22/04/2019

Bersedekah Secara Bermaruah

Salam.

Bersedekah jangan sampai jatuhkan maruah org.. Sebuah cerita yg sangat menyentuh & inspiring !!

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' Mahu cari apa pakcik?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi....'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' Tapi kenapa pakcik?''

Lelaki tua: '' Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin_.''

Pemilik kedai: '' Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''

Lega...
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya dan terus pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''
_adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.

Demi Allah! "Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka."

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.

C & P

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff