" Lalai "
Tanda-tanda lalai :
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat berjemaah.
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton televisyen.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia, mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
"Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al Quran".
Akibat lalai :
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-sebab lalai :
1. Mengulangi dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang yg lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh) pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat) berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam. (Contoh) berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan seumpamanya.
Cara-cara untuk mengatasi penyakit LALAI :
1. Cari sahabat yang baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pada orang lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Alhamdulillah
0 comments:
Post a Comment