Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

26/11/2018

Rahsia Sebutharga : # Targetted Officer

Salam.

Tips petang ni ..adalah mengenai targetted officer.

Saya percaya dengan pepatah.

"Right person at the right time".

Di mana anda perlu pastikan anda berjumpa dengan orang yang betul dan pada masa yang betul.

Individu seperti ini biasanya sukar dijumpai kerana mereka akan sentiasa sibuk.

Mereka adalah individu yang berada di tengah-tengah .tinggi pun tidak, bawah pun tidak.

" Macam mana tu boh! "

Ha..jika anda familiar dengan skim penjawatan  kerajaan. Ianya diletakan dengan kod. Setiap kod akan membezakan pangkat-pangkat mereka.

Contohnya WA 44 adalah kod untuk pegawai akauntan. W 29 adalah untuk penolong pegawai akauntan.

"Dah faham ye."

Seterusnya apa kaitan dengan targertted Officer.

Targertted Officer ini la yang anda perlu jumpa untuk membuat temujanji dan menerangkan tentang servis syarikat anda.

"Siapa mereka".

Mereka adalah pegawai yang berpangkat 41 hingga 44. Kerana mereka ini la yang selalunya akan terlibat di dalam penyediaan spesifikasi sebutharga dan pengkaji harga di pasaran. 80 % peratus dilakukan oleh mereka.

"Selain itu ada lagi x?"

Mestila ada...iaitu PT 22 atau ketua kerani untuk sebutharga yang kecil-kecil bawah RM 20 ribu. Mereka ini adalah yang bertanggungjawab untuk membuat pembelian dan perolehan di bahagian pengurusan.

Akhir kata..cuba anda fikir siapa targetted officer yang pernah anda jumpa dan cuba follow up.

Wassalam.

Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

Rahsia Sebutharga : Bagaimana mewujudkan trust kepada pegawai kerajaan

Salam.

" Cer cite sikit bro...".

Terdapat 3 elemen utama dalam mewujudkan trust kepada jabatan kerajaan.

Mereka tidak akan pandang betapa hebatnya produk atau servis yang anda miliki. Apa yang dipandang adalah.

1. Jabatan mana yang pernah pakai produk atau perkhidmatan anda. Tunjukan testimoni .

Jika anda berbisnes dengan jabatan di bawah kementerian kesihatan contohnya. Institut Kanser Negara. Anda boleh nyatakan yang servis dan produk anda telah  digunakan oleh Hospital putrajaya. Yang mana dibawah kementerian yang sama. Ini akan menambahkan lagi trust pelanggan kepada anda.

Saya pernah berjumpa dengan seorang akaun manager yang hanya fokus kepada satu kementerian saja.

Maknanya staf syarikat yang lain akan fokus pula kepada kementerian yang lain.

Terdapat juga syarikat yang mewujudkan unit khusus yang hanya berurusan dengan agensi kerajaan sahaja.

Syarikat anda ada x ? Hehehe.

Strategi ini anda boleh gunakan sekiranya anda mempunyai banyak staf.

Oh ye..akaun manager ni seorang perempuan dan perkhidmatan yang beliau tawarkan adalah penyediaan mesin fotostat dan beberapa peralatan elektronik yang lain.

2. Penyata akaun bank. Figure never lie.
Ungkapan di atas pernah disebut oleh Sabri Saifulsham. Antara perintis perniagaan internet di Malaysia.
Berbalik kepada cerita kita, kenapa ianya penting. Sebabnya adalah mudah..kalo duit dalam bank tiada..macam mana orang nak bagi job. Agensi kerajaan atau swasta akan menilai sama ada syarikat anda kukuh dari segi kewangan atau tidak.

Saya pernah bersembang dengan seorang pegawai yang menjaga perolehan.

Beliau mengatakan syarikat yang tiada modal la yang tidak sabar-sabar menelefon mereka mengenai bayaran dan ini yang menyebabkan mereka tidak suka memilih syarikat yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

" Macam mana diaorang nilai ye " ?

Hohohoho...apabila anda menghantar sebutharga anda akan diminta menghantar sekali penyata kewangan untuk tiga bulan terakhir.

Kalo sebutharga  diiklan pada bulan oktober contohnya..maka anda perlu menghantar penyata kewangam bagi bulan Julai hingga September.

Jumlah ending balance bagi ketiga-tiga bulan akan dicampur dan dibahagikan dengan 3. Anda akan dapat jumlah average ..dan jumlah ini akan dibandingkan dengan harga anggaran jabatan.

Jika kurang maka anda akan mendapat markah yang rendah.

3. Organisasi syarikat. Berapa bilangan staf yang syarikat miliki.

Wassalam.

Rahsia Sebutharga : Wajib Ada Kroni Dalam Bisnes Kerajaan

Salam.

Sewaktu petang di sebuah kedai mamak bersebelahan Spektrum Galaxy Ampang. Sementara menunggu hujan berhenti saya sempat menikmati secawan tea o panas.

Tiba-tiba datang sorang pakcik dalam 50 an. minta tumpang meja sekali. Pakcik ni adalah pembekal air kelapa laut kepada kedai berkenaan.

Beliau menceritakan bagaimana pernah ditipu hampir sejuta ringgit untuk projek penyiapan sebuah makmal di sebuah universiti awam.

Projek yang dah siap dikatakan belum siap oleh jurutera universiti berkenaan.

Rupanya duit bayaran dibayar kepada syarikat kroni dan kemudian jurutera berkenaan pencen.

Beliau turut memaklumkan dalam berbisnes kroni atau kekadang ada yang sebut networking atau kenalan ianya adalah benda yang sama adalah penting dalam berbisnes dengan kerajaan.

Pegawai kerajaan suka berurusan dengan orang yang mereka kenal. Bukan dengan orang asing yang belum lagi diketahui prestasi mereka.

" Kenapa ye , cengitu pulak "

Sebab utama adalah thrust. Perbincangan mengenai kepercayaan ini akan saya bahaskan pada tips yang akan datang.

Wassalam.

Rahsia Sebutharga : # Pasang Ejen Dalam Jabatan Kerajaan

Salam.

Tip malam ni adalah macam mana nak pasang ejen dalam jabatan kerajaan.

Seorang kawan menggunakan kawannya yang bekerja di jabatan kerajaan sebagai sumber maklumat sekiranya terdapat sebutharga yang diiklankan oleh jabatan berkenaan.

Bro, gua tiada kawan yang dikenali bekerja di dalam jabatan kerajaan.

" Macam mana pulak ye " .

Jangan susah hati bro...caranya adalah anda kena pergi buat kawan. Cari pegawai yang tepat iaitu pegawai penyedia sebutharga yang sesuai dengan bidang bisnes yang syarikat anda jalankan.

Dapatkan butiran pegawai berkenaan. Seperti nama, jawatan, no tel dan emel.

Kat sini yang paling penting adalah emel pegawai berkenaan. Kerana anda boleh follow up untuk memastikan anda diberi maklum sekiranya terdapat sebutharga yang dibuka. Sama ada sebutharga secara tertutup atau secara EP.

Anda boleh namakan mereka sebagai ejen. Yang bagusnya ...ejen-ejen ini anda tidak perlu memberi komisen kepada mereka. Kerana mereka dilarang menerima sebarang imbuhan daripada vendor.

Tetapi anda boleh sumbangan cenderahati berbentuk diary atau yearly planner yang tertera nama syarikat anda supaya ejen-ejen ini akan sentiasa mengingati syarikat anda.

Wassalam.

03/11/2018

Buku : Combo Founder Sifufbads

Salam.

Sejak 10 tahun lepas saya baca banyak buku bisnes, marketing, online bisnes dan juga motivasi terlalu banyak..sehinggakan terasa dah teroverload.

Kebanyakkan buku-buku adalah tulisan daripada penulis luar negara. Seperti Eben Pagan, Jay Abraham, Dan Kennedy, Joe Vitale dan sebagainya.

Buku-buku penulis tempatan pun tak kurang juga banyak yang dibaca.

Namun buku-buku tulisan penulis luar negara agak sukar hendak dihadam dan diimplementasikan di Malaysia dan alam Melayu khususnya.

Dengan terbitnya buku daripada sifufbads yang lebih praktikal dan transparens serta langkah demi langkah yang diajar..menjadikan ianya sebagai buku pilihan dan antara yang perlu dijadikan koleksi.

Anda tidak akan rugi memiliki buku-buku sifu jamal.

Dengan harga rm 132 untuk 3 buah buku diskaun 20 % ditambah satu lagi buku 101 tips marketing. Mana nak dapat.

Nasib baik sempat order sebelum tawaran sold out..hehehe

Sementelah pula sifu jamal adalah anak murid/mentee kepada Azizan Osman.

Ilmu yang berharga ribuan ringgit dikumpulkan dengan puluhan ringgit sahaja.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff