Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

30/08/2018

Buku : Combo Pemasaran Roket

Salam.

Pergh!

Akhirnya sampai jugak semalam buku yang saya order dengan Najib Assadok.

Ni merupakan buku beliau yang pertama saya baca.

Buku yang diterbitkan sebelum ni..just lalu dekat rak kedai buku je.

Bukan x suka..tapi saiz buku yang out of the box sangat.

Tapi kali ni..saiz buku ikut normal biasa.

Buku yang diorder adalah combo..terdapat 3 buku..dengan harga rm 80.. mana nak dapat harga ni.

Tengah promosi merdeka..buku momentum bisnes saja dah rm 60 hinggit.

Hehehe.

So sekarang ni kena cari masa untuk baca..sebab dah boleh dikatakan terlalu busy...dengan jadual yang sedia ada.

Wassalam.

Pernah dengar kutukan dalam bisnes?

Salam.

Mari baca sekejap...

KFC tak pernah kutuk  McDonald's..
McDonald's tak pernah dengar mengata KFC..
Tapi keduanya menjadi antara syarikat yang terunggul di dunia..

Mercedes tidak pernah menghancurkan BMW. BMW tidak pernah memusnahkan Mercedes

Ferrari tak pernah kondem Lamborghini
Lamborghini juga tak pernah menjatuhkan Ferrari...

Kereta jenama ni semua menjadi kereta
yang terkenal di dunia

Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk menaik kan diri kita. Tak perlu memburukkan orang lain agar diri nak nampak bagus...

Kita tidak perlu meletakkan diri kita di tempat tinggi moral untuk mengkritik orang lain dari semasa ke semasa...

Menghormati lawan, menghormati rakan-rakan, dan saling membantu untuk mencapai satu sama lain.

Kecemerlangan kita tidak akan dikekalkan dengan cara menghancurkan
orang yang lain...

Kesempurnaan terhasil dari muafakat, bukan dengan mencari perbezaan.

C&P.

Wassalam

20/08/2018

Penangan Hantu Kak Limah

Salam.

Dengar kata kutipan hantu movie hantu kak limah dah cecah 20.5 juta bila saya dan anak2 layan movie ni dekat Taiping Sentral sempena hari raya haji dan cuti sekolah.

Tips nak lariskan filem dari zaman purbakala yang tak pernah gagal adalah dengan menggunakan pelakon-pelakon top dan mempunyai daya tarikan ke pawagam.

Dan filem ini menggunakan banyak pelakon-pelakon yang top ...termasuklah pok ya cong codei.

Zul Arifin sahaja pun dah membuatkan orang ramai datang ke pawagam.

Ditambah Erra Fazira, Jue Aziz, Mus May dan Dato Vida. Sememangnya pelaris filem.

Filem pulak dikategorikan sebagai seram komedi..anak2 pun boleh layan citer ni.

Tak mustahil kalo suratkhabat masih lagi..mengeluarkan artikel berkenaan kutipan filem ini..ianya akan lagi meletop.

Ditambah lagi dengan resepi pengarah..Mamat Khalid dengan taruhan resepi utama..iaitu buat filem apa yang penonton nak tengok..baharulah laku keras dan boleh jadi pengarah legenda beb.

Dan kata orang rumah...filem ni tak rugi tengok...yang paling terkesan adalah watak Khuda...hehehehe (bunyi kuda)

Wassalam.

16/08/2018

Buku : Rahsia Bisnes Dan Kekayaan Kaum Cina

Salam.

At last buku terkini tulisan mentor saya dalam bidang penulisan Razzi Armansur selamat sampai di tangan setelah dua hari menunggu.

Waktu menunggu adalah sesuatu yang mengujakan..tidak sama dengan membelinya di kedai buku-buku.

Untuk makluman kedai-kedai buku area KL sudah tidak lagi menjual buku ini.

Buku ni diorder melalui bookcafe.com.my ..laman web pts.

Harga total dalam RM 27.16 termasuk dengan penghantaran RM 6 menggunakan Zoom Delivery.

Walaupun cetakan pertama adalah pada tahun 2007 iaitu pada tahun lepas baru hari ini saya dapat baca.

Itu nasib baik dapat ..sebelum buku berkenaan pupus dalam pasaran. Di mana ianya tidak lagi dicetak.

Pts pernah menerbitkan semula buku-buku bestseller Razzi Armansur pada tahun 2007.

Kini buku-buku beliau tidak lagi berada di pasaran.

Dan saya bernasib baik kerana kang Razzi Armansur sudi memberikan beberapa buku untuk kajian.

Wassalam

12/08/2018

Ikhlas dalam berblog

Salam.

Nowaday,

Kebanyakkan blog milik yang dikatakan pakar...kerap membuat post berkaitan dengan program, seminar atau kelas perniagaan.

Mereka kini sudah kurang memberikan tips2 secara percuma mengenai pemasaran mahupun perniagaan.

Kenapa ini berlaku..

Pertamanya bukan mereka yang mengupdate blog tetapi staf yang digaji akan mengupdate blog pakar berkenaan.

Sudah semestinya apabila bisnes mereka berkembang..staf juga akan turut bertambah.

Kewangan syarikat juga perlu meningkat untuk membayar gaji pekerja dan kos overhead syarikat.

Oleh yang demikian..blog2 mereka akan dipenuhi dengan ajakan kepada para pembaca yang melawat blog berkenaan supaya menyertai program yang mereka adakan.

No programme no money, no money no salary.

Tidak salah untuk memuatkan iklan2 berkaitan dengan program atau seminar yang bakal diadakan.

Namun biarlah blog berkenaan di selang seli dengan tips percuma untuk para pelawat.

Saya diantara pembaca yang muak dengan iklan supaya menyertai program2 yang selalu dihantar melalui emel.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff