Salam.
* Saudara Ameer founder al-manna antara salah seorang bisnesman yang saya tunggu penulisannya.
Dibawah adalah entri beliau yang terbaru. Semoga bermanfaat.*
Bagi saya la kan, kalau kita niat buat bisnes (side income) sebab nak bayar hutang, inshaallah kita akan dapat
Sebab bayar hutang adalah satu kewajiban yang dituntut oleh agama tau
Tak salah saya pernah terdengar disebabkan hutang, roh seseorang itu akan tergantung
Saya pun masih banyak lagi hutang yang perlu dibayar
Hutang rumah 2 biji ni pun masih lagi tak terlangsai
Tapi saya jenis yang kalau boleh, nak cepat cepat bayar hutang tau
Saya jenis tak suka berhutang
Kalau hutang yang kecil kecil tu, saya akan berusaha bayar secepat mungkin
Alhamdulillah hutang kereta dah buat early settlement hasil buat side income suka suka je, siap dapat discount dalam 5k lagi. jimat dah kat situ.
Asbab buat bisnes suka suka juga lah, saya tak sangka hutang pendidikan JPA berjumlah berpuluh2 k saya dah langsai
Prinsip saya, saya rela berjimat, bersederhana dan berlapar asalkan dapat bayar hutang
Bila satu per satu hutang dah jelas, ibarat satu per satu beban atas belakang ni dah hilang
Hutang ada 2 jenis iaitu hutang baik dan hutang tak baik
Contoh hutang tak baik adalah hutang kereta sebab setiap bulan kita bayar dan nilai kereta semakin susut
Hutang baik adalah hutang yang membuatkan kita boleh laverage kan duit hutang tu untuk beri lebih banyak duit kat kita
Contoh hutang untuk dapatkan suntikan modal perniagaan dan sebagainya
Cara terbaik adalah kita kena listkan hutang hutang yang kita ada contohnya:
1) hutang rumah rmxxxk
2) hutang kereta rmxxk
3) hutang ptptn rmxk
4) hutang dengan kakak/abang/ipar/kawan rmxxx
5) hutang dangan suami/isteri rmxxx
6) hutang dengan JPA/Mara rmxxk
7) hutang dengan supplier/customer rmxk
Untuk yang newbie buat bisnes, bila dapat je untung bersih rm100, amek duit tu dan bayarlah hutang kecil kecil dulu contohnya hutang dengan kawan/ipar duai
Struggle lagi buat bisnes berbulan bulan bertahun tahun lepas tu bayarlah hutang kereta secara early settlement pula
Benda ni possible ya, tidak mustahil sebab saya dah buktikan
Saya mula berniaga sebab antaranya nak bayar hutang pendidikan JPA sebab dulu JPA dah taja saya belajar oversea tapi saya tak perform dan terpaksa bayar ganti rugi
Saya fikir siang malam macam mana nak langsaikan cepat cepat hutang JPA tu alhamdulillah Allah ilhamkan saya untuk terus buat bisnes dan selepas bertahun tahun baru settle
Alhamdulillah
p/s: saya ada hutang dengan tuan tak?
- ameer founder almanna