26/11/2018

Rahsia Sebutharga : Bagaimana mewujudkan trust kepada pegawai kerajaan

Salam.

" Cer cite sikit bro...".

Terdapat 3 elemen utama dalam mewujudkan trust kepada jabatan kerajaan.

Mereka tidak akan pandang betapa hebatnya produk atau servis yang anda miliki. Apa yang dipandang adalah.

1. Jabatan mana yang pernah pakai produk atau perkhidmatan anda. Tunjukan testimoni .

Jika anda berbisnes dengan jabatan di bawah kementerian kesihatan contohnya. Institut Kanser Negara. Anda boleh nyatakan yang servis dan produk anda telah  digunakan oleh Hospital putrajaya. Yang mana dibawah kementerian yang sama. Ini akan menambahkan lagi trust pelanggan kepada anda.

Saya pernah berjumpa dengan seorang akaun manager yang hanya fokus kepada satu kementerian saja.

Maknanya staf syarikat yang lain akan fokus pula kepada kementerian yang lain.

Terdapat juga syarikat yang mewujudkan unit khusus yang hanya berurusan dengan agensi kerajaan sahaja.

Syarikat anda ada x ? Hehehe.

Strategi ini anda boleh gunakan sekiranya anda mempunyai banyak staf.

Oh ye..akaun manager ni seorang perempuan dan perkhidmatan yang beliau tawarkan adalah penyediaan mesin fotostat dan beberapa peralatan elektronik yang lain.

2. Penyata akaun bank. Figure never lie.
Ungkapan di atas pernah disebut oleh Sabri Saifulsham. Antara perintis perniagaan internet di Malaysia.
Berbalik kepada cerita kita, kenapa ianya penting. Sebabnya adalah mudah..kalo duit dalam bank tiada..macam mana orang nak bagi job. Agensi kerajaan atau swasta akan menilai sama ada syarikat anda kukuh dari segi kewangan atau tidak.

Saya pernah bersembang dengan seorang pegawai yang menjaga perolehan.

Beliau mengatakan syarikat yang tiada modal la yang tidak sabar-sabar menelefon mereka mengenai bayaran dan ini yang menyebabkan mereka tidak suka memilih syarikat yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

" Macam mana diaorang nilai ye " ?

Hohohoho...apabila anda menghantar sebutharga anda akan diminta menghantar sekali penyata kewangan untuk tiga bulan terakhir.

Kalo sebutharga  diiklan pada bulan oktober contohnya..maka anda perlu menghantar penyata kewangam bagi bulan Julai hingga September.

Jumlah ending balance bagi ketiga-tiga bulan akan dicampur dan dibahagikan dengan 3. Anda akan dapat jumlah average ..dan jumlah ini akan dibandingkan dengan harga anggaran jabatan.

Jika kurang maka anda akan mendapat markah yang rendah.

3. Organisasi syarikat. Berapa bilangan staf yang syarikat miliki.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff