Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

24/06/2018

Sebelum Berbisnes Perlu Kaya Hati

Salam.

Selepas buat bisnes sejak 2013,

Baru saya sedar yang saya tak perlu fokus nak kaya duit.

Tapi saya perlu kaya hati terlebih dahulu.

Hari ini hati saya lebih tenang berbanding semalam.

Alhamdulillah.

Saya doakan anda juga begitu.

Bila kita "tenang hati", kita akan kaya segala-galanya.

Ianya juga rezeki yang diberi Tuhan, bukan dalam bentuk angka namun jarang kita mensyukuri.

Ianya tidak dapat dilihat oleh logik akal manusia.

Hanya kita sendiri yang rasa dan tak perlu pembuktian manusia.

Ucaplah alhamdulillah kepada Tuhan kerana diberi sekeping hati yang tenang hari ini.

Semoga setiap hari, kita diberi rezeki seperti ini lagi.

Orang yang tenang akan selalu menang.

- ameer al manna

18/06/2018

Jangan Malu Berbisnes Di Facebook

Salam.

Ramai yg 'takut dan malu' utk berbisnes melalui facebook sebab

Takut kawan-kawan 'hina' dia

Trust me!

Tak perlu nak malu dan segan sebab bukan dia nampak kita dan kita nampak dia pun

Saya boleh la ckp mcm ni sbb dulu pun saya begitu

Alhamdulillah

Tembok 'ketakutan' utk berbisnes melalui facebook dan blog sudah saya robohkan

Pesan mentor saya

Jgn risau apa orang kata sbb mereka tak tolong kita dlm mencapai impian dan cita-cita kita

Kalau kita takut, cuba tanya diri

Impian saya lagi besar atau 'pandangan manusia' lagi besar?

- Ameer founder al manna

09/06/2018

Berniaga Tidak Boleh Dipaksa

Salam.

Saya akan galakkan orang Melayu berniaga namun saya takkan sesekali paksa untuk mereka berniaga kerana tak semua orang "layak" berniaga.

Tak semua orang boleh berniaga namun boleh "cuba"

Mereka yang betul-betul ada bakat berniaga sebenarnya tak perlukan galakkan pun.

Yang ingin mencuba sahaja perlukan galakkan secara berterusan daripada manusia.

- ameer al manna

06/06/2018

Tips Macam Mana Nak Buat Sale Banyak-Banyak

Salam.

Perkara paling penting dlm sesuatu bisnes ialah - SALE. Takde sale, bukan bisnes.

So, jgn takut 'kejar sales' sbb kejar sales memang satu benda yg mulia dalam dunia bisnes. Kalau takde sales tu mmg satu perkara yg sgt serius & mesti dikenalpasti puncanya.

Kenapa takde sales?

Banyak faktor.

1. Masih baru. Biasalah orang baru buka pintu, takkan nak expect tiba2 dtg order berbelas2 ribu ye dok?

2. Baru berblog. Blog mmg amik masa, 3-4 bulan biasanya. Kalau  baru start berblog, terima la mmg xde sales dr blog tu.

3. Jarang update. Ada segala macam FB, page, IG tapi update sekali sehari je...takyah nak mimpi bukan2. Rajin2kan update. Kalau tak sempat sgt, berhenti buat mana2 aktiviti yg tak menguntungkan dan ganti dgn aktiviti update FB. Orang lain boleh je update 50 kali sehari (kisah benar) takkan kita mampu sekali sehari je? Tak patut... tak patut....

4. Kurang sharing. Asyik takde idea je. Nak share pun xtau nak share ape. Hmmm bab idea ni, kita ni bukannya profesor serba tau... jadi kita kena banyakkan membaca dan mengambil tahu.

5. Tak ada target. Ini satu lagi. Kalau takde taget, kita pun taktau nak sasar ke mana. Akhirnya tak ke mana2. Kita kena ada target. Ada target ni ajaran Islam bukan ajaran Barat.

6. Target, usaha dan doa tak seiring. Target nak sales RM20,000. Tapi update cuma sekali sehari je, lebih2 takmau. Dalam doa asyik ada was2 tak yakin Allah Maha memberi. Tak boleh gitu. Taget 20k, usaha pun 20k, doa pun 20k.

7. Perasan famous. Takmau approach sesapa tapi nak tunggu je orang lain yang contact serta tanyakan oasal produk dan bisnes. Padahal orang bukannya tau pun kita buat bisnes. Jgn malu2 nak kenalkan diri kepada kawan2, family, strangers..... kalau kena kutuk pun kejap je. Tapi kalau dia jadi downline serta rakaniaga kita, lps tu yg luarbiasa performance dia energetik aggressif wow, forever!

8. Hanyut dalam hal sendiri. Tak amik peduli pun pasal bisnes, dh akhir bulan br tersedar, alamak, sales tak banyak. Langsung tak fokus ttg target sale bulan tu...ada ada jer la...tak de nak wat cam ner. Sale ni kena kejar baru dapat. Anggaplah biz ni satu karier/biz serius, bkn benda main2.

9. Tak catat jualan. Ada sales ke takde sales ke, diri sendiri pun tak sedar, tahu2 dh masa closing sampai. Baru nak menggelabah...dari sebulan ke sebulan buat perangai yg sama...asyik melatah jer memanjang...cepatnya masa...walhal sebulan kesebulan tak buat apapun utk performance bisnes.

10. Kurang meminta dgn yg Maha Pemberi Rezeki. Rezeki kita Tuhan yg beri, jgn malu nak mintak. Mintak dgn org wajar kita malu tp minta dgn Tuhan jgn malu! Dia lg suka kalo kita suka minta byk2.

So, macamana nak buat sales byk2. Senang je, selesaikan masalah2 di atas.

Tahajud, dhuha, jgn tinggal. Biorlah orang cakap "Tahajud dgn dhuha sbb nak sales tu tak ikhlas..." cakap balik kat dia "Awk pegi kerja dapat gaji tu lagi tak ikhlas. Patut awk jgn amik gaji tu, baru la ikhlas".

Apply tips ni setiap hari tanpa failed, inshaAllah korang takkan merungut apatah lagi stress dengan sales orang lain. Bila kita cipta cerita kita yg sgt indah...kita tak peduli dgn cerita indah oranglain sbb kita pun on the way menikmatinya.

#copypaste

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff