Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

23/02/2019

Lubuk Sebutharga

Salam.

Untuk mencari lubuk sebutharga kita kena tahu kemampuan sesebuah organisasi untuk berbelanja.

Kebiasaannya sesuatu agensi akan sentiasa mempunyai bajet yang dinamakan Belanja Mengurus.

Belanja mengurus adalah bajet yang diperlukan untuk menjalankan operasi disesebuah agensi.

Bagi perbelanjaan diluar jangka atau projek-projek yang baru ia dikenali sebagai One Off iaitu bajet yang akan dihabiskan dalam tahun berkenaan sahaja untuk satu-satu sebutharga atau projek.

Terdapat beberapa peringkat lubuk yang anda boleh masuk iaitu:-

1. Kementerian
2. Jabatan di bawah kementerian.
3. Agensi di negeri-negeri
4. IPTA
5. Sekolah-sekolah.

Diperingkat kementerian selalunya akan melibatkan sejumlah kos projek yang besar. Kerana kementerian akan membuat perolehan untuk agensi di negeri-negeri. Selalunya projek adalah berbentuk tender. Namun terpulang kepada kemampuan kewangan untuk memasuki peringkat yang mana.

Bagi sebutharga ianya selalu dibuka oleh jabatan-jabatam dibawah kementerian kerana mereka tidak perlu untuk memohon kelulusan daripada kementerian terutama mendapatkan tandatangan daripada KSU yang mana sangat tidak disukai pengarah sesebuah agensi.

Sebutharga juga mengambil masa yang singkat dan mudah dikeluarkan berbanding dengan tender. Oleh itu ia menjadi favorit jabatan-jabatan di bawah kementerian.

Antara kementerian yang mempunyai banyak agensi di peringkat negeri pula adalah Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pendidikan.

Lagi kecil agensi maka lagi kurang persaingan. Maka peluang untuk anda menang sesuatu sebutharga adalah lebih besar.

Saya galakkan anda untuk memulakan bisnes sebutharga dengan fokus kepada agensi-agensi di bawah kementerian terlebih dahulu. Persaingan di peringkat kementerian ibarat bersaing di lautan yang luas dan anda memerlukan tali joran yang lebih panjang.

Wassalam

Perancangan Sebutharga Agensi

Salam.

Perancangan sebutharga untuk tahun mendatang akan dibuat seawal bulan Disember dan dimasukan ke dalam sistem eperolehan sebelum 15 Disember.

Tujuannya adalah memastikan bajet yang diperuntukan oleh kementerian dapat digunakan secara maksimum kalo boleh pada penghujung tahun prestasi perbelanjaan adalah 90 % ke atas.

Apakah peranan anda di sini?

Peranan anda adalah untuk memberikan cadangan kepada agensi apa yang perlu mereka lakukan untuk tahun tersebut.

Anda perlu menghantar proposal ataupun ringkasan eksekutif bagi memudahkan kerja-kerja yang akan dilakukan oleh penyedia sebutharga.

Contohnya adalah anda membantu dari segi penyediaan spesifikasi sebutharga dan anggaran harga yang perlu diletakkan di dalam borang perancangan projek agensi.

Secara tidak langsung anda akan dipelawa untuk memasuki tawaran sebuatharga berkenaan sekiranya ia diluluskan oleh ahensi dan ia juga satu advantage buat anda kerana sudah mengetahui apa spesifikasi yang diperlukan.

Maka bulan 10 dan bulan 11 adalah bulan terbaik untuk.anda menghantar proposal atau ringkasan eksekutif kepada pegawai penyedia sebuthatga.

Wassalam.

21/02/2019

Pos Laju Salah Hantar Sampai Sarikei

Salam.

18.2.19 hari isnin . Saya pos barang client beralamat di Bangi.

21.2.19 hari khamis. Client wasap kata barang belum sampai.

Pos laju beb bayar 7 hinggit tu..free postage.

Saya pun buka laman pos ju..masukan nombor tracking..fulaweh..barang aku pergi sampai sarikei nun dekat Sarawak.

Apa nak buat..saya emel dekat aduan pos laju..faham2 je la bukan kita sorang buat aduan. Xtau la bila diaorang nak feedback.

Masalahnya adalah client dekat bangi ni. Saya pos barang dekat pejabat pos Pulapol KL.

So apa kita nak buat dalam keadaan macam ni.

Sebagai peniaga kita kena jujur. Ceritakan hal yang sebenarnya kepada client dan hantar produk yang baru.

Kalo barang yang sampai sarikei tu patah balik semula ke semenanjung..mintak client pulangkan semula. Sekiranya client jujur kita akan dapat semula. Kalo tidak.

Semestinya saya akan rugi. Tapi itu la sebenarnya jiwa peniaga yang sebenar.

Sekarang ni tunggu feedback dari pos laju dan besok kena pos barang yang baru kepada client.

Latest update .. 22.2.19 sampai juga kat bangi akhirnya. Selamat xperlu nak pos semula barang.

Wassalam.

17/02/2019

Official Distributor technique

Salam.

Untuk mendapatkan harga yang murah anda perlu menjadi membership kepada jenama-jenama yang tertentu.

Contohnya adalah seperti pembekal toner dan penyewaan mesin fotokopi.

Terdapat syarat-syarat tertentu untuk menjadi ahli . Contohnya anda perlu membuat pembelian lebih daripada 25 ribu baharu boleh menjadi ahli.

Setelah menjadi ahli anda akan diberikan diskaun 15 hingga 30 peratus.

Kaedah ini adalah win-win situation anda boleh mendapat harga murah manakala suplier pula akan mendapat pelanggan tetap.

Selain itu anda juga boleh menjadi suplier kepada vendor-vendor lain dan mendapat untung atas angin melalui diskaun sebagai ahli.

Wassalam.

Mark up harga 15% daripada harga pasaran

Salam.

"Macam mana nak untung kalo mark up harga 15% daripada harga pasaran".

Tahukah anda 15% daripada harga pasaran adalah bersamaan dengan harga anggaran jabatan.

Kebiasaannya agensi akan membuat survey harga di pasaran dan mark up dalam 15 hingga ke 30 peratus dan dijadikan sebagai harga anggaran jabatan.

"Dari mana mereka mendapat harga anggaran jabatan".

Berikut adalah sumber utama agensi membuat survey harga jabatan.

1. Master Suplier.
2. Official Distributor.
3. Proxy suplier.
4. Marketplace.
5. Internet.

Ini bermakna anda akan mendapat keuntungan yang kecil.

Apa motifnya anda mark up 15%. Ye pertamanya adalah untuk memenangi sebutharga dan yang keduanya adalah anda berniaga untuk long term bukannya untuk short term.

Disinilah peluang anda untuk mewujudkan relationship dengan agensi bagi mendapat lebih sebutharga pada masa akan datang.

Wassalam.

15/02/2019

THE POWER OF Endorsement

Salam.

Dalam buku terbaru saya sifu selling saya ada terangkan mengenai endorsement.

Endorsement adalah antara teknik terbaik untuk gain trust daripada prospek.

Dalam penilaian sebutharga contohnya.

Penyebutharga akan diminta mengemukakan beberapa dokumen seperti :-

Sijil KDN
Sijil SSM
Perkeso
Polisi Insurans
Sijil persatuan PPKKM
Sijil Anugerah/ penghargaan
Sijil ISO

Semua endorsement ini akan dikira markah. Jika tidak disertakan markah akan dikurangkan.

Oleh itu amat penting untuk anda mendapatkan sebanyak mungkin endorsement daripad client selepas servis dijalankan.

Wassalam

07/02/2019

Stres dalam bisnes apa kata tony robin

Salam.

Cara untuk releasekan stres yang terbukti berkesan adalah dengan adventurekan fizikal.

Bukan sahaja stres dalam bisnes malahan dalam apa-apa keadaan sekalipun anda boleh releasekan dengan mengambil cuti.

Kadang-kadang kita x stres tapi badan yang  letih  inginkan aktiviti baru diluar daripada rutin harian.

Jadi ramai yang mengambil kesempatan cuti tahun baru cina untuk mengambil angin baru sebelum masuk bekerja semula.

Bagi pasangan muda ..ianya masa yang tepat untuk melangsungkan perkahwinan kerana cuti persekolahan.

Seorang kenalan saya mengambil pula bercuti secara backpaker ke puket thailand untuk memikirkan idea bisnes yang baharu.

Untuk yang bermajikan..kita boleh mengelak daripada melihat muka orang atasan atau rakan sekerja yang berfikiran negatif.

Saya pulak Cuti tahun baru cina ke Teluk Kumbar, Pulau Pinang. .menghadiri majlis kahwin anak sedara.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff