Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

21/05/2018

Sifu Selling : #1 Lambat Berikan Respons Pada Prospek

Salam.

Ini punca nafsu membeli terbantut. Mungkin kita agak sibuk dengan urusan lain dan membuat kita terlupa untuk menjawab soalan prospek.

Bagaimana nak atasi masalah ini? Sediakan satu sahaja platform pertanyaan yang kita mampu untuk jawab serta-merta.

Jika kita rasa PM fb adalah jalan terbaik. Maka, fokus kepada PM di FB sahaja untuk proses pertanyaan.

Kalau saya wasap, sebab saya lebih banyak berinteraksi di wasap. Zaman sekarang adalah urusniaga dengan wasap atau telegram.

Tetapi di Malaysia penggunaan wasap lebih meluas berbanding telegram.

Kadang-kadang terdapat prospek yang membeli kerana menjawab soalan dengan cepat berbanding pesaing lain.

Tak berikan respons pada prospek juga merupakan kesilapan yang berat.

Prospek akan anggap anda tak layan mereka.

Jika ramai prospek yang bertanya, respons dengan serta merta atau dalam tempoh 24 jam.

Kenapa 24 jam..berkemungkinan soalan yang ditanya memerlukan jawapan yang lebih terperinci atau tiada jawapan standard yang disediakan. Oleh itu tempoh untuk menjawab diperlukan.

Kepantasan anda untuk balas respons juga dapat bantu mereka untuk percaya pada anda.

Jika mengunakan FB sebaiknya anda tag nama mereka semasa jawab komen.

Tulis nama mereka semasa jawab PM. Anda perlu mesra dengan prospek.

Ini akan buatkan mereka rasa dihargai dan lebih suka untuk berurusan dengan anda.

Jika ada pelanggan bertanya soalan mengenai produk anda, layan mereka.

Jangan biarkan mereka tunggu jawapan anda terlalu lama, cuba jawab soalan mereka dalam tempoh 24 jam.

Nak jawab soalan tu pun biar ikhlas, jangan nampak seperti terpaksa menjawab. Reply dengan bahasa manusia bukan bahasa mesin.

Ni saya nak beritahu la, antara teknik yang berkesan untuk buat pelanggan membeli produk anda berkali-kali adalah dengan menjawab soalan pelanggan.

Lebih banyak soalan yang ditanya, lebih tinggi kepercayaan pada bisnes anda.

Percaya la cakap saya. Cubalah!
Sama la juga seperti anda kongsikan tips-tips berguna di wall profile facebook anda.

Anda mungkin tak perasan yang sebenarnya anda sudah membantu rakan-rakan facebook selesaikan masalah mereka, kerana anda sudah memberi ilmu yang dicari-cari mereka.

Kesannya, apabila anda tawarkan sesuatu produk pada mereka yang sentiasa follow status facebook anda, pasti mereka berminat untuk membeli dari anda.

Inilah kuasa ‘Content Marketing‘!
Ramai dah berjaya gunakan teknik ini. Dengan hanya menjawab soalan mereka, pelanggan akan rasa lebih dihargai.

Ini dapat meningkatkan kesetiaan mereka pada bisnes anda.

Tak susah sebenarnya nak elak dari melakukan kesilapan-kesilapan ini.
Walaubagaimanapun, ia memerlukan
LATIHAN INTENSIF yang konsisten.

Anda perlulah berfikiran POSITIF dan BERANI untuk berubah.

Wassalam

Korbankan Masa Muda Belajar Berniaga

Salam.

Masa mula2 buat bisnes, anda akan rasa excited bila dapat payment 2 angka

Lama2 payment 2 angka tu anda dah tak rasa apa2 dan excited bila dapat payment 3 angka pulak

Lama2 payment 3 angka tu anda dah rasa biasa dan teruja bila dapat payment 4 angka

dan begitulah seterusnya..

Sebab itu yang saya rasa sekarang, bermula dari bawah dengan tiada satu sen pun (orang pandang atas bawah je masa ni)

Saya bermula 3 tahun lepas dengan menerima payment 1-2 angka sahaja

Tu pun dah rasa gembira sebab umur 19 tahun dah dapat jana duit 2 angka secara online sendiri heheh

p/s : moga2 sedekah kita selepas buat bisnes pun format macam di atas juga inshaAllah

Pointnya di sini, kita orang muda kena BERMULA dan START hari ini

'Korban' kan rasa jealous kita bila nampak kawan2 yang seusia dgn kita duk 'berseronok' di buai cinta remaja

Kita belajar buat bisnes pada usia darah muda sungguh2, lama kelamaan kita tak sedar yang kita dah jauh terbang ke atas jika di bandingkan diri kita 3-4 tahun yang dulu

Jom kita terbang tinggi2 & tinggalkan rakan2 kita yg masih lagi di ulik 'cinta' tanpa ikatan yg sah, alih2 kita yang dapat ikatan yg sah terlebih dahulu (ehh?) hihihi

- Ameer founder al-Manna

17/05/2018

Jangan Paksa Orang Berbisnes

Salam.

JANGAN PAKSA ORANG BERBISNES
.
.
.

Sepanjang saya buat biz al manna, saya tak pernah paksa orang jual al manna.. saya tak pernah merayu untuk orang jual al manna.. sebab kalau kita nak biz tahan lama, rasa nak berbisnes itu mestilah lahir dari DIRI SENDIRI

Setiap orang ada potensi dan bakat nak berbisnes tapi mereka tak tahu cara dan tidak cukup faktor penolak yang "tolak" mereka dari dalaman diri mereka untuk buat biz.. kita tak boleh tolong tolak mereka secara fizikal (kekerasan), nanti mereka akan buat biz atas dasar terpaksa, tanpa rela hati & ianya takkan tahan lama..

Buat biz sebulan dua, lepastu stop atau tukar buat biz lain sebab faktor penolak dalam diri mereka tak kuat.. orang lain tak boleh tolong "tolak" tapi diri sendirilah yang kena "tolak" diri sendiri untuk terus istiqamah buat biz dan istiqamah itu hanya berlaku jika kita letak kebergantungan sebulat-bulatnya pada Allah.. jangan sampai ada ragu-ragu dengan Allah..

"Boleh ker aku biz ni? pantang datuk nenek aku berniaga sebab tiada siapa pun yang ada darah berniaga (ingat darah orang berniaga kaler putih??)

"Boleh laku ke jual produk ni?"

"Boleh dapat ke side income 4 angka sebulan kalau jual 1 produk ni jer?? boleh lepas bayar loan rumah, kereta ke ni??"

Persoalan-persoalan inilah yang akan menyebabkan kita tak buat biz dan takkan buat biz.. jadi.. silalah beri hati kita kepada Allah.. jangan kita pula yang menjadi "tuhan" kepada diri sendiri dalam menentukan periuk rezeki kita.. takut jadi "syirik kecil" pulak nanti iaitu bila kita menyangka periuk rezeki kita adalah bergantung pada kekuatan diri.. sebaliknya sebutlah,

La Haula Wala Quwwata Illa Billah.. yang membawa maksud "Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Maka kalau nak mula buat biz.. latihlah diri terlebih dahulu untuk sentiasa memuji Allah.. jangan puji manusia dengan 1001 pengharapan untuk harap orang tolong kita, jangan harap modal 10k tolong kita.. sbb Allah sendiri yang akan tolong kita..

Manusia hanya sekadar mampu "menolak" secara psikologi dengan memberi inspirasi, tunjukkan bukti result depan mata, kata-kata positif untuk menaikkan semangat & dorongan supaya kita buat biz dan istiqamah buat biz..

Namun itu hanyalah ASBAB sahaja.. Allah jua yang izinkan dan "menolak" kita untuk buat biz & terus istiqamah berjuang dalam perniagaan..

Sebab itu.. bila kita nak buat biz.. kita jangan cari manusia dulu.. tapi "cari" lah ULTIMATE POWER terlebih dahulu.. nak cari kat mana ye? ULTIMATE POWER kita berada sangat dekat dengan kita.. bahkan lebih dekat dengan urat merih kita sendiri..

Jika Dia izinkan, Dia akan cipta jalan untuk kita lalu.. bukan jalan yang kita cipta guna nafsu kita sendiri.. jika biz bukan jalan kita, Dia akan buka jalan lain..

Jika kita seorang guru, Dia akan jadikan kita bukan guru biasa-biasa tapi guru luar biasa yang mampu melahirkan generasi al-fateh yang bakal menggegarkan dunia

Jika kita seorang professional, Dia akan jadikan kita seorang professional muslim yang luar biasa.. yang berani untuk ke depan dalam memperjuangkan hak-hak agama

Jika kita seorang rakyat marhaen, Dia akan menjadikan kita seorang rakyat marhaen berfikiran yang luar biasa.. menyokong perjuangan islam & melakukan amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan

HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN. HANYA YANG LUAR BIASA AKAN MENANG. ORANG ISLAM MESTI JADI ORANG LUAR BIASA.

- founder al manna ameer

p/s : share jika bermanfaat

16/05/2018

Cara Pantas Mendapatkan Informasi Untuk Menulis

Salam.

Ada yang mengatakan jika nak jual produk jual barang yang memang telah ada dipasaran. Bermakna barang tersebut sudah tentu telah mendapat permintaan dan terdapat pembeli.

Begitu juga dalam bidang teknologi dan ict jika anda ingin mencipta sesuatu..ciptalah sesuatu yang sudah berada dalam pasaran.

Dalam bidang penulisan pula..jika anda ingin menulis ..tulislah bidang atau buku yang pernah ditulis.

Semua poin diatas untuk mengelakkan anda daripada disaman adalah anda membuat inovasi ke atas produk yang anda tulis.

Contohnya.

Sekiranya anda menulis buku tentang pemasaran.

Anda boleh menggunakan poin-poin yang terdapat didalam buku-buku pemasaran yang anda baca. Tetapi olah semula dengan menggunakan bahasa anda sendiri dan masukan pengalaman sendiri ataupun cerita/contoh anda sendiri.

Cara terpantas untuk memdapatkan informasi adalah:

1. Di internet ianya percuma dan terdapat banyak ebook-ebook bahasa melayu berkualiti yang boleh didapati secara percuma. Anda tukarkan kepada format word dan olah dengan bahasa anda sendiri. Boleh juga gunakan bahasa pasif.
Yang terpenting sekali ianya percuma.

2. Beli buku-buku, ada yang kata anda perlu membaca 50 buku atau 100 buku dalam bidang yang sama untuk menjadi pakar.

Untuk menulis buku anda tidak perlu menjadi pakar. Cukup hanya baca 3 buah buku dan gabungan idea yang terdapat dalam buku berkenaan. Kemudian jadikan sebuah buku mengikut olahan anda sendiri.

3. Menemuduga pakar

Jika anda mempunyai kawan-kawan yang pakar atau mempunyai pengalaman cerita mengenai bidang yang anda ingin tulis.

4. Baca blog/fb.

Terdapat banyak pakar-pakar yang ingin mendapat pahala dengan berkongsi ilmu diinternet atau blog, FB .

Anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu mereka dan mengolah mengikut acuan anda sendiri. Jadikan sebuah buku.

5. Terjemah buku bahasa Inggeris.

Kaedah yang seterusnya adalah melakukan terjemahan buku-buku bahasa Inggeris. Semestinya buku-buku ini amat mahal. Terutama buku best seller. Jika anda menunggu masa promosi entah bila akan ada.

Kebanyakkan buku-

Tulis buku yang tidak lebih daripada 150 mukasurat.

Wassalam.

3 Department Wajib Ada Dalam Syarikat

Dalam syarikat saya(Ameer almanna), ada 3 department sahaja iaitu:

1) Admin

2) Sales & Marketing

3) Finance

Scope tugas setiap department HQ akan sediakan siap-siap supaya masing-masing jelas

Paling penting adalah sediakan SOP (standard of procedure) untuk setiap department follow supaya jimat masa

.

Masa zaman saya enterprise dulu..

Saya lah staff admin.. saya lah staff finance.. saya lah staff sales & marketing.. saya juga lah founder produk..

Semua kerja saya buat.. selalu "minta nyawa" dengan Tuhan masa struggle awal2 dulu sebab sangat2 penat.. semua benda saya sendiri yang buat.. kalau takde saya memang bisnes tak jalan la boleh kata..

Syukur alhamdulillah.. dari hari ke hari, syarikat lebih bersistematik.. mungkin sebab saya ada lebih masa nak fikir sebab dah delegate tugas kat staff

.

My advise kepada mereka yang nak jadi pemilik syarikat adalah:

1) Rasai lah sendiri dulu perit jerih pergi pos barang di bawah panas matahari terik (panas ceng ceng orang kelantan kata) dan angkat stok al manna ameer beratus2 kilo sehari guna bare hands, supaya satu hari nanti kita boleh faham apa yang staff rasa bila mereka sendiri yang buat tugas tu

2) Rasai lah sendiri kesusahan berniaga supaya kita tidak lagi sanggup tawar menawar dengan makcik2 yang berniaga kerepek2 di jalanan demi sesuap nasi untuk anak mereka di rumah

3) Rasai lah sendiri terlebih dahulu pengalaman berniaga sehingga mampu menjana jualan 5 angka sebulan supaya kita boleh bantu bangsa kita yang lain untuk capai apa yang kita pernah capai dengan cara bisnes kita dan strategy yang kita sendiri gunakan sehingga membuahkan "proven results"

4) Rasai sendiri bahawa segala yang kita kecapi dalam perniagaan adalah atas pertolongan Allah yang membawa kita daripada rm0 sebulan kepada ber k k sebulan sehinggakan kita sendiri langsung tak percaya yang kita boleh lakukannya (bergantung pada kekuatan diri memang akan buat kita rasa kita tak boleh dan tak mampu capai ber k k sebulan)

.

MARILAH KITA BERNIAGA SEMOGA BERNIAGA BOLEH DIDIK HATI KITA UNTUK SEMAKIN TUNDUK MALU DI SISINYA ATAS SEGALA DOSA KITA NAMUN MASIH DI BERI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH

- founder al manna ameer

01/05/2018

Formula Untuk Kekal Bermotivasi

Salam.

Akhirnya malam ni saya mendapat satu ilmu baru.

Ilmu kefahaman bagaimana untuk kekal motivasi tanpa perlu pakar motivasi atau mentor berada di sisi.

Cara amat praktikal dan perlu diamal. Kalo x amal sia-sia juga ilmu yang kita dapat.

Selalunya untuk kekal motivasi kita kena baca buku , dengar ceramah berulang kali atau menghadiri seminar motivasi paling kurang sebulan sekali.

Rupanya senjata paling ampuh untuk kekal motivasi dengan mengunakan minda bawah sedar adalah DISIPLIN.

Disiplin merupakan salah satu cara untuk berada dilandasan motivasi tahap tinggi.

Anda perlu mempunyai aturan rutin dalam kehidupan. Dengan kata lain anda perlu mempunyai jadual harian.  Masukan semua perkara yang proaktif dan ikuti jadual berkenaan tanpa gagal.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff