Salam.
Selepas buat bisnes sejak 2013,
Baru saya sedar yang saya tak perlu fokus nak kaya duit.
Tapi saya perlu kaya hati terlebih dahulu.
Hari ini hati saya lebih tenang berbanding semalam.
Alhamdulillah.
Saya doakan anda juga begitu.
Bila kita "tenang hati", kita akan kaya segala-galanya.
Ianya juga rezeki yang diberi Tuhan, bukan dalam bentuk angka namun jarang kita mensyukuri.
Ianya tidak dapat dilihat oleh logik akal manusia.
Hanya kita sendiri yang rasa dan tak perlu pembuktian manusia.
Ucaplah alhamdulillah kepada Tuhan kerana diberi sekeping hati yang tenang hari ini.
Semoga setiap hari, kita diberi rezeki seperti ini lagi.
Orang yang tenang akan selalu menang.
- ameer al manna
0 comments:
Post a Comment