Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

27/10/2019

Istifar Je Kalo Nak Berjaya

Salam. 
 Pagi Ahad. 

Pagi ni just nak share cara memohon pertolongan Allah dengan cara Istifar. Seperti janji Allah :- 

Surah Nooh, Verse 11:
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

Surah Nooh, Verse 12:
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Melayu)

Kuasa Istifar bagi yang yakin. 

Amalkan pagi selepas subuh dah selepas maghrib. 

Wassalam.


Belajar Dari Turki Tanpa Perlu Pandang Ke Timur

5 tahun saya duduk di Turki, apa yang saya nampak mengenai kekuatan ekonomi orang Turki.

1. Makanan asasi mereka semua mereka hasilkan sendiri. Gandum, ayam, sayur buah, susu dan lain2 mereka tanam & bela sendiri. Mereka tidak import dari luar. Jadi mereka tidak bergantung sangat pada negara luar untuk makanan asasi mereka. 

2. Mereka tidak pandang tinggi pada budaya/produk luar. Mereka lebih berbangga dengan menyokong produk mereka sendiri seperti makanan, muzik atau sukan. Mereka ada satu prinsip iaitu ‘Proud Of Turk’. Bagi mereka makanan, budaya, muzik atau sukan mereka lebih baik dari orang lain.

3. Orang Turki tidak membazir makanan. Walaupun Turki ada 80 juta penduduk tapi jumlah pembaziran makanan mereka lebih sedikit dari Malaysia. Rakyat malaysia yang hanya ada 31 juta membuang/membazir makanan 8000 tan sehari. Apa kena mengena dengan ekonomi ? Ketirisan wang yang besar telah berlaku setiap isi rumah. Sedangkan sebagai muslim Islam mengajar kita agar tidak membazir sehingga Allah mengumpamakan orang yang membazir adalah saudara syaitan

4. Sumber manusia. Di Turki, baik pekerja buruh sehingga profesional semuanya dipelopori oleh orang Turki sendiri. Mereka tidak semudahnya memberikan peluang pekerjaan kepada orang asing walaupun untuk kerja cleaner. Cuba korang bayangkan, korang buka syarikat kontraktor, semua pekerja baik dari pembancuh simen sampailah mandor, semuanya adalah orang kita sendiri. Jadi duit tu semua akan mengalir antara sesama kita bukan keluar ke orang lain.

1. Penguatkuasaan di Turki sangat effisien. Barang2 bukan buatan Turki, tak boleh diletak apa2 tanda atau simbol seolah2 ia buatan Turki. Seperti di Malaysia, syarikat bukan muslim boleh letakkan gambar, nama atau simbol islamik seperti masjid, keris, istana dan sebagainya diproduk2 mereka. Ini jelas mengelirukan pengguna. Jika mereka benar sukakan unsur2 islamik atau melayu tidak mengapa, tetapi realiti sebenarnya mereka tidak mahu anak mereka satu sekolah dengan anak kita, tidak mahu menggunakan bahasa melayu atau mempelajari tulisan jawi yang merupakan warisan Tanah Melayu malah semakin berani mempertikaikan urusan orang islam di Malaysia. Jadi mereka memperalatkan nama atau simbol2 melayu & islam untuk keuntungan semata2.

Saya berharap usaha BMF ini tidak sekadar hangat2 tahi ayam. Walaupun kehangatan kempen BMF ini sudah mulai menurun saya harap kita semua istiqamah. Paling penting kita bukan boikot produk orang lain tetapi kita dahulukan produk muslim.

Khalid Pattali
10:20 pagi
Sedang merentas Istanbul-Switzerland selama sebulan
Instagram: @akudanistanbul

26/10/2019

Lalai Dalam Kehidupan

" Lalai "

Tanda-tanda lalai :

1. Kurang membaca Al Quran. 

2. Kurang berzikir. 

3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat berjemaah.

4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton televisyen. 

5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia, mudah stress.

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.

9. Tangguh untuk bertaubat.

10. Malu untuk belajar agama.

11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

"Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al Quran".  

Akibat lalai :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.

2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.

3. Hilang fokus dalam hidup.

4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-sebab lalai :

1.  Mengulangi dosa kecil sampai jadi kelaziman.

2.  Berkawan dengan orang yg lalai.

3.  Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh) pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat) berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.

4. Tidak berzikir.

5. Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam. (Contoh) berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan seumpamanya.

Cara-cara untuk mengatasi penyakit LALAI :

1. Cari sahabat yang baik & soleh.

2. Hadiri majlis ilmu.

3. Bangun malam untuk solat tahajjud. 

4. Banyakkan zikir & taubat.

5. Rajin baca quran.

6. Bersangka baik pada orang lain. 

7. Pemaaf.

8. Ingat mati.

9. Kurangkan makan.

10. Amalkan sunnah Nabi saw.

11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Alhamdulillah

Macam Mana Boleh Jadi Kaya?

"Macam mana boleh jadi kaya macam ni?"

Aku banyak tengok dan baca kisah kejayaan dan kekayaan orang lain sama ada di Malaysia atau luar negara.

Ramai bertanya soalan bagaimana mereka jadi kaya dan apa mereka buat.

Kebanyakan jawapan mereka adalah sama!

MEREKA TAK PERNAH TERFIKIR UNTUK JADI MACAM SEKARANG!

Mereka tak pernah merancang dan hanya buat sahaja apa yang mereka nak buat dan tak tahu yang benda yang dibuat menjadi fenomena.

Pada awalan sebelum mereka menjadi 'somebody', mereka tak pernah impi nak jadi kaya. Mereka tak pernah tampal gambar kereta di dinding. Mereka tak pernah pergi kelas motivasi.

Apa yang mereka buat, mereka buat apa yang mereka suka dan kongsikan tanpa tahu apa akan berlaku akan datang.

Mereka buat apa yang mereka ada ditangan mereka sahaja dan kongsikan tanpa tahu apa akan berlaku akan datang.

Mereka kuat kerja dengan apa yang mereka buat kerana mereka rasa mereka tak tahu banyak perkara dan kongsikan tanpa tahu apa akan berlaku akan datang.

Apa yang mereka buat, mereka tak pernah merancang apa-apa. Hanya buat dan kongsi sahaja.

Selepas dah ada duit semua, barulah mereka susun semula matlamat dan mula buat perancangan.

Kongsi tu apa? Kongsikongsikongsini ke? Bukan la cendol! Maksud kongsi tu bila buat sesuatu, biar orang tahu apa yang kita buat.

Kita jual apa, kita suka apa, kita hobi apa, kita minat apa dan sebagainya. Baru orang tahu kita ni siapa. Dari sini akan datang duit tu sendiri. Tak perlu cari.

"Macam mana kau jadi kaya?"

"Tak tau la bro. Aku buat je kerja aku tu. Tau-tau je jadi macam ni. Aku pun tak tau benda aku buat ni boleh buat duit."

- Hafiz Mansor

21/10/2019

Buku : Saifudin Jalis early bird

Salam.

Buku ni belum lagi release dekat market. 

Kiranya saya orang bertuah la..hehe. Mariam Catalina contact secara personal melalui wasap bagitau buku terbaru saudara Ramlee Awang Murshid. 

Kali ni diaorang terbit sendiri.. so kualiti kertas tidak sama dengan buku-buku sebelum ni yang pernah dibeli.mungkin penghayatan kurang sedikit sebab dah terbiasa dengan kertas yang lama. Yang nampak lusuh. 

Buku sekarang pakai kertas warna putih. Agak potong mood sikit. 

Total Lost untuk buku ni adalah RM 40 sekali dengan kos shipping RM 10. Kira berbaloi la kan. 

Yang saya nak bgtau .. kesabaran menunggu tahap Sunan.. awal bulan pre order. Hari ni baru tiba ke tangan. 

First time buat pre order untuk buku yang belum siap. Hehehe

So sekarang kena cari masa untuk khatamkan buku terbaru RAM, sebab banyak lagi buku lain yang tengah beratur untuk dibaca. Lepas ni ingat nak order online buku Malacca Has Fallen. Karya sulung saudara Izzudin AL Jitrawy. 

Wassalam. 

20/10/2019

Human Touch Sebagai Agen

Hq akan buat begini.

Kumpul nama & no ejen, letak dalam 1 website mengikut negeri dan kawasan

Apa kelemahan dia

1. Terlalu banyak untuk pelanggan cari

2. Pelanggan tak tahu ejen mana yang berkualiti

3. Hq sendiri tak tahu ejen mana yang aktif dan ejen mana yang dah tak aktif

4. Pelanggan tak tahu ejen mana yang boleh respon segera kerana kebanyakkan ejen adalah partime sahaja

5. Pelanggan terpaksa membalas skrip whatsapp panjang berjela dengan alasan Hq nak ada human touch, tapi bila dah skrip tu copy paste tang mana human touchnya?

6. Dah puas bergaduh baru pelanggan dapat tahu harga sebenar produk, tu pun mood dah kelaut.
-Tuan Que

08/10/2019

Buku : Syekh Abdul Qodir Al-Jailani

Salam,

Umur dah semakin lanjut.. dah hampir masuk 40 .. bahan-bahan pembacaan juga turut berubah.

Lately ni bacaan lebih kepada ilmu agama.

Minggu lepas dapat ilham untuk mengambil lebih tahu mengenai ketua wali Allah iaitu Syekh Abdul Qodir Jailani.

Banyak laman web jualan buku yang saya survey kebanyakan buku-buku berkaitan Syekh Abdul Qodir Jailani dah tidak dicetak lagi atau pun dah sold out.

Buku-buku mengenai tokoh ini kebanyakan ditulis oleh negara jiran.

Antara penerbit buku yang masih menjual adalah Pelita Dhihin.. hehehe ..first time saya dengar nama penerbit ni. dan pertama kali juga membuat pembelian di laman pelita Dhihin.

Harga RM 30 masa tu dapat less RM 5 ringgit. boleh lah cover kos penghantaran.



Wassalam.

06/10/2019

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Jadi Youtuber

Salam.

Perkongsian daripada saudara Amar.

Untuk santapan minda semua.

8 sebab mengapa Amar jadi youtuber:

1. Kerana bila saya buat karya lagu nasyid dan bagi pada radio, ada radio yang tak hargai. Kadang-kadang penggiat industri nasyid pun tak hargai. Youtube hargainya siap bagi duit!

2. Tak ada jemputan magic pun tak apa. Boleh buat video tentang tu, upload youtube saja dan dapat duit!

3. Tak ada jemputan nyanyian pun tak apa. Boleh buat video tentang tu, upload youtube saja dan dapat duit!

4. Tak ada jemputan motivasi pun tak apa. Boleh buat video tentang tu, upload youtube saja dan dapat duit!

5. Boleh bagi nasihat dan kongsi ilmu guaman di youtube. Dapat duit! Kemudian dapat client lagi.

6. Boleh buat video merapu, layan family, bercuti, review barang, bagi apa-apa sahaja tips dan buat eksperimen kemudian upload di youtube. Juga dapat duit!

7. Karya zikir, lagu doa dan kartun saya dapat diambil manfaat oleh orang ramai. Duit pun dapat!

8. Dapat manfaatkan kemahiran komposer, produser, music arranger, studio engineering dan video editing saya tanpa batasan dan pada bila-bila masa sahaja. duit semua tu!

Pendek kata bila jadi youtuber kita tak berhenti bidang kerjaya asal kita, malah kita lebih maju dalam kerjaya kita.

JOM JADI YOUTUBER!

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff