21/05/2018

Sifu Selling : #1 Lambat Berikan Respons Pada Prospek

Salam.

Ini punca nafsu membeli terbantut. Mungkin kita agak sibuk dengan urusan lain dan membuat kita terlupa untuk menjawab soalan prospek.

Bagaimana nak atasi masalah ini? Sediakan satu sahaja platform pertanyaan yang kita mampu untuk jawab serta-merta.

Jika kita rasa PM fb adalah jalan terbaik. Maka, fokus kepada PM di FB sahaja untuk proses pertanyaan.

Kalau saya wasap, sebab saya lebih banyak berinteraksi di wasap. Zaman sekarang adalah urusniaga dengan wasap atau telegram.

Tetapi di Malaysia penggunaan wasap lebih meluas berbanding telegram.

Kadang-kadang terdapat prospek yang membeli kerana menjawab soalan dengan cepat berbanding pesaing lain.

Tak berikan respons pada prospek juga merupakan kesilapan yang berat.

Prospek akan anggap anda tak layan mereka.

Jika ramai prospek yang bertanya, respons dengan serta merta atau dalam tempoh 24 jam.

Kenapa 24 jam..berkemungkinan soalan yang ditanya memerlukan jawapan yang lebih terperinci atau tiada jawapan standard yang disediakan. Oleh itu tempoh untuk menjawab diperlukan.

Kepantasan anda untuk balas respons juga dapat bantu mereka untuk percaya pada anda.

Jika mengunakan FB sebaiknya anda tag nama mereka semasa jawab komen.

Tulis nama mereka semasa jawab PM. Anda perlu mesra dengan prospek.

Ini akan buatkan mereka rasa dihargai dan lebih suka untuk berurusan dengan anda.

Jika ada pelanggan bertanya soalan mengenai produk anda, layan mereka.

Jangan biarkan mereka tunggu jawapan anda terlalu lama, cuba jawab soalan mereka dalam tempoh 24 jam.

Nak jawab soalan tu pun biar ikhlas, jangan nampak seperti terpaksa menjawab. Reply dengan bahasa manusia bukan bahasa mesin.

Ni saya nak beritahu la, antara teknik yang berkesan untuk buat pelanggan membeli produk anda berkali-kali adalah dengan menjawab soalan pelanggan.

Lebih banyak soalan yang ditanya, lebih tinggi kepercayaan pada bisnes anda.

Percaya la cakap saya. Cubalah!
Sama la juga seperti anda kongsikan tips-tips berguna di wall profile facebook anda.

Anda mungkin tak perasan yang sebenarnya anda sudah membantu rakan-rakan facebook selesaikan masalah mereka, kerana anda sudah memberi ilmu yang dicari-cari mereka.

Kesannya, apabila anda tawarkan sesuatu produk pada mereka yang sentiasa follow status facebook anda, pasti mereka berminat untuk membeli dari anda.

Inilah kuasa ‘Content Marketing‘!
Ramai dah berjaya gunakan teknik ini. Dengan hanya menjawab soalan mereka, pelanggan akan rasa lebih dihargai.

Ini dapat meningkatkan kesetiaan mereka pada bisnes anda.

Tak susah sebenarnya nak elak dari melakukan kesilapan-kesilapan ini.
Walaubagaimanapun, ia memerlukan
LATIHAN INTENSIF yang konsisten.

Anda perlulah berfikiran POSITIF dan BERANI untuk berubah.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff