Salam.
Untuk mencari lubuk sebutharga kita kena tahu kemampuan sesebuah organisasi untuk berbelanja.
Kebiasaannya sesuatu agensi akan sentiasa mempunyai bajet yang dinamakan Belanja Mengurus.
Belanja mengurus adalah bajet yang diperlukan untuk menjalankan operasi disesebuah agensi.
Bagi perbelanjaan diluar jangka atau projek-projek yang baru ia dikenali sebagai One Off iaitu bajet yang akan dihabiskan dalam tahun berkenaan sahaja untuk satu-satu sebutharga atau projek.
Terdapat beberapa peringkat lubuk yang anda boleh masuk iaitu:-
1. Kementerian
2. Jabatan di bawah kementerian.
3. Agensi di negeri-negeri
4. IPTA
5. Sekolah-sekolah.
Diperingkat kementerian selalunya akan melibatkan sejumlah kos projek yang besar. Kerana kementerian akan membuat perolehan untuk agensi di negeri-negeri. Selalunya projek adalah berbentuk tender. Namun terpulang kepada kemampuan kewangan untuk memasuki peringkat yang mana.
Bagi sebutharga ianya selalu dibuka oleh jabatan-jabatam dibawah kementerian kerana mereka tidak perlu untuk memohon kelulusan daripada kementerian terutama mendapatkan tandatangan daripada KSU yang mana sangat tidak disukai pengarah sesebuah agensi.
Sebutharga juga mengambil masa yang singkat dan mudah dikeluarkan berbanding dengan tender. Oleh itu ia menjadi favorit jabatan-jabatan di bawah kementerian.
Antara kementerian yang mempunyai banyak agensi di peringkat negeri pula adalah Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pendidikan.
Lagi kecil agensi maka lagi kurang persaingan. Maka peluang untuk anda menang sesuatu sebutharga adalah lebih besar.
Saya galakkan anda untuk memulakan bisnes sebutharga dengan fokus kepada agensi-agensi di bawah kementerian terlebih dahulu. Persaingan di peringkat kementerian ibarat bersaing di lautan yang luas dan anda memerlukan tali joran yang lebih panjang.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment