5 tahun saya duduk di Turki, apa yang saya nampak mengenai kekuatan ekonomi orang Turki.
1. Makanan asasi mereka semua mereka hasilkan sendiri. Gandum, ayam, sayur buah, susu dan lain2 mereka tanam & bela sendiri. Mereka tidak import dari luar. Jadi mereka tidak bergantung sangat pada negara luar untuk makanan asasi mereka.
2. Mereka tidak pandang tinggi pada budaya/produk luar. Mereka lebih berbangga dengan menyokong produk mereka sendiri seperti makanan, muzik atau sukan. Mereka ada satu prinsip iaitu ‘Proud Of Turk’. Bagi mereka makanan, budaya, muzik atau sukan mereka lebih baik dari orang lain.
3. Orang Turki tidak membazir makanan. Walaupun Turki ada 80 juta penduduk tapi jumlah pembaziran makanan mereka lebih sedikit dari Malaysia. Rakyat malaysia yang hanya ada 31 juta membuang/membazir makanan 8000 tan sehari. Apa kena mengena dengan ekonomi ? Ketirisan wang yang besar telah berlaku setiap isi rumah. Sedangkan sebagai muslim Islam mengajar kita agar tidak membazir sehingga Allah mengumpamakan orang yang membazir adalah saudara syaitan
4. Sumber manusia. Di Turki, baik pekerja buruh sehingga profesional semuanya dipelopori oleh orang Turki sendiri. Mereka tidak semudahnya memberikan peluang pekerjaan kepada orang asing walaupun untuk kerja cleaner. Cuba korang bayangkan, korang buka syarikat kontraktor, semua pekerja baik dari pembancuh simen sampailah mandor, semuanya adalah orang kita sendiri. Jadi duit tu semua akan mengalir antara sesama kita bukan keluar ke orang lain.
1. Penguatkuasaan di Turki sangat effisien. Barang2 bukan buatan Turki, tak boleh diletak apa2 tanda atau simbol seolah2 ia buatan Turki. Seperti di Malaysia, syarikat bukan muslim boleh letakkan gambar, nama atau simbol islamik seperti masjid, keris, istana dan sebagainya diproduk2 mereka. Ini jelas mengelirukan pengguna. Jika mereka benar sukakan unsur2 islamik atau melayu tidak mengapa, tetapi realiti sebenarnya mereka tidak mahu anak mereka satu sekolah dengan anak kita, tidak mahu menggunakan bahasa melayu atau mempelajari tulisan jawi yang merupakan warisan Tanah Melayu malah semakin berani mempertikaikan urusan orang islam di Malaysia. Jadi mereka memperalatkan nama atau simbol2 melayu & islam untuk keuntungan semata2.
Saya berharap usaha BMF ini tidak sekadar hangat2 tahi ayam. Walaupun kehangatan kempen BMF ini sudah mulai menurun saya harap kita semua istiqamah. Paling penting kita bukan boikot produk orang lain tetapi kita dahulukan produk muslim.
Khalid Pattali
10:20 pagi
Sedang merentas Istanbul-Switzerland selama sebulan
Instagram: @akudanistanbul
0 comments:
Post a Comment