Salam.
“Since the purpose of a business is to create a customer.
The most important functions of a business are marketing and innovation. EVERYTHING else is an expense.”- Peter Drucker
Kebanyakan owner bisnes terlalu menumpukan kepada produk.
Padahal tanpa produk anda masih lagi boleh menjual.
Contohnya : Bisnes consultant atau kaunseling..mereka tidak memerlukan produk. Apa yang mereka tekankan hanyalah kepada customer.
Yang penting adalah kepuasan pengguna dan rasa berbaloi untuk keluarkan duit.
Dalam bisnes pendidikan contohnya. Customer utama adalah ibubapa. Anda perlu memuaskan hati ibubapa dengan menjaga dan mendidik anak mereka.
Jika mereka tidak berpuas hati..mereka akan menghantar anak mereka ke pusat didikan yang lain. Hati mereka perlu dijaga.
Yang saya ingin tekankan dalam bisnes yang paling utama adalah customer bukan produk.
Wassalam
Salam.
"We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.” – Bertha Calloway
Antara teknik marketing yang diamalkan sejak dulu lagi di eropah ialah preemtive marketing.
Macam mana tu?
Teknik ini digunakan apabila kita menerangkan sesuatu proses yang dilaksanakan oleh syarikat untuk hasilkan sesuatu produk.
Contohnya syarikat anda menjual daging pekasam. Maka anda menerangkan kepada prospek bagaimana pekasam daging dihasilkan.
Seperti daging yang digunakan..siapa yang membuat sembelihan..kemudian bagaimana daging diperap ..berapa lama diperap.
Apa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan daging pekasam.
Walaupun cara pembuatan sudah diketahui atau common.
Mungkin cara penghasilan pertama kali di dengar oleh prospek.
Apabila anda yang menerangkan kepada prospek .
Secara tidak langsung prospek akan teringatkan anda apabila bercakap mengenai daging pekasam.
Dan itu tujuan dia. Iaitu untuk preemtive advantage dan menjadikan anda first person apabila bercakap mengenai bidang pekasam.
Teknik ini juga banyak digunakan oleh pembuat filem.. mereka akan mengeluarkan video pendek the making untuk menceritakan bagaimana sesuatu filem dilakukan.
Seperti aksi lagak ngeri dibuat sendiri oleh pelakon utama, jumlah kos pembikinan, tempat-tempat pengambaran yang dilakukan.
Ini menwujudkan ad value kepada penonton untuk pergi tonton..dan rasa berbaloi untuk keluarkan duit.
Jangan lupa untuk educate pelangan anda.
Wassalam.
Salam.
"Kita tidak tahu bila sebutharga akan keluar, tetapi kita dapat ramal bila ianya akan keluar"
#1 Newspaper
Nespaper selalunya untuk tender dan bukan untuk anda..Sila abaikan..anda tidak akan dapat sebutharga dalam newspaper.. next.
#2 Laman web agensi.
Sekiranya anda ada masa dan tersenarai dalam enjin carian google. Maaf anda tidak akan jumpa..melainkan anda diberitahu.
3 bulan kemudian baru ianya tersenarai dalam search engine google.
#3 Papan Iklan Agensi.
Nak ke anda menjenguk setiap agensi yang area anda cover. Ini pun anda tidak akan jumpa melainkan anda diberitahu kewujudannya dan anda walk in untuk lihat.
And perlu rekrut ejen di agensi berkenaan untuk maklumkan kepada anda. Dan jangan lupa berikan free gift kepada ejen berkenaan. Sedikit open table pun dah dikira okay.
Kebiasaannya papan iklan ini akan ditempatkan di bahagian perolehan atau bahagian pengurusan agensi.
#4 ePerolehan.
Anda akan dapat melihat sebutharga yang diiklankan dan yang hanya matching dengan kod bidang syarikat.
Tetapi persaingan adalah maha sengit.
Terdapat ribuan syarikat yang berdaftar dengan ep akan berebut sebutharga yang sama.
#5 Pemberitahuan dari agensi
Pemberitahuan daripada agensi adalah lubuk terbaik. Agensi akan lebih mudah berurusan dengan syarikat yang pernah memberikan perkhidmatan di tempat mereka dan wujud trust yang tinggi antara agensi dan syarikat.
Selalunya agensi akan memaklumkan melalui emel dan juga telefon. Sekiranya terdapat sebutharga yang akan dikeluarkan.
Paling manima 5 syarikat yang akan dipanggil. Kebarangkalian untuk anda menang adalah besar dan berdasarkan pengalaman saya tidak semua syarikat yang dipanggil akan memasuki atau menghantar sebutharga tersebut.
Wassalam
Salam.
Referral system merupakan strategi marketing paling berkuasa kerana di dalamnya sudah ada trust.
Model referral system adalah menyerupai pokok dan ianya akan makin berkembang ke bawah.
Apabila seseorang menggunakan khidmat anda berdasarkan rekomendasi orang lain ia di panggil referral system.
Masalahnya tidak ramai yang secara sukarela ingin rekemenkan bisnes atau perkhidmatan kepada orang lain.
Anda juga akan terlihat sedikit mendesak sekiranya ingin pelanggan rekemenkan bisnes anda kepada orang lain.
Jadi beberapa tip diperlukan untuk anda mendapat rekemendasi daripada orang lain.
#1. Anda berkata kepada pelanggan anda bahawa syarikat sedang expanding refferal system jika beliau mempunyai kenalan yang perlukan perkhidmatan yang sama. Beliau boleh berikan contact number dan anda yang akan berjumpa dengan individu berkenaan.
#2. Anda juga katakan bahawa syarikat juga akan memberikan imbuhan sekiranya expanding referral system berhasil. Jika tidak berhasil syarikat masih memberikan saguhati.
#3. Pastikan anda memberikan khidmat yang terbaik kerana anda senang mempertaruhkan nama orang lain dalam urusan berkenaan.
Wassalam.
Salam.
Dalam senarai dokumen sebutharga dokumen yang paling penting adalah dokumen spesifikasi.
Sebarang kesalahan anda menjawab dokumen spesifikasi akan membawa mala petaka kepada dokumen sebutharga anda.
Selain daripada copy and paste spesifikasi sedia ada. Anda juga perlu berhati-hati dengan perkataan "akan" .
Ye memang betul perkataan "akan" adalah menandakan anda setuju dengan spesifikasi minima yang diinginkan oleh agensi.
Namun terdapat juga syarikat yang salah meletakan perkataan ini.
Contohnya :
Syarikat perlu berdaftar dengan kod bidang 21004, 210687 dan 210876.
Jawapan anda :
Syarikat akan berdaftar dengan kod bidang 21004, 210687 dan 210876.
Penggunaan perkataan "akan" dalam ayat diatas mengatakan yang syarikat belum mendaftar kod bidang. Sedangkan anda sudah mendaftar bidang berkenaan.
Oleh itu anda perlu memastikan setiausaha sebutharga di syarikat anda menjawab dengan betul.
Senario diatas adalah kisah benar dan agensi perlu menyemak semula kod bidang syarikat.
Wassalam.
Salam.
Bulan Januari 2019, Sany Char Koay Teow...ye ejaan memang macam tu. Salah seorang kenalan dalam industri teknologi maklumat bercerita mengenai ekonomi sekarang yang kian teruk. Tahun 2018 adalah kali pertama syarikat beliau tidak menjana keuntungan.
Mungkin berpunca dari masalah sistem ep pada awal tahun 2018. Bulan 6 baru stabil.
Juga masalah untuk mendapatkan projek kerana kebanyakan agensi kini menggunakan sistem ep yang lebih terbuka dan persaingan yang semakin sengit antara syarikat.
Jadi apa langkah beliau untuk keluar dari masalah ini?.
Kalo dulu beliau hanya fokus kepada agensi kerajaan dan apabila penggunaan sistem ep diwajibkan.
Maka beliau perlu mencari alternatif lain dengan meneroka pasaran baru iaitu agensi berkanun dan swasta yang tidak terikat dengan sistem ep dan boleh membuat perolehan secara terus.
Untuk mencapai strategi ini beliau perlu mencari network di setiap agensi berkanun dan membuat perjumpaan dengan target officer untuk menerangkan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau. Semestinya teknik berkawan adalah cara terbaik untuk berjaya dalam pasaran ini.
Wassalam.
Salam.
Ada yang pasang azam.. ada yang x pasang azam..ada yang cary foward daripada tahun lepas.
Pendek kata x pasang azam pun xpe.
Ada yang tinggi cita-cita dalam bisnes akan letak target untuk dicapai pada tahun 2019 usai daripada retreat syarikat. Ada yang target 1 juta sebulan. Ada yang target untuk capai 50 000 pelanggan setahun.
Bila ada target katanya senang sikit nak bekerja sebab sasaran sudah jelas.
Agensi kerajaan sibuk memasukan perancangan sebutharga dan tender untuk 2019 kedalam sistem ep.
Yang miskin akan berusaha berniaga untuk mencari sumber pendapatan bagi yang tidak makan gaji.
Yang hidup sederhana kolar biru akan berbisnes secara sambilan untuk hidup yang lebih selesa. Berbisnes secara sorok-sorok takut diketahui majikan.
Orang kaya yang mempunyai pasif income menjadikan alasan berbisnes sebagai hobi dan mengisi masa lapang.
Padahal untuk menambah kekayaan.
Namun kita lupa pada azam untuk menyediakan bekalan sebelum mati. Tatkala sibuk dengan azam yang belum pasti tercapai.
Tapi mati itu semestinya datang.
Pokok pangkalnya jadikan azam pada tahun ini lebih kepada action daripada berangan-angan.
Ingat firman Allah:
“Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain”. (QS. Al Insyirah:7)
Wassalam.
Peringatan
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.
Terima Kasih ..
Risi Yusoff