Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

17/12/2018

Rahsia Sebutharga : Technology Update

Salam.

Apakah anda tahu..dokumen kerajaaan kebiasaannya akan dilupus selepas 5 tahun kecuali dokumen kewangan.

Peralatan-peralatan di agensi juga boleh dilupuskan selepas 5 tahun dengan justifikadi umum.

"Tidak ekonomik untuk dibaiki"

Perkara yang sama boleh terjadi di agensi-agensi lain.

Zaman begitu cepat berlalu..

Setiap pengeluar akan mengeluarkan produk yang baru setiap tahun untuk menjana profit. Tidak berharap kepada produk lama yang sudah tepu dipasaran.

Sekiranya tiada produk baru dan pelanggan hanya menggunakan produk lama sales dan profit tidak akan meningkat.

Produk baru dengan ciri-ciri baru dalam versi yang berbeza amat diperlukan untuk kelansungan syarikat pengeluar.

Barang yang ada ditempat agensi yang sudah berusia 5 tahun mungkin tiada updating untuk platform sekarang dan sudah obsolete.

Disini adalah peranan anda untuk membuat Technology Update kepada agensi berkenaan.

Apa yang perlu dibuat semasa technology update?.

Pertamanya anda jangan menjual. Tiada siapa yang suka dipaksa untuk membeli barang.

Keduanya anda menggunakan teknik softselling. Berikan sebanyak mungkin benefit yang boleh didapati dengan produk berkenaan.

Ketiga anda perlu buat demotrasi produk. Buat hand to hand..libatkan pegawai yang terlibat semasa demotrasi. Anda perlu jelaskan sesimple mungkin untuk bagi mereka faham.

Keempat menggunakan teknik Matching Testimonial ..berikan nama-nama agensi yang pernah menggunakan produk yang sama. Kalo agensi berkenaan berada dalam industri atau kementerian yang sama lagi terbaik. Tujuannya mewujudkan thrust agensi kepada anda.

Pada tahun 2008 saya pernah melihat slide presentation daripada sebuah syarikat kepada seorang Timbalan Ketua Setiausaha berkenaan dengan  sebuah produk. Pembentang adalah seorang wanita. Semasa sesi pembentangan kelihatan wanita tersebut kurang faham dengan produk yang ingin dipromosikan.

Keputusan akhir. Beliau gagal mendapat projek untuk perkhidmatan tersebut.

Tipsnya disini....sekiranya anda kurang arif. Tidak salah anda memanggil syarikat ketiga yang lebih pakar berkenaan produk berkenaan untuk membuat demo bagi pihak anda.Anda hanya perlu jadi hos.

Wassalam.

Petikan buku

Rahsiasebutharga.blogspot.com

09/12/2018

Buku : Ejen Leo

Salam..

Huh! Weekend yang busy..banyak betul kenduri kahwin..belah malam pun ada kenduri yang saya hadiri di Atmosphere yang terletak di belakang Giant Taman Equine.

Namun saya sempat jugak habiskan buku...Ejen Leo.

Buku ni dah lama diterbitkan..beberapa tahun yang lalu.

Lepas ada diskaun daripada sifufbads baharulah terbuka hati untuk membelinya.

Kandungan buku walaupun berkenaan sistem ejen..namun tidak banyak dan tidak dalam sentuhan berkaitan dengan sistem  ejen.

Mungkin kalo nak dapatkan ilmu yang lebih mendalam berkenaan sistem ejen kena hadiri Seminar Gergasi Hijau.

Selebihnya banyak mengenai beberapa tip yang berkaitan dengan inner power dan tips perniagaan seperti marketing , sale dan product.

Walaubagaimanapun saya tetap berjaya habiskan buku ini. Ianya bermakna..berbaloi untuk miliki buku Ejen Leo.

Wassalam.

01/12/2018

Buku Combo Inspirasi Sifufbads

Salam.

28.11.12 yang lepas akhirnya buku combo inspirasi sampai juga ke tangan saya setelah seminggu menunggu.

Berbaloi beli secara online jumlah keseluruhan adalah RM 180.00.

Beli online dapat RM 100 . Dengan kos pos laju sebanyak RM 12 . Mana boleh dapat kat tempat lain.

Buku combo ni adalah tempahan kedua yang saya buat selepas buku combo founder.

Kenapa saya suka dengan buku terbitan sifufbads...kerana ianya bukan omong kosong yang hanya bersandarkan kepada teori semata-mata. Tetapi mengandung penerangan yang bersifat hand on training.

Sekarang kena cari waktu yang sesuai untuk membaca kesemua buku yang diorder.

Bulan depan ...ingat nak cari buku mengenai saham pulak..hohoho.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff