebook pusat tuisyen.

Perkembangan pelajar-pelajar juga perlu sentiasa diupdate dan dimaklumkan kepada ibu bapa.

Dengan cara ini ibu bapa tidak perlu risau tentang prestasi semasa anak-anak kerana sentiasa diupdate.

Mereka juga boleh fokus kepada perkara lain.

Contoh perkara-perkara yang boleh dikongsi dan ingin diketahui oleh ibubapa adalah:-

1. Prestasi anak
2. Aktiviti sekolah(sila sertakan gambar-gambar anak mereka yang sedang beraktiviti.
3. Aktiviti syarikat.
4. Produk terbaru syarikat.
5. Perkembangan syarikat

Perkongsian-Perkongsian ini akan mewujudkan relation marketing yang lebih efektif kepada syarikat anda dan pelanggan anda.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff