Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

31/07/2018

Buku : Varun Agarwal

Salam.

Akhirnya berjaya jugak saya habiskan buku " How I braved Anu Aunty And Co-Founded Million Dollar Company".

Buku ini menginspirasikan ramai pembaca untuk membuka bisnes sendiri.

Kisah varun agarwal berusia 22 tahun dan kawannya Rohn Malhotra membangunkan bisnes Alma Mater yang menjual produk merchandise seperti tshirt, hoodies dan cenderamata untuk sekolah di Bangalore dan dikembangkan ke seluruh india.

Pada mulanya saya tidak kenal siapa varun agarwal selepas tertonton salah satu speaker Tedx di youtube ..baharulah saya mencari info mengenai varun agarwal dan mendapat tahu beliau ada menulis buku yang diterbitkan oleh Rupa Publications antara penerbit buku terbesar di India.

Kandungan buku banyak berkisar kepada life anak muda..dengan kisah diaorang masuk kelab atau berparti..kemudian banyak perkataan yang mat salleh yang tidak perlu dimasukan kedalam buku.

Contohnya perkataan fu*k..

Banyak scene minum arak..mabuk dan sebagainya.

So saya berjaya habiskan jugak buku ni..walaupun mengambil masa beberapa hari.

Wassalam.

12/07/2018

BUAT LAH BISNES "X" DULU SEBELUM JUMPA BISNES "XX"

Salam.

Bagi saya, apa jua bisnes yang kita sedang buat sekarang, buat lah betul betul dulu.

Mungkin bisnes yang kita sedang buat sekarang tak 100% serasi & tak 100% passion kita namun buatlah yang terbaik dulu sebelum jumpa bisnes yang betul betul kita minat.

Nak jumpa bisnes yang betul betul kita minat, tak mudah, tambah tambah bila kita sendiri yang "kecelaruan identiti" tak tahu minat nak jual apa.

Waima bisnes depan mata yang kita nampak adalah dengan menjual sebatang pen sebab modalnya yang kecil, mudah nak dapat stock dan sebab sebab lain yang memudahkan kita untuk buat bisnes tu, buat jer dulu.

Memang lah kita tak minat 100% tapi paksa diri dulu dan anggap lah ianya sebagai proses untuk kenal maybank2u tu apa, IBG Instant Transfer bagai tu apa, tracking macam mana nak track, courier apa nak guna,

Lepas tu bila customer tanya macam mana nak reply professionally dan sebagainya, memang semua online seller kena rasa dulu sampaikan kita pun dah telinga tebal dan ibu jari tebal untuk reply balik dengan professional, tahan jer maki tu .

Sebab apa kena paksa diri dulu?

Sebab bila dah jumpa yang betul betul sesuai kelak, kita terus boleh independent sendiri, boleh reply wasap sendiri takperlu orang guide dah, boleh deal situasi genting tu sendiri tanpa perlu down lama lama, orang maki sikit kita dah tak heran sebab dalam bisnes lama kita dah banyak kali kena sabar jer sebab customer tak semua positif.

Inshaallah kita akan mudah nak bergerak dalam team sendiri dan berjaya dalam apa jua yang kita buat dalam hidup (bekerja/berniaga) jika kita dah ada "nilai" macamni sebab "nilai" begini memang kena rasa sendiri dulu, kena atas batang hidung sendiri barulah ianya akan terbentuk utuh dalam jiwa kita
.

Ramai orang nak orang jenis macamni tau sebab ianya tersangatlah "RARE".

Sebab tu kalau kita perasan, orang yang outstanding dalam bisnes A, bila buat bisnes B pun inshaallah boleh outstanding jugak (lama-kelamaan) sebab "nilai" tu dah ada, tunggu nak start balik from zero to hero jer.

Dalam pepatah melayu, orang macamni kalau campak kat laut pun akan jadi pulau!

UPGRADE OURSELVES WITH KNOWLEDGE

MOTIVATE OURSELVES

IMPROVE OUR SKILLS

Pergi lah ke hulu ke hilir cari ilmu, attend kelas agama, bisnes, pembangunan diri dan sebagainya asalkan bermanfaat kepada diri, ajarlah ilmu tu kat siapa siapa yang nak tahu,

Jangan rasa rugi dan buang masa buat semua tu sebab kebaikannya akan kembali balik kepada kita cuma kita jer yang tak nampak directly but indirectly akan rasa.

Orang macamni adalah "EMAS"

Semua orang nak, bila orang dah nampak "keemasan" tu, ramai akan ajak join agent bisnes x la, bisnes b la, bisnes k la, hehe..

Kalau takde orang ajak, maksudnya faham faham la yer hihihi..

- ameer almanna

11/07/2018

23 tips bila down dalam bisnes

Salam.

Disscussion. Apa yg anda buat untuk keep the momentum.. supaya bersemangat sentiasa dan tak mudah down.. kalau down kejap naik balik .

Pm mak ayah bisnes masing2.. luahkan.. then amek masa rehat & release.

Untuk keep the momentum: Sentiasa bersama2 dgn org2 yang positif! Yg berenergy tinggi. Join group2 positif.

Elakkan berkawan dgn yg negatif. Buang sekejap mereka/hide dr list kawan kita terutama di fb.

Tgk muka anak & tgk muka mak abah yg sedang tunggu nak tgk kita berjaya dalam bisnes.

Percaya dgn diri sendiri. Orang lain takkan percaya melainkan kita kena percaya kt diri sendiri dulu sebelum nampak hasil, bahkan mereka taknak dtg dekat pun sbb mereka ingat buat bisnes takde masa depan. Percayalah, bila dh nampak hasil nanti berduyun2 nk mari rapat. Kita buat dulu, tebas semak samun yang orang sangka macam tempat jin bertendang.

Baca success story..org yang dh berjaya buat 3 4 angka dlm bisnes jual al manna jual al salwa jual al hawa jer pun..boleh buat insaf..ada org lg susah , teruk dr kita pun boleh berjaya..

Do whatever it takes to survives... fikir kalau tak buat, kita akan mati. Takde pilihan lain selain terus buat buat buat tanpa henti.

Baca bahan bacaan yang berbentuk motivasi,keagamaan samada dari buku atau online.

Selalu ckp dgn diri sendiri..knapa nak down cpt sgt.. susah buat bisnes? Nk duit semua susah. Pergi kerja awal2 pagi pun susah.. balik malam2 pun susah jugak.. takkan nak update fb blog pun nak merugut susah padahal buat online je pun.. org lain lagi susah nk dpt duit tau..

Baca post2 agent stokis yg punya kata2 semangat.

Baca Quran & maknanya.

Share ttg sesuatu perkara dgn kawan2 atau wall.atau task mak2 bisnes bagi buatlah.sbb btul2 membantu naikkan semangat dan boleh kekalkan momentum.kalau x pun, tulislah kat blog.tp share lah dari hati.bkn keluhan..

Tampal ayat mcmni kat dinding- "Korang tahu tak berapa ramai org kat luar sana yang nak tengok korang TAK BERJAYA dlm BISNES AMEER? Yang tunggu masa je nak GELAKKAN korang?!" -YANG DUK TARIK SUPAYA JATUH SEKALI DENGAN DIEORANG!baca ni je terus terbuntang mata.

Bukak FB pengedar ameer yg tak kira agent or stokis or ape, pastu tgk betapa konsisten nye dorg keep sharing.

Tenung dan renung balik vision board dan wishlist.. takkan nk biar je vision bord dan wishlist tu hanya sekadar gambar dan tulisan? Takkan x nak semua tu jadi kenyataan.

Berkawan rapat dengan beberapa rakan lumba. Bukan sbb nak pergunakan. Tapi mereka yg kita pilih tu kalau kena orgnya mmg sgt positif dan bersemangat, time kita down kita boleh tumpang smgt mereka.

Pm customer n tanya khabar mereka, baca balik testimonial yg mereka bg dulu, semangat pasti naik balik bila fkr kita dh tolong dorang n ramai lg kat luar tu yg perlukan kita..sukar nak digambarkan betapa indahnya perasaan bila dapat tlng org, hidup pasti terasa bahagia..

Sentiasa ikhlas & tabah mengharungi cabaran.. ikut rapat stokis yg dh berjaya..

Perkara yg saya akan buat utk keep momentum supaya bersemangat n tak mudah down. Saya akan ingat balik tujuan utama kenapa saya nk serius berbisnes ameer. Selain nk bantu org lain, push factor yg utama, nak bahagiakan mak n abah. Dapat hulur duit blnja bulanan secara konsisten, belikan apa yg mereka nak. Kalau saya down bermaksud punah lah impian utk bhagiakn mereka. Pandang wajah mereka yg dah berusia itu pun dapat menaikkn kembali semangat yg down. Sebenarnya, saya rasa like useless sbb dah setahun grad saya masih belum dapat hulur duit bulanan hatta rm100 sekali pun.

Fikirkan kalau keadaan kita yg skrg ni x berubah, kita akan ttp melaluinya juga nanti.smpi bila? Thn depan?10 thn?sanggup ke nk hadapi keadaan yg kita xske smpi bila2? Apa yg kita tanam hari ni adalah hasil utk hr esok.

Skodeng wall Dr. Bilal philips, DAO, IK, dan lain2 org berjaya dan positif.

Cakap depan cermin dgn senyuman paling manis, mata disinar2kan, suara tegas dan semangat, tarik nafas dalam2 dan hembus slow2.. Cakaplah apa saja yg positif. Yes! I am a money magnet.

- admin al manna amer

03/07/2018

117 Tips Online Branding Akhirnya Sampai

Salam.

Saya pernah komen pasal saiz buku sifufbads yang lebar dan tidak sesuai untuk saya jadikan koleksi.

Dan akhirnya bentuk yang saya gemar telah diterbitkan oleh sifufbads.

Buku 117 tips online online marketing telah saya terima semalam.

Buku ini telah saya order sebelum raya.

Pada masa itu sifufbads memberikan secara percuma dan hanya perlu bayar kos pos laju sebanyak rm 7 .

So sekarang ni perlu cari masa untuk habiskan 117 tips ini.

Dan rasanya ianya tidaklah memakan masa yang lama kerana secara seimbas lalu tips yang diberikan lebih banyak kepada bacaan bukannya workbook atau manual.

Walau apapun terima kasih kepada sifufbads kerana memberikan percuma buku ini.

Wassalam.

01/07/2018

Sambut Raya Mana Tahun Ni

Salam.

Soalan yang sering ditanya apabila masuk kembali untuk bekerja.

Kawan-kawan diofis akan mengajukan pertanyaan kerana ingin tahu giliran rumah atau negeri mana yang kita beraya.

Tahun ini saya menjawab..saya beraya di dua-dua rumah.

Belah isteri di Perak kemudian ke Setiu Terengganu. 3 hari di Perak dan 3 hari di Terengganu.

Ke Terengganu saya bertolak dalam pukul 5 daripada batu kurau kemudian menaiki bukit ijok ke gerik dan seterusnya ke Jeli machang , jertih dan setiu pada hari raya ke 3.

Sampai dalam pukul 2.30 pagi.

Kemudian terdapat soalan lain yang menyusul..mana best raya dekat kg isteri atau kg sendiri.

Pergh!!! Susah jugak nak jawabkan.

Jangan risau jawapan paling win ada kat bawah.

Raya dekat mana pun xpe..janji anak dan isteri happy..kita pun happy.

Kalo balik kg sendiri...anak2 x happy pun masalah jugak.

Seorang suami hanya ingin melihat keluarganya happy..itu saja.

Wassalam

Onlinekan Bisnes Anda

Salam.

Satu pekerjaan zaman sekarang yang boleh bagi kita duit dengan mengikut fleksibiliti kita adalah perniagaan online.

Sambil travel order pun masuk.

Sambil travel melawat orang sakit pun order masuk.

Sambil tengah buat kerja kebajikan pun order masuk.

Sambil susukan anak pun order masuk.

Tengah tidur malam pun orang order.

Sambil buat tugasan hakiki yang lain pun order boleh masuk.

Sambil menjadi hamba Tuhan pun order masuk.

Tanpa keluar rumah pun order masuk.

Tanpa perlu buka kedai fizikal pun order masuk.

Nak atau tak nak je sekarang.

Siapa buat bisnes online?

Kita geng!

- Founder ameer almanna

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff