" Jangan mengharapkan hasil berbeza, jika melakukan perkara yang sama " - Risi Yusoff
Ye ..dalam strategi pemasaran anda perlu ada ilmu. Ilmu sekarang berlambak untuk ditemui.. Dalam bilik tidur sekalipun anda mudah mendapat ilmu.
Dahulu seorang ahli hadis untuk belajar satu hadis terpaksa berjalan kaki ribuan kilometer untuk mendapatkan ilmu.
Terdapat banyak ebook percuma yang berkualiti yang disediakan oleh pakar marketing untuk anda amalkan.
Tetapi ilmu tanpa amal..ibarat pohon yang tidak berbuah. Ibarat air yang bertakung tidak mengalir kemana-mana dan lambat laun air tersebut akan membusuk.
Walaupun sedikit teknik marketing yang anda lakukan tetapi lebih berkesan..ianya adalah lebih baik daripada melakukan banyak tetapi tidak memberikan hasil.
Contohnya, teknik yang paling saya sukai dalam marketing adalah menggunakan teknik rekrut stokis.
Hanya amalkan teknik ini sahaja anda boleh melipat gandakan jualan anda. Kebanyakan yang saya lihat dan perhatikan .
Produk-produk kecantikan banyak yang menggunakan teknik ini..begitu juga dengan produk fesyen seperti penjualan tudung dan produk-produk kesihatan.
Cuba anda amalkan.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment