26/10/2019

Macam Mana Boleh Jadi Kaya?

"Macam mana boleh jadi kaya macam ni?"

Aku banyak tengok dan baca kisah kejayaan dan kekayaan orang lain sama ada di Malaysia atau luar negara.

Ramai bertanya soalan bagaimana mereka jadi kaya dan apa mereka buat.

Kebanyakan jawapan mereka adalah sama!

MEREKA TAK PERNAH TERFIKIR UNTUK JADI MACAM SEKARANG!

Mereka tak pernah merancang dan hanya buat sahaja apa yang mereka nak buat dan tak tahu yang benda yang dibuat menjadi fenomena.

Pada awalan sebelum mereka menjadi 'somebody', mereka tak pernah impi nak jadi kaya. Mereka tak pernah tampal gambar kereta di dinding. Mereka tak pernah pergi kelas motivasi.

Apa yang mereka buat, mereka buat apa yang mereka suka dan kongsikan tanpa tahu apa akan berlaku akan datang.

Mereka buat apa yang mereka ada ditangan mereka sahaja dan kongsikan tanpa tahu apa akan berlaku akan datang.

Mereka kuat kerja dengan apa yang mereka buat kerana mereka rasa mereka tak tahu banyak perkara dan kongsikan tanpa tahu apa akan berlaku akan datang.

Apa yang mereka buat, mereka tak pernah merancang apa-apa. Hanya buat dan kongsi sahaja.

Selepas dah ada duit semua, barulah mereka susun semula matlamat dan mula buat perancangan.

Kongsi tu apa? Kongsikongsikongsini ke? Bukan la cendol! Maksud kongsi tu bila buat sesuatu, biar orang tahu apa yang kita buat.

Kita jual apa, kita suka apa, kita hobi apa, kita minat apa dan sebagainya. Baru orang tahu kita ni siapa. Dari sini akan datang duit tu sendiri. Tak perlu cari.

"Macam mana kau jadi kaya?"

"Tak tau la bro. Aku buat je kerja aku tu. Tau-tau je jadi macam ni. Aku pun tak tau benda aku buat ni boleh buat duit."

- Hafiz Mansor

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff