17/12/2018

Rahsia Sebutharga : Technology Update

Salam.

Apakah anda tahu..dokumen kerajaaan kebiasaannya akan dilupus selepas 5 tahun kecuali dokumen kewangan.

Peralatan-peralatan di agensi juga boleh dilupuskan selepas 5 tahun dengan justifikadi umum.

"Tidak ekonomik untuk dibaiki"

Perkara yang sama boleh terjadi di agensi-agensi lain.

Zaman begitu cepat berlalu..

Setiap pengeluar akan mengeluarkan produk yang baru setiap tahun untuk menjana profit. Tidak berharap kepada produk lama yang sudah tepu dipasaran.

Sekiranya tiada produk baru dan pelanggan hanya menggunakan produk lama sales dan profit tidak akan meningkat.

Produk baru dengan ciri-ciri baru dalam versi yang berbeza amat diperlukan untuk kelansungan syarikat pengeluar.

Barang yang ada ditempat agensi yang sudah berusia 5 tahun mungkin tiada updating untuk platform sekarang dan sudah obsolete.

Disini adalah peranan anda untuk membuat Technology Update kepada agensi berkenaan.

Apa yang perlu dibuat semasa technology update?.

Pertamanya anda jangan menjual. Tiada siapa yang suka dipaksa untuk membeli barang.

Keduanya anda menggunakan teknik softselling. Berikan sebanyak mungkin benefit yang boleh didapati dengan produk berkenaan.

Ketiga anda perlu buat demotrasi produk. Buat hand to hand..libatkan pegawai yang terlibat semasa demotrasi. Anda perlu jelaskan sesimple mungkin untuk bagi mereka faham.

Keempat menggunakan teknik Matching Testimonial ..berikan nama-nama agensi yang pernah menggunakan produk yang sama. Kalo agensi berkenaan berada dalam industri atau kementerian yang sama lagi terbaik. Tujuannya mewujudkan thrust agensi kepada anda.

Pada tahun 2008 saya pernah melihat slide presentation daripada sebuah syarikat kepada seorang Timbalan Ketua Setiausaha berkenaan dengan  sebuah produk. Pembentang adalah seorang wanita. Semasa sesi pembentangan kelihatan wanita tersebut kurang faham dengan produk yang ingin dipromosikan.

Keputusan akhir. Beliau gagal mendapat projek untuk perkhidmatan tersebut.

Tipsnya disini....sekiranya anda kurang arif. Tidak salah anda memanggil syarikat ketiga yang lebih pakar berkenaan produk berkenaan untuk membuat demo bagi pihak anda.Anda hanya perlu jadi hos.

Wassalam.

Petikan buku

Rahsiasebutharga.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff